Bab 2

Romance Series 3952

Tok Heri menghulurkan satu plastik berisi ikan pekasam.Iyad cepat-cepat mengambil daripada tangan Tok Heri.Alamak masa inilah nak suruh dia buat itu ini.Dia baru plan baik dengan Pikon nak pergi cari ikan laga. Sudahlah minggu lalu penat palu kompang, takkanlah Tok Heri tak boleh kasi can seminit dua untuknya.

" Iyad dah lambat ni....nanti depa tunggu! dalihnya terus bangun dari pangkin. Tangannya dilelar seseorang. Kot mana pun mesti Tok Heri akan menang.

" Hang jangan duk bagi alasan....pi cepat!" arah Tok Heri.

" Nak upah.... Lima ringgit." Umar mengangkat jarinya.Untung sabut timbul.Weh lima ringgit boleh buat bayar makan ais kepal di kampung hujung.Sedap !

" Duit...duit! ...cari pahala sama!" Pesan Tok Heri tegas.Iyad menundukkan pandangan.Ahhhh.....Nak beli apa pun semua pakai duit. Tok Heri saja pemurah sangat.

" Nak hantar kat Umah sapa Tok Heri?" iyad menggaru tepi pipi.Peluh meleleh dilap dengan lengan baju pendeknya.Berlemoih sungguh budak jantan yang satu ini. Entah kat mana dia pergi berkubang.Tok Heri pandang ke bawah melihat kaki cucunya yang penuh selut.

" Hang pi main tang mana nih....basuh kaki dulu.Lepas tu pi hantar rumah Tok Abbas.Dia duk minta lama dah."

" Jauhnya....awat tak suruh Paksu?" Iyad melangkah longlai.

" Ish budak ni.... paksu hang baru menikah....dia sibuk.Hang pi cepat....macam nak hujan ni."

" Esoklah Tok Heri....Dia bukan mengandung pun....mengidam nak makan macam-macam." tukas Iyad. Mulut laju saja nak menjawab.

"Kuang ajaq....Hang ni kalau suruh pi kedai...laju...suruh p hantar order....hang mengelat. Aku pulas burung hang tu....pi cepat!" sergah Tok Heri.

Iyad mengekek ketawa. Alah, sakat sikit dah marah.Relax Tok Heri...Iyad mana pernah kecewakan dia. Inilah cucu limited edition. Nakal-nakal pun dia paling rajin menolong.

" Naik gerek Tokwan tu...bawa elok-elok." pelawanya

" Tok Heri....basikal hitam tu kalau buang kat dalam laut....ikan pun mati...zaman la orang dah bawa kereta....Tok Heri saja kayuh gerek....sebab tu Tok Gayah tolak pinangan..hahahha...."

Tok Heri yang baru nak melangkah masuk ke dalam rumah terus terkaku.Mulut! Belum sempat Tok Heri pusing badan,Iyad dulu dah cabut lari.Bodohlah kalau tunggu...nanti sampai tangan Tok Heri belakang kepala, mengaji pun boleh nampak huruf menari-nari. Senang cerita,boleh bengong setahun.Sebab dah biasa kenalah,dia lagi cerdik lari selamatkan diri dulu.

" Assalamualaikum....Tok Abbas.... Oooo....."Iyad mati kata.Bila salam tak disahut,yang ada cuma budak perempuan gemuk di depan pintu.Sebiji dia copy paste gemuk Tok Abbas. Kalau tersesat pun tak susah nak cari...memang orang akan kata cucu Tok Abbas. Iyad menggaris senyuman nakal bila mengenangkan peristiwa tempoh hari.

" Nak jual apa ....stupid boy!" Alis menjeling tajam.Kalau dia tahu budak jantan bodoh dengan muka tak siap yang datang,tak ingin dia nak buka pintu.Huh!

Erkkk! Iyad telan air liur.Berani sungguh budak tenggelam leher ini gelar dia stupid boy.Bandarlah sangat.Ingat dia tak faham ke....tolong sikit!

" Hanglah bodoh.... baligh pun belum....berani mengata aku....sekeh kang." Iyad mula membalas kata. Aii...kecik besar kecik besar dia tengok budak yang berdiri di depannya.

" awaklah bodoh....jahat!...." Alis pun tak mau kalah.Eleh lagipun ini rumah datuknya.Apa nak takut. Alis cekak pinggang yang tak berapa nak ramping itu.

" Mana Tok Abbas?" dia bertanya.Alis hanya menjeling.Perghhh....sekali dia jeling mata pun ikut hilang.Hebat budak perempuan ini, banyak kebolehan dia selain curi makan telur.

" Tok Abbas takda.....pergi main jauh-jauh." Alis menghalau.Amboi....tak padan dengan katik. Berlagak nak mampus.Menyesal pula janji nak kahwin hari itu.

" Nah...ambik ni...Tok Heri sedekah...."Iyad menghulur dari jauh.Alis hanya panjangkan leher untuk mengintai...Euww!Busuk!

" Busuk! Uwekkkk!"Alis menutup hidung.Lagak macam baru balik London.Haktuii! Iyad mendengus geram.Memang ada nak kena ketuk ranap ke tanah.

" Hah". Iyad melopong saat Alis menolak daun pintu.Cinabeng betul. Dia mula ketap bibir. Gamak sungguh dia tutup pintu sedangkan urusan belum selesai.

" Hoi gemuk..... aku letak kat sini. Nanti hang bagitau Tok Abbas tau." ujarnya sebelum mahu beredar. Plasti berisi pekasam tadi di letakan dalam raga motor.Selak pintu dibuka kembali.Iyad kalih belakang. Budak perempuan yang sama juga.

" Pergi balik cepat..... nanti kawan awak cari pula".balas ais.Iyad tersenyum. Memang pun Pikon akan cari....tetapi macam mana Si gemuk ini pandai meneka.

" Siapa kawan aku?"tanya Iyad.

" itu..." Mulut Alis dijuih bawah Pokok rambutan tepi rumah. Iyad turut kalih membuang pandangan.Mana? Takda sesiapa pun!

" Mana?"

" Tu...." Alis mengekek ketawa.Anak beruk Tok Abbas dikatakan kawan dia.Memang lapar penampar sungguh budak perempuan ini.Bengong! Eiii....sumpah rasa nak benamkan kepala Alis dalam tanah.

" Weh..... beranilah kan sebab ini rumah Tok hang....Nanti aku canang satu kampung....apa yang aku nampak hari tu....padan muka hang!" Balas Iyad sepatah sepatah.Alis menayangkan muka takut. Malu pun ada.Mata mereka bertentangan.

" Awak nampak apa?"Alis terketar -ketar menyoal.Wajah pun kian hilang keberanian. Itulah yakin sangat nak cari pasal dengan Iyad

" Hang kencing berdiri!" balas Iyad penuh yakin.Pffftt!!!!! Belum sempat Iyad mengusik lebih-lebih,Alis menjerit kuat.Berpura-pura menangis tanpa air mata. Kaki dihentak laju atas lantai simen. Drama Queen rupanya.

" Alis.... kenapa tu..? " suara Faizah menjerit dari dapur bila terdengar tangisan anaknya.Iyad tepuk dahi.Alamak...baik blah dulu.Silap besar dia kali ini sebab cari pasal dengan budak manja.Iyad terus berlari laju. Last, lepas ini dia tak mau hantar order pekasam dekat rumah Tok Abbas. Bahana bahana . Kalau pekasam Tok Abbas habis stok boleh order dari Kiah Pekasam! Dia takkan sesekali sua muka sini dah...serik!

Share this novel

Hanani Nasir
2019-11-20 22:33:03 

mouri, bila nk sambung? intro pun da menarik:)

Hanani Nasir
2019-11-20 22:32:46 

mouri, bila nk sambung? intro pun da menarik:)

Hanani Nasir
2019-11-20 22:32:35 

mouri, bila nk sambung? intro pun da menarik:)


NovelPlus Premium

The best ads free experience