BAB 1

Short Story Series 6033

"Adik....Takpe ke adik pergi sorang-sorang? kalau nak along teman bagitau, Bangngah ke ? Acik ke ?"

"Along... orang dah biasa la. Setakat Indonesia tu apa lah sangat. Along jangan risau sampai je Jogja nanti adik call pak ude ambil kat Airport ye?" Hana Maisarah memaut lengan along sambil tersenyum. "Along lagi pun kak sha sapa nak jaga , dia tengah sarat mengandungkan Your second daughter laa" sekali lagi Hana Maisarah menyakinkan Alongnya Idzham bahawa dia boleh pergi ke Negara Jiran itu walaupun sendiri.

" adik along bukan tak nak bagi tapi..." Idzham senyap seketika. Selang beberapa saat papa menyampuk " tapi...... papa tak nak adik tak balik masa majlis pertunangan adik bulan depan" Terkejut Hana Maisarah mendengar kata-kata papa.

" paa... sape yang tak kahwin ni ? pa ubah topik kenapa?" balas Hana Maisarah seakan merajuk.

Hana Maisarah orangnya sopan. Sangat menjaga tutur bicara ketika berbual dengan siapa pun. Hana Maisarah anak bongsu dalam keluarga Doktor Hisham. Anak yang paling manja, maklumlah dia anak bongsu, dia sorang sahaja perempuan. Izdham abang sulungnya, Idzman Abang Keduanya dan Idzlan abang ketiganya. Ketiga-tiga abangnya sangat sayangkan dia. Bagi abang dan papa Hana Maisarah, dia umpama permata yang Mama mereka tinggalkan untuk mereka jaga sebaik-baik mungkin. Mamanya meninggal sewaktu dia berusia tujuh tahun, Akibat cancer. Sejak daripada itu, abang dan papanya sangat menjaganya.

Hana Maisarah tidak di benarkan bekerja selepas tamat belajar di UITM Shah Alam. Jika dia mahu bekerja juga, Idzham menyuruh dia bekerja di syarikat miliknya. Hana Maisarah pula jenis perempuan yang tidak mahu bergantung pada keluarga, tapi jika papa dan abangnya kata tidak, maka dia wajib menurut kata-kata mereka.

"Adik laa yang akan kahwin, along, angah , acik semua kahwin dah" Idzlan menyampuk.

"Asal adik pula.. adik lambat lagi" balas Hana Maisarah sambil memukul lengan Idzlan.

"Adik... papa sebenarnya ada calon terbaik untuk adik"

"paa... apa ni....." Hana Maisarah memandang ke arah papanya. Doktor Hisham sudah masak dengan perangai puteri bongsunya itu. Kalau dia tak dapat pergi, semua yang di suruh Doktor Hisham tidak akan di lakukannya. Jadi Doktor Hisham dan kesemua anak lelakinya telah membuat satu rancangan supaya Hana Maisarah berkahwin juga dengan pilihan Doktor Hisham dan Idzham

"Adik, kau dengar laa cakap papa, along , angah dengan acik ni.. kau satu-satunya adik perempuan yang kami ada.. kami nak yang terbaik untuk kau" Idzman mengenggam tangan Hana Maisarah. "Dik angah dah kahwin, tanggungjawab angah dekat kak Lis dan bakal anak kami besar dik. Angah takut kalau angah tak dapat nak jaga kesemuanya sekali gus. Angah nak ada orang yang jaga kau" sekali lagi Idzman bersuara membuatkan Hana Maisarah mengalirkan airmatanya. Kalau dengan Idzman, Hana maisarah memang cair. Abangnya yang satu ni pandai mengusik jiwanya.

"pa.. pa rasa berjaya ke rancangan kita ni ? adik dah kluaq ayaq mata tu" tanpa Hana Maisarah sedari, Idzham berbisik dengan Doktor Hisham.

"sebab tu papa panggil angah balik, angah sorang je boleh cairkan hati adik" jawab Doktor Hisham sambil tersenyum kepada Idzham.

"Boleh... kalau papa , Along , Angah dan acik ada calon untuk adik...." kini semua mata tertumpu pada Hana Maisarah. "Adik nak korang bagi adik masa dua bulan. Adik nak jumpa calon tu and last one, adik nak ke Indonesia. Kalau semua setuju... Adik ikot rancangan korang" Hana Maisarah terus berlalu ke biliknya Meninggalkan papa dan abang serta kakak-kakak iparnya yang masih lagi terpingga-pingga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience