Pikon dengan Megat sibuk menyusun kasut dan selipar jemaah surau yang hadir pada malam ini. Bila Tok Heri ajak masuk sekali, mereka hanya tersengih. Malam ini ada orang buat kenduri ,sebab itu mereka bertiga janji dari petang tadi untuk ikut sekali ke Surau.
" Iyad.... cucu tok Abbas mai dak malam ni? " Megat bertanya.Apa punya soalanlah tu,mana dia tau budak gemuk tu nak datang ke tidak.Dia bukan pengasuh .
" Tak tau..... mai kut." Iyad melipat tangan baju melayu berwarna hitam.Sebenarnya dia pun tunggu juga cucu Tok Abbas yang gebu tu.
" Minggu depan dah habis cuti sekolah....tak best arh!" Pikon menggaru belakang badan.Bila tangannya tak sampai, dia beralih menyandar di tiang surau....ke kiri kanan dia kontrol badan...Ah nikmatnya .Lega!
" Best apa....kita dah masuk sekolah menengah....Tok Heri kata sekolah menengah ramai budak lawa-lawa." Megat pula menyampuk.
" Hoi....setakat budak pompuan yang satu sekolah dengan kita....mana ada yang lawa.....Munirah karipap tu meleleh air hidung dari kita darjah satu lagi..Geli ah."
" Tak ada yang lawa macam cucu Tok Abbas kan.....Dia duduk bandar.....mesti kena lawa." Pikon duduk bertenggek di tepi tangga.Sesekali dia menoleh ke dalam surau.Ah...semua jemaah dah mula sembahyang.
" Lawa kat mana.....gemuk. Budak gemuk macam dia ajak tarik tali mesti boleh menang... main bola boleh suruh jadi keeper. Bola pun tak berani melintas ." Tutur Iyad sepatah sepatah. Bab mengata orang Iyad nombor satu tetapi kalau orang lain mengata dia,ah dia punya sentap tu sampai setahun.
" Kau kenapa tak ikut sekali sembahyang?" Tanya Iyad kepada Pikon.Orang nak mai surau,dia pun sibuk nak ikut.Malam-malam lain haram tak nampak muka pun.
"Errk....aku cuti." jawab Pikon.Megat ketawa mengekek . Lawak lawak!
" Tengkorak hang cuti...."
" Hang awat tak pi....sibuk suruh orang." marah Pikon.Iyad tayang tersengih.
" Aku Ni Tok Heri minta tolong jaga selipar jemaah....nanti hilang." selamba Iyad membalas.Tangan diseluk belakang seluarnya .Sedap menggaru punggung sendiri.Ceh!
" Pigidah....aku yang susun sorang-sorang....Hangpa mai sembang saja ....lepas tu sibuk nak makan." celah Megat.
" Iyad, Megat.. Fiqar mai sini....tolong Mak tok angkat cerek ni letak dekat tangga. Sakgi mai angkat pinggan pula." arah Mak tok yang dari tadi sibuk menyeduk acar limau ke dalam mangkuk kecil.Slrpppp.....mesti sedap kalau air tangan Mak tok.
"Iyad...nanti lepas depa habis sembahyang...hang suruh Tokwan hang angkat dulang ni bawa ke depan." Mek Pula bersuara.
" Tok Heri tak habis sembahyang lagi...duk tengah berdoa panjang." jerit Iyad kuat.
" Ish budak bertuah ni...dari dulu hang duk panggil Tok Heri.tok Heri..Nama Tok wan hang tu Harun!" Mek sekadar menegur tingkah budak-budak tadi.
" Tok Heri jual pekasam.....kenalah glamer sikit nama....macam cerita Kiah pekasam ." Pikon laju menyampuk.
" Syhhhh.....bising! Dahlah tak sembahyang....sembang kuat bukan main....hangpa ni memang nak kena." Tok Heri mencekak belakang leher Megat.Ah sudah...kenapa dia pula yang kena.Dia kan buat baik hari ini sebab siap susun kasut depan tangga.
" Tok Heri....orang dah kutip pahala tadi...orang yang susun kasut tu semua." beritahu Megat bersungguh-sungguh.Tangan ditunjukkan kearah deretan kasut yang disusun kemas.Tangan Tok Heri naik atas kepala.Perlahan-lahan diusap lembut kepala Megat.Baguih budaknya.
" Oo...hang yang susun.baguih! La ni hang p sembahyang pula.Ajak depa dua sekali.Cepat...nak makan dah ni." arah Tok Heri.Megat terus berlari mendapatkan kawan-kawannya.Nanti Kalau Tok Heri mengamuk lagi naya.
Alis berjalan menuju ke setor tempat geng perempuan duduk bersantai Disitulah lauk pauk dalam besen dan periuk diceduk ke dalam pinggan.Malam ini surau memang agak meriah sebab Pak Lang Hambali buat kenduri untuk jemaah surau.
" MakTok...Nak makan telur kurma." rengek Alis.
" Alahai....belum makan ya....Maktok ingat hang dah makan tadi masa di rumah...Tunggu sat." Maktok mengambil pinggan kosong lalu mencedok tiga biji telur masak kurma tadi.
"Ermmm.....sedapnya bau....Tambah sebiji lagi Maktok." Alis meminta lagi.Dari telur itu direbus pun dia dah menaruh perasaan apatah bila sudah dimasak..Giler sedap todd! Dia dah mula terliur.
Selesai sembahyang, Iyad cepat-cepat keluar mencari Maktok.Langkahnya diperlahankan bila nampak Alis duduk di situ sambil meratah sesuatu.Dia punya lahap jangan ceritalah..macam setahun tak makan.Iyad panjangkan leher ke dalam pinggan Alis.Dah agak dah....mesti dia tibai makan telur.
" Mak tok....lapar dah ni." Iyad mengusap perut sendiri.Dia curi pandang Alis.Wajahnya menayangkan sengih namun jelingan yang dia dapat!
" Sabar sat.... nanti Mak tok bubuh....hang duduk sini teman Alis makan."Pesan Mak tok .Hah.... jangan harap dia nak teman budak gemuk ni makan. Iyad pusing belakang,wajahnya tersengih nakal bila nampak Pikon.
" Weh...Maktok suruh hang teman budak gemuk ni makan.." kata Iyad selamba.Alis yang tengah syok menjamu selera terus terdiam.Sakitnya hati.Cucu Tok Heri mulut macam punggung ayam!
" Mak tok...Paha ayam bagi dua....nasi lebih."Jerit Iyad.Jemaah lain sudah menjamu selera.Iyad dan kawan-kawan suka lepak di belakang....sebab senang nak meratah lauk...senang nak basuh tangan dan senang lagi nak manja dengan perempuan yang sudah berpangkat nenek. Depa tunjukkan kasih sayang tak berbelah bagi.Sayang anak cucu gitu.
" Sedap tak Alis....Awat hang suka makan telur?" Pikon bersuara.Dia sudah lama berkenan dengan cucu Tok Abbas.Walapun tubuhnya menggebu,tetapi tetap nampak lawa....terutama bila dia menjeling.
Alis diam.Malas nak layan.Habis saja dia melantak sebiji telur ini ,dia pun akan blah dari situ.Bila bebudak hantu sudah sampai,seleranya terpotong terus.Menyampah tengok geng tu. Cuti sekolahnya kali ini tak best sebab selalu bertembung dengan budak jantan sengal.
" Mestilah dia suka teloq....dia mana ada teloq macam kita ..kan Megat!" Iyad tolong menjawab.Sial ...siot...sengal.Mulut macam haram. Dia memang suka bagi orang hangin!
Mereka bertiga ketawa kuat.Entah tang mana lawak sangat.Bodoh punya orang. Bila Mak tok dan Mek keluar bersama sebesen ayam goreng, mereka cepat-cepat sembunyikan ketawa. Masing-masing mula bersembang pasal perkara lain.Cover perangai haprak mereka.Tiba-tiba...
" Weh....bau apa ni? "Tanya Megat.Semua sudah menahan jari di batang hidung.Busuk!!!!! Pandangan mereka bersilih ganti.Siapa antara mereka yang kurang ajar sangat nih.Melepas kentut malam-malam! Babi betul!
" Hang ka?" Iyad tunding jari kepada Pikon.Dia cepat-cepat menggeleng kepala.Takkan dia nak pedajal kawan-kawannya.Mereka pernah berjanji sejak dari darjah tiga,kalau sesiapa rasa nak terkentut ...mesti cari port lain! Jangan cemarkan kawasan setempat.Itu salah satu janji bersama mereka. Kalau bukan mereka,takkan Maktok kot.Hesy...Maktok kalau kentut mesti wangi....Ini mesti spesis kuat makan telor! Hah...telur.....telur....Alis saja suka makan telur.Mereka bertiga terus memerhati Alis di hujung meja.Alis tunduk senyap .
" Hoi....hang ka? " Tanya Iyad dari jauh.
Diam
" Aduh....macam takda tempat lain nak kentut.Busuklah wei...haram jadah betul...Hang mana boleh kentut dekat surau...berdosa besar!" Iyad sembang kuat tembirang.Hatinya mula menjalar rasa panas.Cucu Tok Abbas banyak buat hal.
" "Syhhhhh.....Awat bising-bising ni?" Maktok lari keluar untuk meninjau.Suara Iyad dengar sampai ke dalam setor simpan pinggan mangkuk.
" Dia kentut busuk Maktok.... langsung tak hormat surau...tempat suci ni...mana leh kentut sesuka hati."
" ha...betul tu...tercemar nanti Maktok." Megat pula sibuk menyampuk.
" Amboiiii....kentut tak boleh....tapi yang hang mencarut...memaki tu boleh pulak...Erm....hang ni dulu pi sekolah ke dak ni....Mak tok luku kepala mau dak.?
Iyad tayang sengih.Malu pula bila Maktok smash tepat kena batang hidung sendiri.Pikon dan Megat menahan ketawa.Mana boleh gelakkan cucu Tok Heri...silap-silap nanti kena left group Geng kacakboi.
"Mak tok...." panggil Alis perlahan.Jarinya melambai memanggil Maktok supaya menghampirinya. Tubir matanya murah bergenang.Malu dan takut pun ada.Orang tua itu pun tunduk menadah telinga apabila budak perempuan itu mahu membisikan sesuatu .
" Takpa...takpa....Jangan teriak...Jum ikut Maktok." pujuknya lemah lembut.Iyad cuba mencuri mendengar tetapi hampa.Kedua mereka pandai berbisik halus.
" Hoi ...hang nak pi mana pulak tu?" Suara Mek dari belakang menegur bila ternampak Maktok dan Alis berjalan meninggalkan meja makan yang terletak di tepi setor.
" Sat...cucu aku terberak dalam seluar...aku nak hantar dia balik."
What....Hahahahah....Padan muka.Itulah akibatnya kuat makan telur! Mereka sengaja tergelak besar khusus untuk bagi Alis dengar. Padan muka! Cerita berak Alis sampai ke tua mereka akan ingat....sebab apa? Sebab telur ayam akan sentiasa membuatkan mereka teringatkan tentang Alis cucu Tok Abbas.
Share this novel