Bab 3

Short Story Series 6033

Dari jauh Hana Maisarah melihat kelibat Pakcik yang di panggil Pak Ude menunggunya di ruang ketibaan. Osman ialah pakcik Hana Maisarah sebelah mamanya. Walaupun mamanya sudah lama pergi, hubungannya dan keluarga sebelah mama sangat erat.

Osman satu-satunya pakcik Hana Maisarah yang tinggal di luar Malaysia. Pakciknya berkahwin dengan penduduk di Indonesia dan memulakan perniagaan mereka di Yogyakarta.

"Assalammuailaikum pak ude" Hana Maisarah menyalam tangan pakciknya penuh hormat.

"Waalaikum'salam Hana"

"Lama ke pak ude tunggu ?"

"ngak lah, pak ude aja baru sampai" keluar loghat Indonesia Osman yang membuatkan Hana Maisarah ketawa.

"Pak ude.. cakap Bahasa Malaysia lah. Kenapa nak kena cakap Indonesia dengan Hana ni?"

"Dah terbiasa Hana, asyik cakap Indonesia je dengan mak ude kamu"

"Dah la pak ude ni, eh pak ude... semua kat Malaysia kirim salam" salam mereka di sambut Osman. Osman sudah lima tahun menetap di Indonesia sejak dia berkahwin dengan isterinya Hajar.

********

Sampai sahaja di rumah pak ude, Hana terpegun. 'ni rumah ke istana' desis Hana Maisarah di dalam hati. Besar sungguh rumah pakciknya di sini. Kalah rumah dia dan rumah Tok Ma di Pahang.

"Pak ude... berapa orang duduk dalam istana ni" soal Hana Maisarah sambil menunjuk kan riak terkejutnya itu.

"Mak ude , pak ude. Lepastu driver sorang , Guard sorang, orang gaji 3 orang" jelas Osman pada Anak buahnya itu. Osman dan isterinya masih belum di kurniakan cahaya mata. Tetapi mereka tetap bersyukur dengan apa yang mereka miliki hari ini.

"Mak oiii... sikitnya orang tapi kenapa rumah besar macam ni pak ude?"

"Untuk anak-anak buah pak ude laa. Macam Hana ni kalau datang... boleh la pilih mana-mana bilik Hana nak"

"ohhh... paham" Hana mengangguk tanda paham. Hana Maisarah mengekori langkah Pakcik nya itu. Segan pula dia mahu masuk di rumah orang. Sepatutnya dia menetap di hotel, tapi di sebabkan papa tidak izinkan dia terpaksa akur.

"Hajar.....ni Hana sudah sampai"

"ya bang, bentar ya"

"Pak ude, Hana malu la dengan mak ude" Hana Maisarah merangkul lengan Osman. Ini pertama kali dia berjumpa dengan Hajar. Ketika Pak ude nya kahwin, dia satu keluarga tidak dapat ikut rombongan keluarga besarnya ke Indonesia kerana Doktor Hisham pergi ke Luar Negara ketika itu.

"alah mak ude kamu biasa je, Hana. Tak payah malu." kata Osman kepada anak buah kesayangannya itu.

"Ohh.. ini ya nak Hana tu bang" Hajar keluar dari dapur. Hajar menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Hana Maisarah. Hana sambut huluran tangan Hajar.

"Assalammuailaikum mak ude"

"waalaikum'salam nak Hana... Cantik sekali wajahnya ya bang. Nak Hana apa kabar?" Tanya Hajar kepada Hana Maisarah.

"Alhamdulillah mak ude, Hana sihat"

"udah la sayang, tunjukin sahaja Hana di mana kamarnya. Lepas itu, kita makan bareng ya" Kata Osman kepada Hana. Hana mengganguk tanda faham. Badannya pun rasa letih. Dari KLIA ke Yogyakarta mengambil masa 2 jan setengah. Sampai sahaja di Adisujipto Airport, Yogyakarta nak ke rumah Osman mengambil masa lebih kurang 30 minit.

"Nak Hana, ini kamarnya ya. Mak ude ada di kamar sebelah, nanti pukul 6 kita makan malam bareng ya" Hana mengganguk dan senyum membalas kata-kata Hajar.

"arghhh selesanya" Hana terus mencampakkan tubuhnya ke atas katil empuk di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience