Bab 7

Romance Series 3952

Lelah dan pasrah.Itulah yang ada di dalam hati mereka yang hilang anak tersayang! Tubuh Tok Abbas suda tidak bermaya.Dia tidak sekuat Isterinya yang dari tadi erat memeluk cucunya itu.

“ Tok kesian tengok dia…dia jadi yatim piatu sekelip mata.” Pandangan Tok Abbas menghala ke arah Alis yang turut memeluk erat Mak Tok.

Sepi.

Iyad tunduk memandang memandang rumput hijau yang baru galak nak tumbuh menghijau. Dia sendiri mati kutu nak pujuk hati seorang tua yang tengah bersedih.Hati dia pun terpalit kesedihan.Oh Alis!

“ Aku tau hang tengah sedih. Apa pun kita kena redho. Jom dekat nak mghrib dah ni.” Tok Heri mencuit bahu cucunya. Seakan faham maksud itu, Iyad segera memapah Tok Abbas masuk ke dalam rumah pelan-pelan.


****************************

Sejak dari tadi,wajah sugul itu hanya duduk menyandar di dinding dapur sambil merenung lantai simen lepa yang sejuk.Itulah yang perasaan kosong dan dingin mula menyapa dalam jiwanya. Kedua ibubapanya telah pun selamat dikebumikan.Agaknya sudah tertulis selayaknya dia hanya mampu merasai kasih sayang kedua orang tuanya cuma untuk sekejap. Tangannya menguis hujung tikar mengkuang yang sudah terkoyak.

“ Alis…awat duduk sini sorng-sorang?” Mak Tok melangkah longlai mendapatkan cucunya.Melihat wajah tua itu,lagilah bertambah kesedihan hatinya. Mak Tok melabuhkan punggung disebelahnya. Dia perlu tabah walaupun dalam hati hanya Tuhan mengerti betapa hancur luluh melihat sekujur tubuh anak kesayangan kaku menyembah bumi . satu-satunya anak lelaki yang menjadi harapan keluarga.

Alis menyembam wajah di bahu Mak tok. Mujur ada Mak tok dan Tok Abbas.Tubir matanya mula memberat berakung titisan air mata. Alis menggenggam erat jari tua Mak tok. Dia takkan menangis lagi demi Mak tok.Di akan cuba jadi kuat di depan Mak Tok.

“ Teriaklah puas-puas.” Lembut bicara maktok menyapa ke telinganya. Alis mengetap bibir mengumpul kekuatan.Janganlah jatuh lagi air mata ini di hadapan Mak tok.Dia mesti kuat!

“ Lepas ni Alis mai tinggal dengan Tok tau. Selagi kami hidup, kami boleh bela hang.” Beritahu Mak Tok kepada Alis sambil mengusap lembut kepalanya. Hatinya makin tersiat disapa kesedihan .Kalau Alis hilang kasih seorang ayah, MakTok pun pasrah kerana kehilangan anak juga. Alis menginjak merapatkan lagi tubuh mendakap erat wanita tua itu. Tangan itu kemudian mendarat di belakang tubuhnya dengan penuh kasih sayang. Bukan! Sebenarnya Alis merasakan sentuhan itu lebih kepada simpati kepada cucu yang sekelip mata menjadi yatim piatu.

“ Teriaklah Alis…jangan simpan semuanya.” Pujuk Maktok lagi.Biarlah cucunya menangis lagi.Dia dan suaminya perlu kuat berhadapan dugaan. Hati ibu mana tak dicalar kesedihan kalau kehilangan anak! Alis memejam mata rapat-rapat. Bagai memahami takdir yang digalasnya ,langit pun mula menangis! Hujan renyai diluar tidak membantutkan hasrat Iyad untuk terus setia tercegat di rumah Tok Abbas.sepatutnya mala mini,dia dan kawan-kawan yang lain sudah berjanji untuk berjumpa meraikan kejayaannya sebelum dia berlepas ke Jepun. Demi Alis, dia batalkan semuanya.

Dia yang berdiri di tepi pintu dapur terus diam membisu.Melihat tubuh itu terhinjut-hinjut menahan kesedihan, hati lelakinya turut remuk.Ya,semua yang berlaku memang sudah tertulis sebagai takdir.Mati itu benar! Jiwa lelakinya lelah bila melihat orang tersayang menanggung kesedihan. Allahu!

“ Iyad, pi balik. Esok hang kena bertolak awal pagi kan.” Tok Heri menepuk bahu cucunya. Iyad tidak memberi respon.Matanya lebih setia tertancap memandang kepada Alis.Angkatlah wajahmu itu, sesungguhnya Iyad sangat merindui gadis itu .

“ Hesy…pi balik dulu.nanti Tok balik sendiri.” Beritahu Tok Heri bila melihat gelagat cucunya yang masih mematung diri tanpa sepatah kata. Bila Tok Heri menepuk bahu, lamunannya pun terus terbang terlalu jauh.

“ Takpa,,sakgi chek baliklah. Mak suruh tunggu sat kot mak tok nak suruh kemas.” Jawab Iyad perlahan. Maktok segera angkat wajah. Rupanya cucu tok Heri masih ada!

“ dah la Alis, hang pi gulung sat tikar di luar tu bawa masuk dalam. Jangan sedih sangat, hang kena redho dan tabah walaupun pahit untuk ditelan.” Tegur Mak Tok. Dia tidak mahu Alis terus merapati hiba. Setelah dipujuk berkali-kali,barulah Alis mengangkat wajah. Lama Iyad memerhati wajah itu. Sepatutnya dia merakam wajah Alis ketika wajah itu terbias senyuman bukan kesedihan! Alis melangkah dan berdiri di pintu dapur belakang.Dalam terbongkok-bongkok mencari selipar sendiri,tiba-tiba ada tangan yang meletakkan sepasang selipar dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience