Bab 5

Romance Series 3952

Iyad tersengih lebar saat namanya dipuji abang Taha. Bukan senang budak kampung macam dia nak masuk MRSM .Dia boleh berbangga bila mendapat tawaran masuk ke matrikulasi.Selepas tiga tahun belajar kursus asas,sudah sampai masanya untuk.dia melanjutkan pelajaran ke matahari terbit. Indah tersusun satu satu bab dalam kehidupannya.

" Hang dulu jahat ...sana sini hang kacau orang.Mujur koi besar , hang reti pikiaq .Lepas ni abang Taha doakan hang berjaya tau.Kalau dah berjaya tu,ingat-ingat sama orang kampung."

" Mestilah abang." balas Iyad.Takkanlah dia akan lupakan kampung sendiri.Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat dia membesar dan bermain.Pandangannya jauh memandang kawasan nun jauh sawah padi yang menghijau.Di tempat orang nanti ,takkan sama keindahan dan kedamaian seperti di sini.

" Hari ni aku belanja hang makan.Esok hang dah nak pi sana. Entah bila pula hang nak singgah sini...Nak makan apa? Tanya Abang Taha lagi.

" Abang goreng mee sedap-sedap macam selalu...sirap limau satu." beritahu Iyad tersenyum seronok sebab dapat makan free.

" Dia mesti balik sini sebab kami bertiga tetap kawan sampai mati." Pikon menyampuk.Iyad tersengih lebar. Mereka inilah yang dia akan rindu bila mula sambung belajar di sana. Sahabatnya dunia akhirat yang paling dia sayang.Iyad menepuk belakang bahu Pikon.Sahabatnya sama masih tembun dan bulat macam dulu juga.

" Mana Megat?" tanya Iyad. Selalu waktu cenggini.dia dah sampai sini. Pelik.

" Adalah tu bapa dia suruh buat kerja..relax arr....nanti sampailah tu." balas Pikon

" Jadi ke hangpa nak p kerja di kilang kayu tu?"

" Jadilah...nak cari duit lebih....saya nak tolong famili....sebab tu saya nak sangat kerja abang Taha . Macam Megat takpa, kerja tak kerja sama saja....gaji tetap masyuk!" beritahunya tersengih lebar.

" Yalah...famili dia kan banyak rumah sewa... Makan tak habis."

Pikon tergelak. Keluarga Megat memang jenis orang senang pun.

Ponnn....ponnnn

" Taha... hang dengar dak lagi? jerit Pak Kassim. Dia memberhentikan Honda C70 nya tergesa-gesa.

"Awatnya?" Taha kelam kabut berlari keluar dari kedai.Dia pun ikut letih bila melihat perangai Pak Kassim yang memang kalut.

" Depa bagitau tadi anak dan menantu tok Abbas kemalangan dekat simpang Empat Kuala."

"Hah...bila jadi...eksiden dengan apa?" Taha bertalu mengaju soalan.Iyad terhenti menyuap tempeyek. Tok Abbas cuma ada seorang anak. Alis?

" Dengan treler.... Allahuakbar.. Dua-dua meninggal..Aku nak singgah rumah Tok imam sat...Hang tolong bagitau kat orang lain sama."

" Takpa...takpa....nanti aku bagitau orang lain."

Iyad dan Pikon terkedu. Sepatah pun tak terkeluar. Telinga mereka baru mendengar sesuatu yang sedih!

" Abang Taha.... mak dengan ayah Alis kan...dia pula macam mana?" Iyad bertanya.

Taha menggaru kepala.Dia pun tak sempat nak tanya.

" Jum kita pergi rumah Megat." Ajak Pikon.Iyad hanya angguk.Dia kemudian melompat naik atas motor Pikon. Tak sabar ingin tahu cerita penuh . Megat pun tak nampak muka langsung hari ini.Hati mereka mula gelisah.Sudah lama tak dengar cerita tentang ratu telur,tiba-tiba hari ini mereka dikejutkan dengan berita sedih. Motor kapchai Pikon berhenti di depan rumah Megat.Belum pun salam diberikan,Megat sudah berdiri di luar.

" Weh....kau dengar tak lagi?" tanya Pikon. Megat angguk.

" Alis?" tanya Pikon.

" Dia selamat sebab dia tak ikut sekali." terang Megat.

" Dia ada di mana? Rumah Tok Abbas ka?"

" Dia di Batu pahat...Ikut rombongan sekolah.Hang jangan tanya banyak sangat.Aku pun tak bopa nak tau."

Iyad terdiam. Dalam keadaan sekarang,ketiga-tiga mereka sangat gusar bila memikirkan nasib Alis. Sungguh hebat dugaan dia.

*-*-*-*--*-*-*-*-*--*-*-*-*-*--*-*--*-*-*-*-*--*-*-*-*-*-*-*--*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Iyad bangun menuju ke dapur.Tekaknya rasa dahaga.Ini kalau kena ais kepal memang kena dengan cuaca yang panas.Peti ais di buka dan tangan kanan laju menyambar kopi aisTok Heri .Argh...lega!Dia kembali ke ruang tamu dan duduk di kerusi malas milik Tok Heri.

Dia pandang iklan syampo tanpa rasa apa.Otaknya cuma teringatkan cerita yang dia tadi semasa pulang dari rumah Megat. Hiba mungkin yang dia rasai sekarang.Bayang Tok Heri belum nampak.Iyad bingkas bangun bila terdengar bunyi deruman motosikal .Dia jengoi kepala diluar tingkap.

" Abah....betoi ka cerita yang Iyad dengar di kedai kopi Abang Taha tadi...." Wajahnya bertukar mendung biarpun Rahimi belum mengeluarkan sepatah kata pun.

"Abah..." serunya perlahan.

" Betullah tu....Abah nak pergi menziarah ni...Jenazah akan sampai lepas asar "

" Nak ikut abah." pinta Iyad.

" Biar abah pergi sorang....esok hang dah kena bertolak....pi kemas kain baju..tengok balik benda apa yang tak beli lagi."

" Tak mau....Iyad nak ikut."

" Abah tau....tapi kalau hang pi la ni....bukan boleh tengok jenazah depa pun....macam nilah....nanti abah suruh mak hang balik ambil hang.La ni hang pi mandi....check balik semua barang-barang yang hang patut bawa esok."

Iyad duduk termenung di jendela.Setelah sekian lama dia lupakan tentang budak gemuk, tiba-tiba hari ini nama itu kembali meniti di bibirnya.Sudah lama dia tak berjumpa dengan Alis. Waktu bersilih ganti, sedar-sedar hampir enam tahun dia tidak lagi mengutuk atau mengejek Alis.Yalah,jumpa pun payah.Bila Alis balik,dia pula yang takde di kampung.

" Aku tak tau macam mana kau nak hadap ujian ini....Semoga semuanya selamat dan baik-baik.Semoga roh kedua ibu bapa kau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.Amin!" Ungkapnya perlahan tatkala pandangannya merenung jauh pandang ke langit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience