Bab 6

Romance Series 3952

Jamilah membawa keluar sedulang air dari rumah Hasnah. Air kopi dan roti kering tadi dihidangkan kepada sekumpulan lelaki yang duduk di bawah khemah. Semua yang duduk disitu seusia dengan Tok Abbas. Mereka masih setia menanti Tok Abbas dan Tok Heri balik dari tanah perkuburan.

“ Iyad, mai tolong mak angkat periuk. Malam ni masak di rumah Mak cik Nab. Lepas tu bawa pi ke surau untuk buat tahlil.” Terang Jamilah satu persatu.Iyad Cuma angguk dan menurut sahaja arahan ibunya.

“ Mak, lepas ni Alis nak tinggal dengan sapa?” Iyad memberanikan bertanya.

“ duduk dengan depalah…Takkan dia nak duk sorang-sorang di pekan tu.”

“ aku dengar tadi,depa laki bini nak pi duduk di sana…lepas Alis habis SPM,baru depa bawa dia balik sini.” Fatimah menyampuk. Jamilah dan Iyad saling berpandangan. Takkan Tok Abbas dan Mak tok nak duduk di Bandar. Boleh ke Tok Abbas tinggalkan kampung lama-lama.Nanti mulalah dia bising bila teringatkan ayam ,itik dan anak beruk peliharanya itu.

“ Tijah kan ada… Dia boleh bawa kereta… Depa duduk sana sat saja masa hari sekolah…Bila cuti ,balik sini pulak. Kesian juga budak tu nak tukar sekolah dekat-dekat periksa nih.” Terang Fatima sapatah sepatah.

Iyad kalih memandang rumah Tok Abbas dan sesaat itu jugalah kelibat Alis lalu di hadapannya. Dia memeluk erat surah Yasin di dadanya.Mata pun membengkak kerana terlalu banyak menangis.Sekejap kemudian, bayangan Tok Heri dan Tok Abbas melangkah lemah menuju bawah khemah. Iyad segera meninggalkan rumah Kak Hasnah dan berjalan menuju ke bawah khemah.

“ Aku yang patut pergi dulu.” Suara sebak Tok Abbas menyapa telinganya. Pilu dan hiba. Iyad Tarik kerusi duduk di hadapan Tok Abbas. Direnung wajah tua itu yang nampak sangat lelah .

“ Tok… Tok kena banyak sabar tau.” Tutur Iyad.Dia orang yang keberapa mengungkap perkara yang sama. Ah, dia sendiri kelu lidah bila terpandang kesedihan terpancar di wajah Tok Abbas. Rengkung rasa sempit nak karang ayat panjang-panjang bila tahu kesedihan mereka sekeluarga akan ambil masa yang lama untuk hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience