Bab 3

Drama Series 10845

BODOH punya perempuan! Kau memang saja je kan cari pasal dengan aku waktu aku dah berjaya macam ni? Memang spesis pendengki!

Yang Linda tu pun satu. Ikut dan turut sajalah telunjuk Si Raisha tu. Dah macam lembu aku tengok. Puan Sri Zarina tak henti mengutuk dari tadi.

Panas aje hatinya apabila mengingat kembali ugutan daripada Puan Linda tadi. Nak bawa hal ni ke pihak polis? Semata-mata kerana Raisha?

Itu memang tak masuk akal! Tak naklah Puan Sri Zarina naik turun mahkamah nak menghadap muka anak saudaranya tu.

Bikin meluat je adalah.

Yang Raisha tu, dah tahu buta, memang tak reti nak give up ke? Ada hati nak ambik balik jawatan General Manager Hotel Auroria tu.

Aku yang tak tidur malam, mahu luaskan hotel ni ke peringkat dunia, tapi dia pulak yang sibuk nak cucuk jarum. Padahal kejayaan hotel ni, semua dari usaha aku! Bebel Puan Sri Zarina dalam hati.

Darah yang menggelegak makin meningkat tahap kepanasannya. Disebabkan semua hal yang berlaku tadi, tak pasal-pasal dia kena 'berunding' semula dengan Doktor Hadi.

Semuanya dilakukan secara sulit, mengalahkan rundingan rahsia negara pula.

Kalaulah kerja kotornya bersama Doktor Hadi terbongkar, memang matilah dia. Silap-silap, sekarang ni dia duduk di penthouse, tak pasal-pasal nanti dia kena pindah masuk penjara pulak. Tidak!

Haraplah Doktor Hadi tu jalankan amanahnya. Ya, Puan Sri Zarina percayakan lelaki tu. Kalau tidak, mana mungkin dia mahu bekerjasama dengan doktor yang telah berkomplot dengannya selama hampir enam tahun itu.

Semua rahsia, kerja kotor, disimpan sebaik-baiknya oleh doktor tu. Tak sia-sia Puan Sri Zarina bayar Si Hadi tu.

Doktor Hadi tu, nampak aje pakai kaca mata petak macam tu, tapi bila bab menipu, memang nombor satu.

Buktinya, sewaktu Puan Linda menerjah masuk ke dalam bilik rawatannya di hospital tadi. Punyalah bersungguh-sungguh Doktor Hadi menidakkan tuduhan Puan Linda yang mengatakan dia bersekongkol dengan Puan Sri Zarina.

Siap bersumpah dengan nama Allah bagai. Ish! Memang berani mati sungguh kau ye, Hadi.

Ye la ... semuanya disebabkan duit. Orang yang nampak skema pun boleh jadi pengkhianat dan sanggup buat apa-apa sahaja demi kepuasan diri.

Sebab tulah orang kata, jangan sesekali menghakimi peribadi seseorang berdasarkan luaran mereka. Sebab zaman ni, banyak orang yang 'bertopeng'.

Pasal Doktor Hadi tu, harapnya tak ada apalah yang perlu dirisaukan. Puan Sri Zarina pun menganggap yang pertemuan tadi adalah pertemuan antara mereka buat kali terakhir. Dia dah tak nak lagi berhubung dengan doktor tu. 

Anggap aje baki bayaran RM50,000 tadi tu sebagai bayaran penuh untuk tugas yang Doktor Hadi laksanakan demi niat jahat Puan Sri Zarina.

Gawatlah kalau kesepakatan mereka tu kantoi. Sudahlah kes ni bakal melibatkan pihak polis. 

Huh! Tak pasal-pasal dia terpaksa memutuskan tali komplot dengan Doktor Hadi tu. Siap buat perjanjian lagi untuk berpura-pura bahawa mereka tu saling tak kenal.

Semuanya sebab anak saudara dan adiknyalah. Eii ... memang cari pasal sungguh dua orang tu. Dia orang tu tak serik-serik nak jatuhkan aku. Puan Sri Zarina mengepal tangannya.

"Ma, kenapa ni? Dira tengok mama macam stres je."

Suara Adira yang menerjah masuk ke telinga membuatkan kekusutan Puan Sri Zarina terhenti. Segera Puan Sri Zarina geleng kepalanya dan reaksi wajah ketatnya spontan berubah.

Terlalu stres memikirkan masalah yang menimpa tadi sampaikan makan tengah hari bersama keluarganya sekarang ni dah macam tak penting pun baginya. Hidangan mewah dan mahal yang disajikan di depan matanya pun, macam tak luak aje dijamah.

"Mana ada. Mama okey je," nafi Puan Sri Zarina melempar senyum segaris.

"Ye ke okey? Tadi Dini pun ada nampak muka mama berkerut-kerut. Mama ada masalah kat tempat kerja ke?" Kali ini Adini pula bertanya.

Haihlah ... kembar tak seiras ni, pantang nampak ibu mereka tu stres sikit, adalah tu bertalu-talu soalan nak diajukan. Banyak betul soalnya. Kalau orang lain yang bertanya tatkala hati Puan Sri Zarina sedang serabut ni, memang dah dimaki orang tu agaknya.

Nasib baiklah Puan Sri Zarina sayangkan anak-anaknya tu. Jadi tanyalah soalan apa pun. Dia hanya senyum dan berpura-pura okey saja. Tak naklah anak kembarnya tu risaukan sangat fasal dirinya.

"Korang berdua ni macam tak biasa pulak dengan mama korang ni. Biasalah tu, jadi bos kat Hotel Auroria tu, takkanlah tak pernah hadap masalah. Hotel bertaraf dunia tu. Masalah dengan pekerja, masalah dengan management, semua mama korang settlekan sendiri tau. Tapi korang jangan risaulah. Dah enam tahun mama korang ni jadi bos kat hotel tu, jadi mestilah sebarang masalah dia boleh handle sendiri, kan?"

Encik Fadlan yang duduk di sebelah Puan Sri Zarina pula mencelah. Siap mengulas panjang lagi jawapan bagi pihak isterinya tu. Tapi mulut tak henti mengunyah makanan. Maklumlah, makanan kat atas meja tu sedap-sedap belaka. 

Best pulak jadi suami kepada pemilik Hotel Auroria ni. Dahlah dapat hidup mewah, lepas tu kalau nak makan, siap ada tukang masak professional yang tolong masakkan hidangan untuk mereka sekeluarga. 

Puan Sri Zarina hanya tersenyum dan mengangguk lemah. Anak-anaknya pula turut mengangguk menyetujui kata-kata ayah tiri mereka tu. 

Iyalah, betul juga apa yang Encik Fadlan cakapkan tadi. Tipulah kalau bos sesebuah syarikat tak pernah hadap masalah. Kadang ujian atau masalah yang menimpa itulah menjadi bukti seseorang itu layak menjadi pemimpin atau tidak. 

"Hmm ...  okeylah kalau macam tu." Adira beralah. Sambil-sambil tu, dia turut mencapai tas tangan yang diletak di atas meja. "Dini, jom keluar sekarang. Takut lambat nanti." Terus Adira mengajak adik kembarnya itu keluar.

Tadi mereka dua beradik ada berjanji nak hangout bersama dengan kawan-kawan universiti dia orang tu. Sebelum hangout, makan dulu dengan keluarga. 

Adini pun tergocoh-gocoh mencuci apa yang patut. Usai memastikan dirinya bersiap untuk keluar, terus dia membuntuti langkah Adira.

Haihlah Adira. Nampak sangat yang kau tu suka mengelak dari ayah tiri kau. Setiap kali Encik Fadlan menyampuk perbualan je, mesti ada aje benda yang Adira nak buat. Suka hati kaulah, Adira.

Puan Sri Zarina hanya menggeleng-geleng saja kepalanya. Matanya menghantar ke arah anak-anaknya yang sudah berpamitan pergi. Sekarang di meja makan yang gah itu, hanya tinggal dirinya dan suaminya sahaja.

"What's wrong?" Encik Fadlan bersuara setelah agak lama mereka membisu. 

Sejak dua anak kembar tu keluar tadi, Puan Sri Zarina tu kembali dengan muka ketatnya. Tak ada cahaya nur langsung. Berkerut je memanjang. Jelas sangat yang dia tu tertekan.

"Sayang ada masalah dengan Raisha tu lagi ke?" sambung Encik Fadlan memotong bicara isterinya yang masih terpinga-pinga.

"Macam mana awak tahu?" Terkejut jugalah Puan Sri Zarina. Macam tahu-tahu aje suaminya tentang gegelung gelisah yang melingkar dalam fikirannya dari tadi.

Ya, dari tadi dia asyik fikir pasal Raisha.

"Saya tahulah. Sayang kalau muka masam macam ni, mesti tengah plan something, kan? Dan something tu, mesti sebab Raisha."

Okey, Puan Sri Zarina mengalah. Suaminya tu memang jenis yang observer sikit. Kalau dia stres tentang sesuatu perkara, memang suaminya tu tahu tanpa sempat dia memberitahu. 

Keluhan dilepaskan. Jari-jemari Puan Sri Zarina mengetuk-ngetuk meja. Bunyi ketukan malah bertambah kuat dengan kuku-kuku berwarna ungu yang panjang dan tajam milik wanita tu. 

"Awak nak tahu tak. Tadi Linda ada datang pejabat saya. Dia kata dia nak report kat polis tentang pembedahan kornea Raisha."

"You mean ... Linda tu dah syak yang semua benda terjadi ni angkara kita?" Encik Fadlan seolah-olah terkejut.

Puan Sri Zarina diam. Tidak mengiyakan sekalipun tetapi lihat dari reaksinya, memang benarlah apa yang difikirkan Encik Fadlan tu.

"Sebab tulah sayang tak senang duduk dari tadi?" sambung Encik Fadlan lagi.

Tak nak menjawab satu soalan pun, Puan Sri Zarina meneguk jus epal itu dengan rakusnya. Tiba-tiba tekak rasa tersangat kering pula. 

"Habis? Takkan sayang nak biarkan je Linda dan Raisha tu serang keluarga kita macam ni? Sayang tu pemilik Hotel Auroria tau. Sayang berhak pertahankan hak sayang tu." Kali ni Encik Fadlan menyuntik semangat buat isterinya.

Gilalah kalau plan bersama antara mereka gagal. Memang mampus dia orang tu. 

"Awak nak saya buat apa? Suap polis? Awak ingat senang ke nak suap-menyuap ni? Cukuplah segala perbuatan kita hampir terbongkar beberapa tahun lepas, saya tak nak benda yang sama berulang lagi," tengking Puan Sri Zarina. 

Dia masih ingat lagi, dia lakukan rasuah melibatkan beberapa pihak polis beberapa tahun lalu tapi nak dijadikan cerita, kegiatan liciknya tu hampir pecah di mulut seseorang. Seseorang yang sama sekali menolak rasuah dalam hidupnya.

Tapi atas bantuan Encik Fadlan sendiri, perkara tu bagaikan hilang macam tu aje. Anggota polis yang mengugut untuk membongkarkan perbuatan rasuah Puan Sri Zarina pun sudah hilang jejaknya. 

Entahlah apa yang Encik Fadlan tu buat. Puan Sri Zarina pun pelik tapi dia biarkan saja perkara tu berlalu asalkan semua rahsia tersimpan rapi. 

Dari situlah Puan Sri Zarina semakin berhati-hati untuk melibatkan orang lain dalam kerja kotor tu. Tersalah orang, padah akibatnya. 

"Rasuah? Kenapa nak guna cara kotor sedangkan kita boleh guna cara bersih?" Encik Fadlan memberi pembayang.

Puan Sri Zarina pula semakin berkerut dahinya. Cara bersih? Ada ke?

"Sayang nak counter attack Raisha dengan Linda tu, kena guna cara bersih, barulah nampak hebat kalau sayang menang pertarungan ni," tambah Encik Fadlan.

"Maksud awak? Apa yang cara bersihnya?" Makin tak keruan Puan Sri Zarina jadinya. Suaminya ni, kalau nak bagitahu cadangan pun, bagitahulah terus. Ni siap ajukan soalan beraras tinggi pulak.

"Invite Raisha hadir ke sambutan 25th anniversary Hotel Auroria. Macam tahun-tahun sebelum ni? Dari situ, sayang dah boleh plan macam-macam untuk jatuhkan dia. Sayang jangan risau, untuk sambutan anniversary tahun ni, saya confirm Raisha tu datang."

Dengar saja idea itu keluar dari mulut Encik Fadlan, mata Puan Sri Zarina terbuntang luas. Betul juga kata suaminya tu. Memang beruntung dapat suami otak geliga macam Fadlan ni. 

Sudahlah muda, bijak pulak tu. Hmm ... tak sia-sia kahwin lain.

Dalam beberapa ketika, senyuman dileretkan dan niat jahat mulai menerpa fikiran.

*****

Kerusi batu berbentuk petak itu menjadi tempat Darren melabuhkan punggungnya. Mujurlah kat dalam taman di rumah agam ni tak panas sebab berbumbung. Suasana pun, segar sungguh.

Kerana perjumpaan semulanya dengan Tasnim tadi, terpaksalah dia menunggu kat situ. Tasnim kata nak ajak minum dan berbual sedikit. Iyalah, dah hampir 10 tahun mereka tak berjumpa sejak berpisah dari Rumah Anak Yatim Cahaya, mestilah banyak benda nak dibualkan. 

Tasnim pun, ada kat dalam rumah besar tu sekarang ni. Tengah buatkan airlah tu. Nak layan tetamu istimewa katakan.

Nak jemput Darren masuk ke dalam rumah, nampak tak manis pulak. Walaupun kat rumah ni ada Raisha di tingkat paling atas, tetap saja Tasnim ingin berjaga-jaga. Kalau nak ajak Darren masuk pun, tunggu Kak Betty balik dari membeli barang runcit nanti atau tunggu je Puan Linda sekali. Kejap lagi dia orang baliklah tu.

Darren tersenyum sendiri memikirkan perihal yang berlaku tadi. Kecil sungguh kan dunia ni? Tak sangka dia boleh berjumpa dengan Tasnim kat Kuala Lumpur ni padahal dulu pusat jagaan anak yatim mereka terletak di Kedah. Dikira jauhlah tu. 

Memang dia tak sangka pun boleh berjumpa Tasnim kat sini sampaikan berkerutlah dahinya tadi cuba mengecam pemilik nama dan wajah ayu tadi tu. Farhatul Tasnim.

Dulu masa kecil, Tasnim tu chubby je tapi bila dah dewasa ni, bukan main berlainnya. Cantik, dah macam model tudung pulak.

Dah Allah yang rancang, bertemu semulalah dia dengan Tasnim di rumah agam ni. Rasa takjub dan gembira juga mereka dapat berjumpa semula. Maklumlah, bagi Darren, hanya Tasnim kawan rapat yang sentiasa memahaminya ketika dulu.

Tasnim je yang tahan dengan sikap dingin Darren ketika mereka kecil dulu. Biarpun mereka berbeza jantina, biarpun mereka berbeza sifat. Tapi nasib mereka sama. Dari situlah, mereka mulai rapat. 

Haih! Kalau diingat balik, memang betul sombong kau tu, Darren. Orang lain ajak berkawan, kau boleh main tolak-tolak dia orang. 

Sebab tu la kau tak ada kawan kat rumah anak yatim tu selain Tasnim. Even budak lelaki pun meluat dengan kau. Perangai tu dingin dan kasar sangat. Siapa boleh tahan?

Semestinya hanya Tasnim dan Puan Linda sahaja yang boleh tahan dengan perangai Darren. 

Ha ... cakap pasal Puan Linda, tiba-tiba hati Darren bercampur-baur pula nak bertemu dengan wanita tu. Wanita yang merupakan pemilik Rumah Anak Yatim Cahaya, ketika Darren menjadi penghuni di sana selama dua tahun.

Tadi Tasnim sempat beritahu Darren, yang dia sedang bekerja di bawah Puan Linda dan anak saudaranya sebagai seorang pembantu rumah di rumah ni. Wah! Memang penghuni misali sungguh Tasnim ni sampaikan pemilik rumah anak yatim pun nak hire dia bekerja.

Lagipun Darren faham kenapa Puan Linda mahu ambil Tasnim bekerja di sini. Tasnim tiada saudara-mara yang lain. Yang ada di dunia ni, hanyalah dirinya sahaja.

Jika difikirkan, memang malang nasib Tasnim tu. Tiada ibu bapa, tiada keluarga. Tapi apa bezanya dengan Darren?

Sekurang-kurangnya, Tasnim tu hidup ditemani sinar cahaya, tetapi Darren hidup berlatarkan bayang kegelapan. Pernah hidup dalam keluarga yang terpesong. Darren pun dah tak nak fikirkan semua tu.

Berhenti fikirkan pasal Tasnim. Sekarang, fokusnya kepada Puan Linda pula. Pemilik rumah anak yatim tu. Puan Linda dah tak jadi owner rumah anak yatim tu lagi ke? Darren tertanya-tanya.

Rasa ingin tahu juga apa yang terjadi kat Rumah Anak Yatim Cahaya tu. Kalau dah Puan Linda ada kat Kuala Lumpur ni, semestinya rumah anak yatim tu dikelola oleh orang lain. Tak pun, rumah anak yatim tu sudah terbiar?

Ah! Daripada Darren kusut memikirkan hal tu, baik dia tanya Tasnim sendiri sekejap lagi. Tasnim mesti tahu pasal tu. 

Tatkala sedang menunggu Tasnim tu, mata Darren melilau mengimbas segala ruang di kawasan taman yang luas tu. 

Memang indah. Dipenuhi pelbagai pokok bunga berwarna-warni yang bermacam-macam jenis. Kat luar pagar tadi, ada pokok bonsai. Kat bahagian taman pula, tumbuhan berbunga pula menjadi hiasan.

Memang pandai pekebun kat rumah ni jaga kebersihan dan kecantikan taman ni. Mesti ramai kan pekebun tu? Tengok keluasan rumah ni pun, boleh patah pinggang nak mengukur segala hektar kat luar ni. Tu belum lagi masuk kat bahagian dalam rumah. 

Darren mulai terfikirkan sesuatu. Rumah besar, mesti banyak pekerja yang nak uruskan rumah ni, kan? Lagipun tadi Tasnim sempat kata, pemilik rumah ni hanya seorang saja iaitu anak saudara Puan Linda.

Siapa dia? Darren tak kenal. Tapi rasa ingin tahu membuak-buak jugalah. Tak sangka Puan Linda ada anak saudara sekaya macam ni padahal seingat Darren dulu, Puan Linda tu kelihatan biasa-biasa aje.

Hmm ... kalau aku mintak kerja kat sini, agak-agak dapat tak? Jadi driver ke, pekebun ke ... janji bukan maid. Gumam Darren dalam hati.

Dia sanggup buat apa-apa kerja asalkan bukan pembantu rumah. Nak uruskan rumah dengan tugas bersih-bersih segala tu, memang Darren fail. Buktinya, tengoklah rumah sewa Darren sekarang ni.

Mengalahkan sarang tikus! Sebab tu la pemilik rumah sewa tu banyak kali menegur Darren.

Dengan baju busuk bergelimpangan. Tu belum lagi cakap pasal boxer. Pening!

Dalam memikirkan pasal kerja tadi, mata Darren lalu terpasang pula ke arah sesuatu. Ke arah seseorang.

Seorang wanita bertongkat, sedang berjalan menuju ke arahnya. Ya, tepat ke arahnya.

Darren dah telan liur. Siapa pulak perempuan ni? Kenapa tiba-tiba dia datang arah aku?

Tapi melihat cara perempuan tu berjalan, Darren yakin perempuan itu buta. Dan mungkin, perempuan tu adalah pemilik rumah ni?

Darren hela nafas lega. Fuh! Nasib baik. Jadinya keberadaannya di sini pasti tanpa sedar perempuan tu, kan? Jadi tak payahlah dia nak menjawab itu ini.

Nak lari, nanti Tasnim kata apa pulak. Apa yang Darren mampu buat pun, dia hanya tutup rapat mulutnya. Pastikan tiada sedikit suara pun yang terkeluar.

Pura-pura tak wujud di situlah kiranya.

Perempuan bertongkat tadi pun, sudah duduk di salah satu kerusi batu berdekatan situ. Di sebelah Darren! Hanya berjarak satu meter saja.

Darren dah tahan nafas. Merah muka dia dah macam nak tahan membuang pulak.

Ini dah macam dalam filem 'Don't Breath' gamaknya. Tak nak orang buta tersedar kewujudannya. Kalau tak, mati!

Aduh, melebih pula kau ni, Darren. Lagipun, perempuan depan kau ni boleh buat apa je? Buat relaks dahlah.

Perempuan buta tadi melipat tongkatnya menjadi pendek. Tangannya kemudian diletak ke atas meja. Tak pasal-pasal, tangannya terlanggar helmet Darren.

Terus tangannya menggapai-gapai helmet tu. Memang betul helmet.

Darren telan liur lagi. Alamak, kantoilah kalau perempuan tu tahu ada orang kat sini. Sudahlah dia malas nak menjawab dan berborak dengan orang yang tak dia kenal.

"Ada orang ..." gumam Raisha sendiri.

Kali ni tongkat saktinya menjadi pegangan. Dipanjangkan semula tongkat tu dijadikan senjata.

"Kau siapa?" Kali ni suara Raisha bertukar keras. Secara tak langsung, kewujudan 'seseorang' di situ sudah dia sedari.

Darren terkebil-kebil. Tak nak menjawab, Darren teruskan membisu. Biar betul perempuan depan dia ni? Takkanlah perempuan tu tahu kewujudannya kat sini biarpun perempuan tu buta? Hanya disebabkan helmet?

Raisha semakin geram soalannya dibiarkan bergantung. Kau cabar aku eh?

"Kau siapa?" Suara Raisha meningkat ke oktaf yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama meja batu menjadi hentakan tongkatnya.

Dan ... berhasil. Suara Darren yang terkejut tadi kedengaran. Darren terus menekup mulutnya biarpun dia tahu, tiada guna lagi mahu bersembunyi.

"I see ... memang betul ada orang kat sini. Laki pulak tu." Raisha terus bangun dari duduknya. Tongkatnya tak henti diacu ke arah suara tadi.

Memang tepat terhala ke wajah Darren.

"Kau ni siapa? Perompak? Pembunuh? Spy? Aku tahu mesti Zarina yang hantar kau, kan?" Raisha terus menerus menembak soalan.

Suka hati nak menuduh aku macam tu. Tak memasal sungguh. Sepatah haram pun Darren tak faham apa yang perempuan depannya ni cakapkan. Zarina tu siapa pulak?

"Cepat cakap sebelum aku belasah kau. Kau bisu ke?" Raisha terus mendesak.

Haihlah ... ingatkan perempuan depan aku ni buta je. Rupa-rupanya siap pakej gila lagi. Kalau betullah dia ni pemilik rumah besar ni, kesian Puan Linda dapat anak saudara macam ni.

"Saya rasa cik salah faham ni." Darren berusaha menjawab jua tapi dalam masa yang sama, dia berusaha pergi dari situ.

Tubuhnya perlahan-lahan cuba menjarakkan diri dengan perempuan gila tu. Perempuan tu pun, tak lepas menghala tongkat dia tu.

Sewaktu Darren memalingkan tubuhnya untuk berlari pecut, dia sudah tak sempat.

Terasa ada sesuatu yang keras mula menghinggap pada kepalanya.

Langkah Darren terhenti. Dia mengaduh kesakitan dan tangannya dibawa ke kepalanya. Rasanya perit. Dalam masa beberapa minit ni, boleh benjol kepalanya tu.

"Kau nak lari dari aku?" Raisha terus menerpa ke arah Darren. Kali ni kesabarannya sudah meletus. Dia akan ganyang lelaki kat depannya ni cukup-cukup.

Kalau betul lelaki depannya ni orang upahan Zarina, dia takkan bagi peluang. Memang dia akan belasah sampai lebam.

"Kau memang tak guna!" Baru aje tongkat tu nak melayang buat kali kedua di kepala Darren, Darren sempat menghadang.

Dengan kekuatan sebelah tangan, Darren menggenggam tongkat itu. Tongkat itu dengan mudahnya dirampas dan dilempar ke tepi.

Raisha sedikit tersentak tetapi dia buang rasa itu. Ketika itu juga, dia menendang kaki Darren sehingga membuatkan lelaki itu jatuh melutut.

Sungguh kuat tendangannya. Memang perempuan depan Darren ni, bukan biasa-biasa. Darren pun tak jangka itu.

"Rudy!" jerit Raisha sekuat hati. Dan automatik tongkat itu berbunyi.

Raisha dengan pantas mencapai tongkat tu. Lalu kemudiannya dipukul tubuh Darren dengan perasaan marah yang bersambar-sambar.

Nak cabar aku sangat, kan? Nah rasakan! Raisha tak henti membelasah.

Darren cuba menghentikan tetapi kekuatan perempuan tu lain macam. Darren cuba melawan tetapi dia tak sanggup. Seumur hidupnya, dia tak pernah dan tak akan menyakiti wanita. Itulah prinsip hidupnya.

Kalau orang yang memukulnya sekarang ialah lelaki, lain ceritanya pula.

Jadi Darren membiarkan dirinya menjadi mangsa pukulan perempuan buta tu. Dengan kekebalan yang sudah terlatih dalam diri, Darren cuba bertahan.

"Ya Allah! Raisha!" Suara seorang wanita menghentikan tindakan ganas Raisha.

Itu suara Puan Linda.

"Cik Raisha ..." Tasnim yang sedang menatang dulang berisi air turut tergamam.

Mereka sama-sama terkaku.

Raisha tercungap-cungap mencuri nafas. Dan Darren pula, sudah terbaring lemah.

Bersambung...

Done for this chapter √ Pertemuan pertama hero n heroin dimulakan dengan pukul memukul ye hahahah. Sian kau, Darren ::>_<:: Darren and Raisha dah bertemu. Dan Puan Sri Zarina dah buat plan nak jatuhkan Raisha. So what's next? See ya on the next chapter. More conflicts coming~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience