BAB 7

Romance Completed 17293

“Ala, aku cuma nak tahu je… Mana lah tau yang memang sahih si Wana ni ‘in a relationship’ dengan mamat tu,” Fisya masih tidak mahu mengalah.

“Kau jangan memandai ye, Fisya. Kan nanti aku ramas-ramas mulut kau dengan cili api.” Geramnya aku dengan minah ni!

“Kau pun satu. Kalau kau betul-betul takde pape dengan dia, nape nak marah-marah camni… rileklah.”

“Banyaklah kau punye rilek. Nama aku jugak tau yang membusuk kat sini.” Fisya menjeling aku sekilas lalu di hirup air minumannya.

“Memang betul lah kau takde pape dengan mamat tu, eh?” Ya Allah minah ni!

“Kau, dengar sini baik-baik. Antara aku dengan budak tu takde pape. Kalau betul pun aku nak jatuh cinta, aku takkan sesekali jatuh hati kat lelaki yang jauh lebih muda dari aku. Jadi, kau jangan memandai-mandai nak kaitkan aku dengan dia lagi, kau paham tak?!” Suaraku sedikit meninggi.

Aku bengang dengan kata-kata si Fisya. Suasana hening seketika. Yanie di sebelah aku turut terkejut dengan situasi yang tiba-tiba itu. Wajah si Fisya sudah pucat. Tapi tak sepucat wajahku ketika itu.

Entah sejak bila Shafiq sudah ada di situ. Dia juga seakan-akan terkejut memandangku. Adakah dia terdengar kata-kataku tadi? Shafiq terus meletakkan makanan kami tanpa berkata apa-apa. Dan dia terus berlalu pergi dari meja kami seusai kerjanya siap.

“Shafiq! Ssaya…saya mintak maaf. Saya tak… tak bermaksud begitu…Saya…,” terketar-ketar suaraku berkata saat dia mahu meloloskan diri ke dalam dapur.

“Takpe, jangan risau. Budak mentah macam saya still boleh paham lagi apa yang awak cuba katakan tadi,” katanya tanpa memandang wajahku dan terus berlalu masuk ke dapur.

Saat itu, aku rasakan hatiku bagai di carik-carik tatkala melihat dirinya berlalu pergi. Semuanya salahku! Kerana malu, aku melepaskan kata-kata begitu tanpa berfikir panjang.

Ya Allah, apa yang aku dah buat? Saat itu juga, baruku tahu kewujudannya sudah lama bertakhta di hatiku. Cuma aku yang tidak mahu mengaku. Ya, aku malu mengakui yang aku sudah jatuh cinta kepada lelaki yang lebih muda dariku…

Mesejku tidak berbalas. Panggilanku tidak berjawab. Setiap kali aku ke kedai Kak Kinah, dia tiada di situ. Seolah-olah dia menyembunyikan dirinya daripadaku. Yanie memujukku supaya bersabar bila melihat aku kerapkali menangis.

Diriku yang kusangka mampu berdiri walau apa sekalipun akhirnya jatuh merintih kerana kesilapan sendiri. Fisya juga meminta maaf tapi itu bukan salahnya.

Akhirnya, aku demam akibat ‘kejutan’ tempoh hari. Yanie mahu menghantarku ke klinik behampiran. Bukan aku tidak mahu tapi aku benar-benar tidak larat untuk berdiri walaupun seketika.

Sudahnya, Yanie dan Fisya memapahku menuruni tangga asrama menuju ke kereta yang di pandu Epol. Kurasakan diriku ini begitu lemah tiba-tiba. Tak tertahan lagi untuk melangkah walaupun cuma satu langkah.

Yanie dan Fisya membiarkan aku melepaskan penat seketika di tangga. Beberapa seketika, aku terdengar satu suara yang kurasakan amat aku kenali. Tetapi aku tidak mampu membuka mata untuk melihat siapakah gerangan itu dek kerana pening yang semakin memberat.

Tiba-tiba aku merasakan tubuhku tidak lagi berpijak pada bumi. Seolah-olah berada di awangan. Kehangatan yang terbit secara tiba-tiba seolah-olah memberi kekuatan kepada diriku yang semakin lemah.

Aku rasa aku ada menuturkan sesuatu saat itu tapi aku tidak pasti. Mungkin hanyalah khayalanku semata-mata. Dan aku terus hanyut dalam kehangatan yang mendamaikan itu.

Bila aku tersedar, aku lihat Yanie setia menunggu di sebelahku. Kata Yanie, aku terpaksa dikejarkan ke hospital kerana suhu badanku sangat tinggi. Yanie mengusap perlahan kepalaku sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience