BIAR MATA JADI SAKSI

Haikal Razak

Drama Series 10815
5
(33 ratings)

Synopsis

ROMANCE | ACTION | DRAMA Garang, dingin, kejam ... entah perkataan apa lagi yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan seorang RAISHA IRDINA. Semuanya kerana tragedi hitam menimpanya enam tahun lalu yang kesannya merambat sehingga sekarang. Matanya buta! Syarikat hotel keluarganya dirampas! Nyawa ibu dan ayahnya tergadai! Semuanya lesap sekali gus dan Raisha yakin semua itu berlaku kerana ulah mak saudara durjananya. Dalam memulakan usaha untuk menuntut kembali hak dan keadilannya, tiba-tiba muncul pula seorang lelaki yang lebih kurang saja perangainya dengan Raisha. Tetapi yang bezanya, lelaki itu cukup misteri personalitinya. Selepas beberapa tahun Raisha mengatur rancangan, kenapa lelaki tu baru muncul? "Saya tak rasa apa yang cik buat ni betul." - DARREN AIDEN YONG "Kau siapa nak nasihatkan aku? Baru berapa hari kerja dengan aku dah berani tunjuk belang. Kalau tak disebabkan rancangan aku, tak inginlah aku nak ada pekerja bawahan macam kau!" - RAISHA IRDINA Sabar, sabar dan sabar. Ya, kalau tak disebabkan sebuah janji, memang taklah Darren memaksa dirinya mengikut telunjuk bosnya itu. Disebabkan satu tekad jugalah, dia tak akan berganjak dari terus berada di sisi wanita itu. "Saya janji, saya akan bantu cik dapatkan balik hotel tu dan saya akan berusaha dapatkan penderma untuk pemindahan kornea mata cik." - DARREN AIDEN YONG Sebaik sahaja Raisha sedikit demi sedikit mula menerima Darren dalam hidupnya, muncul pula rasa ragu terhadap lelaki itu. Dan lebih mengejutkan apabila Raisha mendapat tahu bahawa Darren merupakan seorang yang mempunyai kisah silam yang terlalu kelam! "Kenapa awak sanggup tipu saya, Darren? Why?" - RAISHA IRDINA "Please trust me for once, Raisha. Please ..." DARREN AIDEN YONG Kebenaran bagaikan satu per satu terungkap tatkala kemenangan dan bahagia menghampiri mereka. Siapakah sebenarnya Darren? Kenapa dia muncul dalam hidup Raisha?


Share this novel

Rate this story


Comments

Wan Iffah
2021-12-28 

Best, update lg ya

Mia Zara
2021-12-25  1 Replies

segarang- garang raisha..ad sisi yg baik jgk ek

Mia Zara
2021-12-13  1 Replies

tq update

Haikal Razak

33 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience