Bab7

Short Story Series 6033

AH, Penatnya! Hana Maisarah mengeluh panjang. Majlis pertunangannya berjalan dengan lancar. Tapi yang dia pelik kenapa mak ayah Fayyadh tak datang. Kakak dia pun Hana tak nampak. Hana Maisarah capai telefon bimbitnya di atas meja solek. Die membuka aplikasi Whatapp dan mencari nombor Fayyadh.
Mak & Ayah awak tau ke kita bertunang?

Butang sent di tekan Hana. Selang 2 minit, telefon bimbit miliknya berbunyi. Fayyadh balas! Hana tiba-tiba tersenyum sendiri.

Diorang nak tengok awak masa kita nikah nanti :)

"Aduh mamat ni, dah lah aku tak kenal lagi sapa kau, sekarang mak ayah kau pun aku tak boleh nak kenal. Tunang ape ni" bebel Hana sendiri. Semasa majlis pertunangannya tadi, Makngah Fayyadh yang menyarungkan cincin ke jarinya untuk mewakilkan kedua orang tua Fayyadh.

Ohh.. okeyy

Ringkas Hana Maisarah membalasnya.

Okeyy je ? Awak tak da apa nak cakap ke?

ye.. Ada.. Lusa saya start kena jadi PA awak kan?

Yes. Ada masalah ke dengan jawatan tu?

Tak ada ! ..

Okey Good. See you on Tuesday ya, My Future Wifey.

Simbol Love di hantar bersama mesej. Hati Hana seakan berbunga. "Dia panggil aku Future wife dia.. Gilerrr lah. tak Payah tunggu 4 bulan pun dah cair gile ni".

*****

Seperti yang di janjikan Hana Maisarah muncul di Y Maju Holdings. Jantungnya ketika ini hanya Allah je yang tahu. Seumur hidupnya, Ini kali pertama dia bekerja. Selalunya kalau dia minta untuk bekerja pasti along dan papanya tidak bersetuju, melainkan dia bekerja di syarikat alongnya.

"Cik Hana Maisarah Binti Hisham ke" soal gadis tinggi lampai di depannya. Hana mengangguk dan membalas senyuman gadis itu.

"Okeyy cik Hana, nama saya Aiza. Saya penyambut tetamu dekat syarikat ni" Aiza memperkenalkan dirinya. "Sebenarnya cik Hana sampai awal sangat, bos pun tak masuk lagi. Apa kata cik Hana tunggu kat depan ni dulu.. Kalau bos dah sampai saya bagitahu ye. " katanya lagi.

"Okeyy Cik Aiza. Terima kasih" ujar Hana Maisarah. Selang setengah jam, pintu pejabat terbuka. Orang yang di tunggu-tunggu sudah sampai. Fayyadh Melangkah masuk dan terus ke biliknya tanpa memandang ke arah Hana.

'pelik mamat ni, takkan dia tak nampak aku kut' desis Hana.

"cik Hana.. jum masuk. Bos nak jumpa" Hana Maisarah bangun mengekori langkah Aiza.

"Bos, ni cik Hana Maisarah yang kena lapor diri sebagai PA bos hari ni"

"okeyy, awak boleh keluar Aiza"

"okeyy bos."

Hana Memandang ke arah Fayyadh. Pelik. Fayyadh macam tak kenal dia. Hana Maisarah memandang pula keliling bilik Fayyadh. Cantik. Kemas. Dia tak sangka ada lelaki pengemas macam Fayyadh ni.

"awak tunggu ape tu ? nak saya buka kan kerusi ke untuk awak? Macam ni ke cara first day awak lapor diri?" Fayyadh menegur Hana Maisarah dengan suara yang agak tegas.

"Awak dah kenapa Fayyadh ?" tanya Hana Maisarah dengan nada tidak berpuas hati.

"Siapa Fayyadh ? panggil saya bos" sekali lagi Fayyadh tegaskan suaranya. Hana Maisaraj menjeling ke arahnya. 'belagakk.. macam aku hinggin sangat kerja dekat sini' bebel Hana Maisarah dalam hati.

"sekarang ni saya nak awak pergi jumpa Aiza, nanti dia tunjukkan meja awak. Kerja-kerja awak. PA lama saya banyak tangguhkan kerja. Saya harap awak lagi bagus dari dia. Faham?" Kini suara Fayyadh yang tegang, menyakitkan hati Hana Maisarah dah takda ! tinggal suara lembut yang penuh sopan bila bercakap je!

"Okey bos. Saya pergi sekarang" Hana Maisarah melangkah keluar dari bilik Fayyadh. Dia mengikut apa yang Fayyadh suruh sebentar tadi. Tak sangka semua staff di Y Maju Holdings tak tau langsung yang dia tunang si Fayyadh tu. 'Macam mana lah kalau semua kakitangan di syarikat ni tahu yang kitorang ni dah kahwin? Mesti semua orang hormat aku, macam mana diorang hornat mamat tu kan!" Hana Maisarah tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience