“ Terima kasih.” Ucapnya tanpa memandang empunya diri .Iyad menyimpul senyum. Selepas tiga tahun,itulah kali pertama Alis bersuara. Benci sangatkah Alis dengannya? Besar sangatkah salahnya dahulu sampai Alis berpura tidak mengenali dirinya.
Iyad mengekor langkah Alis pelan-pelan. Memandangkan esok dia akan tinggalkan kampung,apa salahnya dia mencuba nasib. Dia akui,memang banyak sangat salahnya terhadap Alis. Bermula dari gurauan kasar ketika waktu kanak-kanak, api yang kecil itu semakin besar bila masing-masing keras kepala dan ego.
Pantang Alis balik kampung, cerita yang sama juga Iyad akan menjaja.Sumpah,dia bukan tak pernah menyesal melayan Alis begitu,tetapi kebodohan tinggi melangit itu yang membutakan hatinya bila Alis menjauhkan diri daripadanya.
Alis tunduk menarik hujung tikar untuk digulung. Selesai satu digulung lalu disandarkan di tepi tiang. Tikar mengkuang hasil anyaman mak tok memang cantik. Alis menjeling dari ekor mata. Lelaki itu masih ada . Iyad berdiri di belakangnya dan masih diam membisu. Hanya mereka berdua di situ.
Hari ini dia sudah cukup letih.Bukan sahaja fizikal malah mental dan emosi dia juga tidak kuat untuk berperang mulut dengan cucu Tok Heri yang paling dia benci!
“ Saidina Umar lebih rela berjalan di belakang singa daripada berada di belakang seorang perempuan.” Suara lembut dan tegas Alis memecah kesunyian antara mereka. Iyad menelan air liur sendiri. Padu sangat sindiran Alis kepadanya.Dia mengangkat songkok hitamnya dan menyisir rambut ke belakang.
“Alis”
Sepi. Alis tidak menunjukkan minat. Tingkahnya masih giat menggulung tikar seterusnya. Lagi cepat lelaki itu berambus lagi bagus!Susah sangat ke nak faham sindiran dia bagi tadi.
“ Alis Zarin… saya…err… saya nak ucap takziah. Kalau perlukan apa-apa, awak bagitau saja . Ermm, saya juga nak mintak maaf sebab hal dulu-dulu” Iyad mula menyusun kata.
Dia pun pengecut jugak, baru sekarang dia mengumpul kekuatan berdepan dengan Alis. Gadis itu masih lincah menggulung tikar. Hatinya berdentak kencang saat Alis mengangkat wajah memandang wajahnya. Jelingan tajam Alis menyerbu keseluruh wajahnya. Ah,sudah!
“ Aku..eh.saya…” sukar sangat untuk Iyad meneruskan kata. Pandangan tajam Alis bagai menjerut rengkungnya. Kalau kemarahan Alis terhadapnya boleh reda, melutut pun dia sanggup. Mungkin selepas ini dia akan hilang keberanian dan peluang ini.Iyad mengumpul semangat anak jantan.
“ Saya minta maaf sebab …” Iyad menelan kata sendiri.sumpah,tekaknya bagai penuh pasir .Apa yang difikirkan tidak sama dengan yang keluar dari mulutnya. Iyad mula tergagap menyusun kata.
“ Apa?” tukas Alis laju. Tangannya sudah ketar.Telinganya tak sanggup untuk mendengar ayat seterusnya yang keluar dari mulut lelaki itu. Jangan ungkit lagi! Jangan! Hari yang tak sesuai untuk bergaduh! Alis yakin sangat, Iyad memang sengaja mahu dari pasal dengannya.
“ Aku minta maaf sebab cium kau dulu!” Iyad bersuara perlahan. Malu jangan tanyalah.Kulitnya rasa setebal kulit gajah.
Ego yang sudah sebati lama diletak bawah tapak kaki bila mulut ringan memohon kemaafan. Alis mendengus geram. Kenapa Iyad buka cerita itu sekarang. Cerita yang paling memalukan diungkit semula pada hari dan waktu yang tak sesuai.Ceh!
Pang!! Laju tangannya mendarat di pipi Iyad. Nah,memang padan muka kau Iyad. Sapa suruh tayang muka mintak penampar ? Kedua-duanya terus terkaku. Terbuntang mata Iyad memandang Alis. Sungguh tak tersangka dia akan dapat habuan itu.
Alis cepat-cepat mahu angkat kaki meninggalkan Iyad yang masih terkejut . Hujung lidahnya menolak nolak dinding pipi sendiri .Pedih!Iyad mengerling sekilas kalau-kalau ada yang ternampak.
Mujur tiada sesiapa yang nampak mereka di bawah beranda rumah! Mintak maaf ikhlas daripada hati pun boleh dapat free penampar. Tangannya perlahan mengusap pipi sendiri. Dulu pun kerap juga kena penampar dengan Jamilah,tetapi Iyad masih boleh cool. Sumpah, pedih yang terasa di pipi sekrang cepat menjalar sampai ke hati.
Langkah Alis terhenti.Dia berpaling memandang kepada Iyad.Itulah habuan untuk lelaki yang banyak menyakitkan hatinya.Bencinya kepada Iyad bukan dibuat-buat. Ikutkan hati, nak sangat benamkan kepala si keparat itu dalam tanah.
“ Jangan berani ungkit lagi pasal tu lagi.Sampai mati pun aku takkan maafkan .” Alis berterus terang. Jari telunjuknya diangkat tinggi menyamai ketinggian Iyad yang berdiri tegap dihadapannya. Sepatutnya dari dulu lagi dia patut cekik dan bagi penampar kepada Iyad yang terlalu kurang ajar.
Share this novel