BAB 8

Romance Completed 17293

Aku rasa seperti ada sesuatu yang berlaku tapi aku tidak mengetahuinya. Aku ingin bertanya tetapi tidak tahu hendak mulakan dari mana.

“Kenapa Wana? Kau sakit ke?” Yanie bertanya, prihatin dengan keadaanku yang seolah-olah gelisah.

“Yanie, ade orang lain lagi ke selain kau kat sini?” teragak-agak aku bertanya. Yanie tersenyum.

“Ada. Orang yang kau tertunggu-tunggu tu. Tapi dia dah pergi,” beritahu Yanie. Berbunga-bunga hatiku bila Yanie membuka cerita tapi sedikit kecewa bila aku mengetahui dia sudah pergi. Tidakkah dia risau akanku? Aku tertanya-tanya sendiri.

“Kau ni, janganlah buat muka sedih macam orang mati laki pulak. Dia tak dapat nak temankan kau sebab dia kena kejar bas,” kata Yanie.

“Kejar bas? Dia balik kampung ke?”

“A’ah, ada hal katanya. Kena balik secepat mungkin” Hatiku bertambah pilu bila mendengar berita yang tak disangka-sangka itu. Kenapa bukan dia sendiri yang beritahuku yang dia dah nak balik kampungnya? Sampai hati dia buat aku begini.

“Udah-udah ler tu dengan merajuk tak tentu pasal. Nah, laki kau tinggalkan pesanan. Untung ler kau ye, Wana. Dah lah datang hospital ade orang tolong dukung. Pastu, siap tinggalkan surat cinta lagi kat kau. Kononnya amanat istimewa daripada orang tersayang. Jeles aku tau,” bebel Yanie sambil menghulurkan gulungan kecil kertas kepadaku.

Aku tergelak kecil bila aku buka gulungan kertas itu. Shafiq memang romantik! Boleh pula dia tulis ‘surat cinta’ kepadaku dalam tiga helaian kertas notepad kecil yang selalu dia guna untuk menulis pesanan makanan pelanggan ketika dia bekerja di kedai makan mak ciknya.

Aku tersenyum sahaja membaca tulisan yang ada dalam helaian kertas kecil itu. Tiada apa yang istimewa di tulisnya melainkan ucapan maaf dan pesanan supaya aku menjaga kesihatan sendiri.

Senyumanku bertambah lebar bila melihat ayat terakhirnya yang kuanggap sebagai satu janjinya padaku.

*Tunggu saya. Saya janji akan melamar awak untuk hidup bersama saya bila saya berjaya menjadi lelaki yang sebenar-benarnya untuk awak. I love u, Hazwana!*

Ya, saya akan tunggu. Itu janjiku padanya.

Aku menuruni tangga dengan berhati-hati. Maklumlah, keadaanku yang sedang berbadan dua membuatku sentiasa berwaspada. Aku tersenyum senang melihat gerangan suamiku yang sedang menuju ke arahku.

“Abang baru je plan nak naik atas, Wana dah turun. Lain kali tunggulah dulu. Kalau jadi pape nanti abang juga yang susah hati,” si suami mula membebel namun aku senang mendengarnya.

“Bang, Wana cuma duk tingkat satu je. Bukannya tingkat 10. Hmm, cmne keje hari ni?”

“Okey je. Cume pelanggan ramai sket hari ni. Tu yang lambat jemput Wana. Sori ye?” Aku cuma menggeleng kepalaku tanda yang aku tidak kisah.

Aku faham, kerjanya makin bertambah sejak dia membuka cawangan restorannya yang kedua. Siapa sangka dia mula meminati bisnes begini ketika bekerja dengan mak ciknya dulu.

Katanya lagi, dia suka melihat wajah puas pelanggan yang menikmati hidangan makanannya. Pautan tanganku di lengannya makin aku eratkan.

“Kita balik,ye.” Dia bersuara sambil memandangku di sebelah. Dia ketawa melihat aku tersipu malu bila dia mencium tanganku tiba-tiba.

Aku yakin inilah pilihanku, lelaki yang diutus Allah untuk menjagaku. Terlalu banyak beza antara kami namun Allah menjadikan ciptaannya sebaik-baik kejadian, bagaimana kekurangan itu menjadi titik kesempurnaan dan saling melengkapi adalah kerja tangan Allah yang maha magis. Lelaki ini adalah imamku, dia adalah sebahagian dariku dan aku adalah sebahagian daripadanya. Kami adalah satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience