Bab 4

Short Story Series 6033

Suasana di Yogyakarta tidak seperti di Malaysia. Di Yogyakarta, Indonesia ini boleh dikatakan semua jalan yang di lalui kebanyakannya Macet (jem). Penduduk di sini mungkin sudah terbiasa. Hana Maisarah mlihat setiap gelagat manusia di Malioboro itu. Malioboro antara bandar yang terkenal bagi pelancong-pelancong asing, di situ lah tempat untuk pelancong-pelancong asing membeli buah tangan untuk di bawa pulang. Hana Maisarah memilih untuk membeli semua buah tangan pada esok hari, sebelum pulang ke Malaysia.

Hana Maisarah memandang telefon bimbitnya di tangan. Sejak semalam dia tidak dapat tidur apabila teringat kata-kata papanya mengenai pertunangannya yang bakal berlangsung lagi 2 minggu. Tanpa berfikir panjang, Hana Maisarah membuka Aplikasi Whatappnya dan mencari nombor telefon Fayyadh yang di simpannya. Sebelum dia berangkat ke Indonesia, Idzham memberinya nombor telefon bakal tunangnya itu untuk mereka berkenalan.

Assalammuailaikum, Awak Fayyadh ke?

Waalaikum'salam. Ye saya. Awak Hana Maisarah Binti Hisham kan :)

"eh .. ehh mamat ni, macam mana dia bole tau ni aku? ... Mesti along yang bagi nombor aku ni kat mamat ni... ishhh... " Hana Maisarah omel sendiri bila membaca whatapp daripada Fayyadh.

A'ah saya. Mana awak tau ni saya ?

Abang awak yang bagi nombor awak ^_^

"Aku Dah Agak dah..."


Awak tahu ke pasal penjodohan antara saya dan awak lagi 2 minggu ni?

Tau la
kenapa ?
Awak ada masalah ke?

Ye !
Banyak masalah saya..
Saya nak bincang dengan awak...

Boleh .. Bila nak jumpa settle kan masalah awak tu ?

Lusa kita jumpa.
saya balik Malaysia esok , Malam baru sampai.

Fayyadh is typing......

"Lama nya mamat ni typing, tak jumpa nombor ke"

Fayyadh is typing

"ish dah laa penat aku tunggu" Hana Maisarah baru sahaja mahu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg, tibe-tibe telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada Whatapp masuk.

(1 conversation from Fayyadh)

Hana Maisarah, saya yang minta untuk kita di jodohkan. Saya nak jaga awak LillahiTaa'ala. Kerana Allah juga saya jatuh cinta dengan awak. Saya bukan terpaksa, saya harap awak cuba buka hati awak untuk saya ya. GTG. See you soon future wife. ILYSM :)

Terbeliak biji mata Hana Maisarah membaca Whatapp terakhir daripada Fayyadh Azri. Di biarkan Whatapp itu tanpa balasan. 'Takpe nanti balik Malaysia baru boleh tengok, dia ikhlas ke tak'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience