BAB 2

Short Story Series 6033

Hana Maisarah duduk di sebuah bangku kecil. Wajah papa dan abang-abangnya bermain di fikiran. Kata-kata Idzman malam kelmarin turut di fikirnya. 'Aku nak cakap apa lah dengan Danial ni'.

"Hai awak..." Danial Hamzah teman lelaki Hana Maisarah muncul di tempat yang mereka janjikan sambil senyum dan melambai-lambai ke arah Hana Maisarah.

"Hai...." Hana Maisarah membalas senyuman Danial.

"Awak kenapa tibe-tibe ajak jumpa ni ? Bukan flight awak malam ni ke ?"

"Awak sebelum saya pergi Indonesia, saya ada benda nak cakap dengan awak ni" Hana Maisarah teragak-agak untuk memulakan bicara.

"Awak..... sebenarnya ... papa...." tiba-tiba Hana Maisarah gagap. Suaranya kini seakan tidam mahu keluar.

"Hanaa... kejap.... cuba cakap betul-betul apa dia yang awak nak sampaikan ni?" Tanya Danial sambil memandang ke arah Hana Maisarah.

"okey.. Macam ni wak.. masa saya minta izin dekat papa, along , angah and acik... diorang ada cakap something dekat saya. Dan saya setuju dengan diorang kalau papa tunaikan semua syarat saya"

"Apa syaratnya Sarah ?" Danial setia menanti bicara Hana Maisarah seterusnya.

Hana Maisarah menceritakan rancangan papa dan abang-abang untuk jodohkan dia dengan orang yang tidak di kenalinya. Hana sudah dapat mengagak Danial pasti kecewa dengannya.

Hana Maisarah kenal dengan Danial Hamzah sejak mereka sama-sama menuntut di UITM SHAH ALAM. Hubungan percintaan antara mereka berdua tidak di ketahui oleh ahli keluarga masing-masing. Bukan Hana Maisarah tidak mahu menceritakan kepada Doktor Hisham atau abang-abangnya, tapi Danial yang tak bagi. Katanya, dia belum bersedia untuk berjumpa papa Hana Maisarah.

"Kalau sarah kahwin dengan dia, kita putus" ringkas jawapan dari Danial. Hana Maisarah seakan tidak percaya. Semudah itu ? Selama satu tahun mereka kenal dan 2 tahun mereka bercinta, semudah itu Danial mengucapkan kata putus ? Tanpa usaha ?

"Putus ? Awak... sepatutnya awak pergi jumpa papa saya, along saya... untuk bagitahu hubungan kita. Bukan terus putuskan saya" Hana Maisarah kecewa dengan tindakan Danial.

"Sarah... saya tak ready lagi. Dah la anggap kita memang tak ada jodoh" Danial terus berlalu meninggalkan Hana Maisarah. Hana Maisarah jatuh terduduk. 'Patut ke aku meratap untuk lelaki tak guna macam Danial ni' Hana Maisarah bermonolog sendiri di dalam hati. Pedih di rasakan saat ini. Hubungan yang di jaganya selama 2 tahun, lenyap begitu sahaja.

********

"Adik.. jaga diri baik-baik.. sampai je terus Whatapp papa. Papa dah bagitau pak ude adik nak ke sana" pesan Doktor Hisham kepada puteri bongsunya itu.

"Adik, along pesan, jangan mengurat pakwe kat sana, sebab kat sini ada yang menunggu. Oh... along pesan dekat kak sha lagi, cakap kat adik, yang menunggu kat sini handsome macam Shah Rukh Khan" Shadira , kakak ipar sulung Hana Maisara tak ubah seperti suaminya,Idzham. Suka mengusik adik bongsunya itu. Shadira anak yatim piatu, dia sebatang kara. Tiada adik beradik ataupun sedara mara. Baginya keluarga suaminya adalah segalanya.

"kak sha.. adik pun ada pesanan untuk korang dua, kalau adik balik nanti korang dua muncul depan adik, adik ambik selipar adik baling kat korang dua ya" Hana Maisarah memberikan jelingan tajam untuk kakak iparnya itu.

Hana Maisarah sedia maklum, malam yang dia akan bertolak ke Yogyakarta Indonesia, Abang-abangnya semua tidam dapat menghantarnya di Airport. Hana Maisarah tidak pasti samada ini mogok dari abang-abang kesayangannya atau pun memang mereka ada urusan lain. Untuk tidak mengecilkan hati adik bongsunya itu , Idzham, idzman dan idzlan menghantar isteri-isteri mereka untuk menghiburkan adik kesayangannya itu.

"okeylah.. Adik nak kena masuk dah ni. Pa i will call u bila dah sampai sana ye." Hana Maisarah salam papa kesayangannya itu. "kakak-kakak kesayanganku, tolong jaga papa adik elok-elok ye" Hana Maisarah salam satu per satu kakak iparnya itu.

'pa.. adik harap.. jodoh yang papa pilih terbaik untuk adik'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience