Bab 5

Short Story Series 6033

Fayyadh Azri memandang telefon bimbitnya. Dari tadi dia menunggu Hana Maisarah di tempat yang mereka janjikan. Hana Maisarah masih tidak muncul-muncul. Whatapp tidak, Call pun tidak. 'Haih dia ni tak jumpa jalan balik Malaysia ke? patut malam tadi dah sampai'.

Selang 30 minit, Hana Maisarah muncul di tempat yang dia cadangkan pada Fayyadh.
"Sorry lambat, lepas subuh i tertidur" Hana Maisarah terus duduk di hadapan Fayyadh.

"Awak... sengaja ke apa?" tanya Fayyadh tidak berpuas hati. Dia dapat rasa yang Hana Maisarah sedang menguji dia saat ini.

"Mana ade. Saya betul-betul terlajak tidur. Lepas subuh tadi penat sangat. Flight saya semalam kan lambat" balas Hana Maisarah.

"okey saya percayakan awak" Fayyadh memandang Hana Maisarah di depannya. Gadis yang sudah lama di impikan menjadi permaisuri dalam hidupnya kini duduk satu meja dengannya.

"Hello awak... tenung saya sampai macam tu skali dah kenapa?" Hana Maisarah tidak selesa jika di tenung lama-lama, tambah pula lelaki yang tak di kenali itu.

"saya tenung awak lama sebab .... saya rasa macam mimpi dapat duduk berhadapan dengan permaisuri hati saya" balas Fayyadh selamba.

"dah-dah jangan nak mengarut. Ok sekarang saya nak tanya. Kenapa saya?"

"kenapa awak ? maksud awak ?"

"yelah kenapa awak pilih saya, sedangkan berjuta lagi gadis cantik yang awak boleh pilih kat luar sana"

"Hana ... saya tak cari yang cantik. Saya cari yang ada budi bahasa. Macam awak. Dan yang paling penting saya cari orang yang sangat menjaga hubungan dengan Allah. Macam awak juga." Jawapan yang di beri oleh Fayyadh cukup membuat Hana tersentuh.

"okey Fayyadh..macam ni.. saya nak awak cakap dengan mak ayah awak.. awak nak bertunang dengan saya dalam tempoh 4 bulan. Tak jadi 4 minggu.. boleh?"

"Bolehh.. tu pun kalau Papa awak dengan along setuju" Fayyadh senyum sinis ke arah Hana Maisarah.

"Saya cuba cakap dengan diorang nanti. Eh dah la.. semua saya dah cakap. Sekarang saya nak balik." Hana Maisarah bangun dari tempat duduknya.

"Duduk Hana. Makan dulu. Lama saya tunggu awak. Perut saya kosong" Fayyadh Azri bertegas menyuruh Hana Maisarah kembali duduk.

Hana Maisarah terkebil-kebil. Dia akur. Kalau Fayyadh Azri bukan calon Papanya dan bukan bakal tunangnya, dah lama dia hempuk orang kerek macam Fayyadh. 'Kalau nak aku teman makan ajak lah sweet-sweet sikit, ni tak.. kemain tegas suara' Desis Hana Maisarah. Di biarkan sahaja Fayyadh Azri menikmati makanannya.

******

"Comotnya papa makan" tegur Hana Maisarah pada Doktor Hisham sambil mengesat mulut papanya.

Semua mata di meja makan kini tertumpu ke arah Hana Maisarah. Doktor Hisham memandang pelik anak gadisnya itu.

"Cakap je dik, kitorang dengar" Idzlan yang sememangnya sedia maklum dengan perangai adik bongsunya itu bersuara.

Hana Maisarah memandang setiap seorang wajah abang-abangnya sambil tersengih.

"Pa.. boleh tak waktu bertunang dengan Fayyadh nanti.. Adik nak ikat selama 4bulan ?" Hana Maisarah memandang ke arah Doktor Hisham.

"kenapa sampai 4 bulan? Anak papa ni nak buat plan ape ni?"

"Mana ada plan pa.. Adik tak kenal lagi Fayyadh tu... so bagi la masa adik nak berkenalan dengan bakal menantu yang papa sanjungkan sangat tu" panjang lebar Hana Maisarah terangkan pada Doktor Hisham. Doktor Hisham hanya mampu menahan tawa mendengar keterangan anaknya itu. 'Kalau lah dia tahu Fayyadh tu abang angkat yang paling dia sayang dulu.. mesti dia dah lama ajak Fayyadh kahwin harini juga' desis Doktor Hisham dalam hati

"Okey .. papa setuju. 4 bulan. Tapi selama 4 bulan tu. Papa nak adik pergi kerja dengan Fayyadh. Boleh dik?"

"haaa? kenapa pula pa? ish ... tak nak la pa" Hana merengek sambil usap lengan papanya meminta simpati.

" Adik setuju je lah. Dengan cara ni boleh lah adik kenal dia dengan lebih rapat" Along dari tadi senyap kini bersuara. Semua di meja makan angguk tanda setuju.

"ishh .. kejam laa korang. okeyy adik setuju. Tapi.. adik kerja dengan dia sepanjang kami bertunang je tau. 4 bulannnn sahaja" Hana Maisarah menekan sikit perkataan 4 bulan, supaya semua ahli keluarganya paham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience