RAYA YANG TAKKAN DILUPAKAN

Mystery Series 1356

Tepat jam 6.30 petang, Sarjan Muaz dan Koperal Farid yang tadi ditugaskan untuk menyoal siasat Puan Malika dan suaminya kembali ke lokasi kejadian sambil membawa beberapa bungkus nasi untuk semua pasukan berbuka puasa tidak lama sahaja lagi. Mereka segera bertemu Inspektor Eidlan dengan melaporkan hasil dapatan soal siasat mereka.
“Tuan, mereka berdua memberi kenyataan yang sama. Kali terakhir mereka nampak Datin Sufi hidup ialah pada 8 petang semalam, ketika Datin Sufi pulang selepas keluar ke pekan berdekatan. Selepas itu, mereka berdua tidak perasan jam berapa Datin Sufi pulang ke rumah sehingga Puan Malika terserempak dengan mayat Datin Sufi 8.30 pagi tadi. Malam ini kami akan sambung untuk soal siasat orang di pekan pula. Mungkin dia ke kedai runcit atau kedai makan. Pasti ada yang nampak mangsa dengan sesiapa sebelum dia pulang ke rumah” Jelas Sarjan Muaz.

“Baiklah. Kita perlu bertanya dan bercakap dengan orang seramai mungkin. Pulau ini dah pun ditutup, Saya percaya pembunuh itu masih ada disini. Periksa juga kamera keselamatan CCTV di kawasan sekitar jika ada.” Inspektor Eidlan memberi arahan.

Pasukan forensik di dalam rumah sudah pun hampir selesai mengumpul bahan bukti. Aina yang memegang kamera dari tadi mengambil gambar kunci yang masih tergantung di pintu rumah tersebut sebelum matanya terlihat terdapat telefon bimbit di atas rak kasut di tepi pintu tersebut.

“Hmmm...tak perasan pulak telefon ni ada kat sini tadi”. Bisik hati Aina sambal mengambil telefon tersebut untuk diberikan kepada Inspektor Eidlan.

“Mana awak jumpa telefon ni?” tanya Inspektor Eidlan.

“Di atas rak kasut sana tuan. Saya baru perasan semasa nak keluar dari rumah ni tadi” jawab Aina.

“Baiklah, saya akan serahkan telefon ini kepada pegawai bertugas untuk siasatan lanjut, ajak kawan-kawan awak semua berbuka puasa dahulu di luar pagar sana, selepas itu boleh balik ke resort yang saya dah tempah dan rehat. Esok pagi kita kembali ke Balai Polis untuk perbincangan lanjut.” Pesan Inspektor Eidlan.

Tidak lama kemudian azan maghrib pun berkumandang. Aina seperti tidak percaya yang dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan sebegini. Kepala dah teringat dekat kata-kata ibu dia dulu yang sememangnya menentang keras cita-cita Aina dalam bidang ini.

“Hurm...tu lah mak ni. Cakap tu doa. Sekali betul aku tak boleh balik raya” cetus hati Aina. Perhatiannya teralih seketika apabila Sarjan Muaz tiba-tiba duduk disebelahnya.

“Takde orang kan?” tanya Sarjan Muaz untuk dapatkan kepastian.

“Nampak macam ada orang ke kat situ?” usik Aina. Sarjan Muaz pun ketawa kecil sambal menggeleng-gelengkan kepala. Terus dia capai nasi bungkus dan air minuman untuk berbuka puasa sekejap lagi.
“Eh, hensem pulak aku tengok mamat ni. Hidung tu mancung betul. Kulit sawo matang. Baik pulak tu. Sesuailah dengan aku, gadis melayu terakhir ni. Aku putih melepak, bila bergabung jadilah taik cicak. Kihkihkih. Kalau bawa balik kampung, 1 bulan orang duk bercerita lagi, ‘bertuahnya Aina’, ‘Untungnya Aina’. Hehehe.” Aina membebel dalam hati.

“Tak sangka kan dalam team kali ni ada orang gila” kata Sarjan Muaz.
“Ye ke Sarjan? Siapa yang gila. Saya tengok semua orang elok je. Kalau gila pun mungkin sebab lapar. ‘Lapar gila’” usik Aina lagi.

“Hah hah hah. Awak ni lawak jugak eh. Awak la yang gila. Dari tadi tersengih-sengih sorang-sorang saya tengok. Risau saya. Sikit lagi saya nak ketuk kepala awak dengan botol air ni tadi” jawab Sarjan Muaz.

“Ohhh curi-curi pandang saya ke dari tadi. Saya tahu memang muka saya ni cantik kan” seloroh Aina lagi. Mereka ketawa bersama.

Rasa lega sedikit tekanan tugasan bila dapat ketawa. Lupa sekejap yang esok hari raya. Ketika mereka semua sedang makan, tiba-tiba kelihatan suami Puan Malika datang membawa buah-buahan yang siap dipotong. Inspektor Eidlan segera mendatangi suami Puan Malika dan kelihatan mereka berborak seketika sebelum beliau beransur pulang dalam gelap.

“Tadi Sarjan soal-siasat dia kan? Nama dia siapa ye, saya macam biasa tengok lelaki ni.” Tanya Aina.

“Nama dia Omar Datuk Zaidan. Kenapa? Pernah dengar nama dia ke?” Tanya sarjan Muaz lagi.

“Omar Zaidan? Kejap. Familiar la nama ni. Omar Zaidan. Omar Zaidan... Ha…. Omar Zaidan! Dia ni penulis novel. Ayah saya ada koleksi novel dia. Saya pernah teman ayah saya pergi majlis pelancaran salah satu novel dia dulu. Memang dia tulis semua cerita tentang jenayah, bunuh-bunuh je semua.” Jawab Aina.

“Oh ya? Kebetulan pulak kan. Tulis tentang kisah bunuh, sekarang dia pulak jadi saksi kes bunuh yang sebenar. Dia ada cakap dia kerja sebagai freelancer masa soal-siasat tadi. Tapi dah tak aktif lagi.” Balas Sarjan Muaz sambil menulis maklumat itu di dalam buku notanya. Mereka sambung makan dan menunaikan solat maghrib.

Seusai semuanya, Inspektor Eidlan mengarahkan pasukan untuk menyambung saki-baki siasatan sebelum sebahagian pasukan yang terlibat untuk selesaikan laporan siasatan masing-masing di Balai Polis. Inspektor Eidlan merasakan pasti boleh selesaikan kes ini secepat mungkin. Kepalanya memikirkan perkara yang mungkin dia terlepas pandang. Dengan nota dan pen di tangannya, Inspektor Eidlan memeriksa checklist yang penting untuk di periksa semuanya pada malam ini juga.

“Saksi penemuan mayat, sudah. Tutup pulau, sudah. Forensik alat peranti pun sudah. Forensik tempat kejadian, sudah juga. Oh ya, orang yang terakhir menjumpai mangsa siapa ya? Sarjan Muaz! Mari sini sekejap.” Panggil Inspektor Eidlan.
“Ya, tuan!” datang Sarjan Muaz menghadap Inspektor Eidlan.

“Awak ada temubual orang-orang di pekan kan? Ada dapat apa-apa maklumat tentang aktiviti mangsa semalam selepas tiba di pulau ini? Soal Inspektor Eidlan.

“Ada tuan. Tapi tak banyak maklumat yang saya dapat. Saya satu-satunya orang yang mangsa jumpa malam tadi. Tapi sewaktu saya menghantarnya ke rumah, semua nampak normal.” Jawab Sarjan Muaz.

“Kalau macam tu tak mengapa. Oh ya, awak dah telefon keluarga mangsa?” Soal Inspektor Eidlan lagi.

“Ya, sudah tuan. Adik dia baru sahaja menelefon saya yang dia akan datang untuk pengecaman mayat. Suami mangsa mungkin tidak dapat datang kerana tidak dapat dihubungi dari pagi tadi” jelas Sarjan Muaz.
“Baiklah. Kalau kerja awak dah siap, saya nak awak buat sikit siasatan tentang suami dan keluarga mangsa. Mungkin ada maklumat daripada mereka. Makin saya fikir, makin pelik kes ni.? Sekarang suami dia pulak tidak dapat dihubungi..” Kata Inspektor Eidlan.

“Itulah tuan, saya pun tak pasti. Nanti kalau saya ada maklumat saya akan maklumkan segera kepada tuan.” Balas Sarjan Muaz.

Tepat jam 2 pagi 1 Syawal mereka semua beransur untuk berehat. Sudah hampir 24 jam Datin Sufi ditemui mati. Sarjan Muaz melewati kawasan di mata mayat Datin Sufi ditemui pagi tadi. Masih tidak percaya. Sarjan Muaz masih terbayang wajah ceria Datin Sufi melambai tatkala dia meninggalkan rumah itu malam semalam. “Esok pagi you datang okay?!” Jerit Datin Sufi lantas masuk ke rumahnya.

“Ya, I dah datang Sufi. Tapi you dah takde” bisik hati Sarjan Muaz. Syawal yang pasti akan diingati Sarjan Muaz dan juga pasukan polis yang bertugas, apatahlagi buat keluarga Datin Sufi. Dengan bertemankan bunyi deruan ombak dan mercun yang bergabung dan sabung menyabung, Sarjan Muaz berjalan pergi meninggalkan rumah agam atas bukit itu.

Macam comel pula tengok Aina dan Muaz. Tapi masih ada banyak kerja untuk diselesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience