Geng kacakboi duduk bertenggek di pangkin bawah pokok ketapang. Orang lain berjemaah di surau,mereka duduk bersembang di bawah situ.
" Hoi Iyad...pi la usha....depa dah habis sembahyang belum?"
" Belum...Selalu doa Tok Heri panjang." Jawab Iyad tergaru-garu bawah leher.Pikon mula bertepuk tampar badan sendiri menghalau nyamuk.
" Malam ni banyak nyamuk ek." Pikon merungut.Letih menampar badan sendiri.
" Tiap-tiap malam banyak....sebab depa pun seronoklah ada kenduri. makan free."
" kenduri....kat mana?" Pikon bertanya.Setahu dia malam ni mana ada surau buat kenduri.Sebab itu,mereka ada di sini.
"Hang la buat kenduri....sedekah darah...Macam kami ni,kuruih kering....nyamuk tak minat."
"Bengong hang..." Pikon tersengih sambil membetulkan songkok hitam yang sudah buruk. Keluarga Pikon bukan orang senang.Kalau Tok Heri nak bersihkan kebun, selalunya ayah Pikon dicari sebab rajin dan tak curi tulang.Dapat jugalah duit habuan untuk berbelanja.
" Kalau aku besar nanti....aku nak kahwin dengan cucu Tok Abbas. " tiba-tiba Pikon meluah perasaan.
Megat dan Iyad saling berpandangan.Gatalnya.Baru tingkatan dua. PMR pun tak lepas lagi.Iyad berdiri dengan kaki sebelah ditongkat tepi pangkin.Pandangannya jatuh memandang wajah sahabatnya itu.
" Tak banyak....bagi aku dua sebab kenapa kau minat sangat dengan budak gemuk tu?" Iyad bersuara.Hairan sungguh. Dari dulu Pikon angau sungguh dengan ratu telur itu.
" Aku suka tengok dia....cantik.Hujung tahun lepas, dia balik bercuti sini....lawa weh.." Pikon tayang sengih yang melebar bila bercerita pasal Alis.
" Ek?? kenapa aku tak nampak pun.... " Iyad pula menyampuk.
" Celah mana lawa..... aku tengok montel macam dulu...." jawab Megat selamba.
" Sebab dia montellah aku suka..... nampak comel macam aku." balas Pikon.
" Comellah sangat.... aku tengok kau macam dah sama dengan Tok Abbas....poket baju melayu dia boleh masuk aku dengan Megat." cerita Iyad beria-ria.Megat ketawa. Tok Abbas memang besar pun...Kalau susun selipar jemaah lain, dah boleh agak yang mana satu Tok Abbas punya! Besar gedabak!
" Aku ni masa cutilah baru boleh melepak dengan hangpa....Duk asrama tak best ...." tutur Iyad perlahan.
" Best apa jadi budak pandai..... bukan senang nak masuk MRSM. mesti ramai budak perempuan yang cantikkan?" Ujar Megat.Dia pula mengambil tempat di sebelah Pikon.
" Ermmm.... ada la seorang dua...." jawab Iyad kemalasan.
" syhhhhh.....aku rasa depa dah habis berdoa...Ambil tempat masing-masing....Ingat....Jangan acah orang tua-tua...nanti teruk kena...tengok orang dulu kalau nak usik." pesan Iyad sepatah sepatah.
" Hah....itu geng Zulaiha.... cantekkkk.....Kita kasi depa terkencing sekali." Iyad mula try menyarungkan topeng hantu. Ketawa mengekek mereka bila ada peluang menyetan di kampung sendiri. Makin tua makin jahat mengacau orang. Iyad dan lain membuka kembali topeng dan disembunyi di belakang sementara menunggu geng Zulaiha sampai. Nama pun anak dara....nak berjalan pun lambat macam siput babi.Leceh betul!
"ready weh...koi dekat dah tu." Megat memberi isyarat.
" Hai....buat apa tuuuu" satu suara gemersik menyapa mereka dari belakang.Ketiga-tiga mereka menoleh serentak.Ampun!
Makkkkkkkk!!!!!!!
Bukkk.... Megat dan Iyad terlanggar batu besar di depan.Dua-dua terus pengsan.Pikon? Dia lagi awal pengsan. Badan memang besar tetapi penakut hangit! Suara tadi mengekek danmengilai dan terus hilang.
"Tok...Tok.... Cucu Tok ....Iyad pengsan nih....Depa semua pengsan."Jerit Zulaiha dari jauh.Tok Heri kelam kabut berlari ke arah sekelompok anak dara yang masih elok bertelekung.
Ya Allah....apa dah jadi nih....Awat depa pengsan? Nih ...hangpa pi panggil yang muda-muda suruh mai sini...Aku sorang tak larat angkat Fiqar." beritahu Tok Heri.Zulaiha dan kawannya berlari anak menuju ke surau.Sesaat kemudian, geng jemaah muda sudah sampai berkerumun di bawah pokok ketapang.Dah serupa funfair bila masing-masing pakat menyuluh sana sini.Cari apa pun tak tau.
Air dari tangan Tok Heri disapu ke wajah mereka bertiga. Kena sampuk gayanya.Mulut Iyad tak berhenti menyebut hantu mok..hantu mok..Hesy...mana ada hantu di Kampung Lubuk Kelubi. Tok Heri mula risau. Ketiga tiga mereka belum sedar.Masih meracau.
" Tok...nak bawa pi klinik ka...saya bawa kereta ...ada depan tu." tanya Bakri.Tok Heri geleng kepala.
" Ada hantu kat sini ke Tok?" tanya pemuda yang lain.Selalu elok saja .Kenapa malam ini boleh ada yang kena sampuk.
" Tok...tok....Iyad buka mata dah." jerit Zulaiha. Mak tok merapati budak nakal itu. Peluh di dahi dilap dengan lemah lembut.Kasihan pula.
" Kesiannya....baru habis sembahyang....terkena gangguan pulak." Maktok mengipas wajah Iyad dengan tangannya.
" Hang ni pasai apa...Awat pengsan tengah jalan?" Suara Tok Heri dengar dari belakang Dia melangkah menghampiri cucunya.
" Tok Heri....Iyad nampak hantu...." ceritanya terketar-ketar.Sumpah..Itulah kali pertama dia dan kawan lain nampak hantu.Selalu depa yang jadi hantu. Besar hantu itu! Putih Ya Rabbi....
" Mana ada hantu....perasaaan hangpa saja ." Tok Abbas pula yang bersuara. Rasanya tadi sorang pun tak nampak budak tiga orang itu berjemaah sekali.Tiba-tiba boleh pengsan sekali.Pelik!
Iyad membiarkan Maktok terus meriba kepalanya.Dia pun masih pening Megat dan Pikon mula bergerak dan buka mata sedikit.
" Sakit ...." rengeknya sambil mengurut belakang badan.Rasa sakit macam ada yang terlanggarnya kuat dari belakang. Sudahlah dilanggar, kepalanya pun rasa sakit .Boleh bengong setahun.
" Hangpa tadi tak nampak ikut sembahyang sekali...Hangpa pi mana? tanya Tok Abbas.
Iyad cari akal.Eh..mampus kalau Tok Heri tau.Lagi mampus kalau Tok Heri dan jemaah lain tau plan jahat mereka.Tak boleh...tak boleh jadi nih. Iyad tunjuk muka menahan sakit.
" Tok Heri....nak balik...." dia berpura memicit kepala yang tak sakit.
" Jom...nih...Hangpa dua tolong hantar sat budak dua orang ni balik rumah....Apa pun esok kita sembang lain...." arah Tok Heri kepada Bakri dan Taha. Kedua pemuda itu hanya angguk dan terus memapah kedua budak sengal tu ke dalam kereta.
" Mak tok....Jom kita balik." suara Alis menegur dari belakang.Iyad angkat wajah. Budak gemuk ni lagi. Meluat ah...Malu pun ada..Hilang macho ah terpengsan tadi. Hurm...Kalau Alis yang ternampak hantu tadi, mesti pecah lemak-lemak degilnya. Silap-silap terus jadi kurus.
Iyad meraup wajah. Mesti kecoh sekampung nanti. Entah apa dosa mereka terjumpa hantu betul. Seram ini mau dua tiga hari baru hilang kut!
" Balik berehat di rumah.Basuh kaki tu.Baca doa banyak-banyak." pesan Maktok
Iyad hanya angguk.Malas nak cakap banyak. Dia sendiri masih terkejut. Hantu memang wujud dalam dunia!Seramnya!
Selepas bayangan motor Tok Heri dan Iyad hilang,Maktok menarik tangan Alis untuk diajak pulang. Tok Abbas dah lama sampai dengan honda kapchai kesayangannya.
" Mak tok...kenapa tadi tu?" Alis bertanya.
" Depa pengsan...depa kata nampak hantu."
" hah...hantu? Takutnyaaaa." Ujar Alis.
" Hish....jangan duk takut...mana ada hantu.Kita manusia kena takut dengan Allah saja.Makhluk lain pun ciptaan Allah juga....buat apa nak takut." cerita Mak tok lagi.
Alis angguk.
Sepi.
Dia meraba dalam beg telekung yang digalasnya....Ketiga-ketiga topeng dan bedak sejuk Maktok ada dalam beg.Selamat! Wajahnya tersengih puas.Padan muka mereka bertiga.Puas hati dapat membalas dendam walaupun tunggu setahun juga nak dapat peluang. Langit tak selalu cerah. Malam ni giliran dia pula. Kalau dia ratu telur...mereka bertiga Raja penakut!
Hahahahah.....Alis menahan ketawa dalam hati.
Share this novel