Chapter. 28

Romance Series 150674

DENGAN gerakan perlahan Dea memalingkan mukanya melihat empunya tangan itu. Sebelum satu lelaki yang cukup berusia menegur nya.

   "Kamu tuan rumah ni ke?.." Soalnya terus Sedari bersemuka dengan gadis itu.

    "Ergh.. Bu..bukan, Pakcik ni siapa? " balas Dea dan kembali bertanya.

   "Pakcik jiran baru pindah sini. Haritu pakcik tak sengaja lalu sini dan nampak rumah ni dibiarkan terbuka, jadi pakcik cubalah untuk tutup semula rumah ni.. Pakcik pun pelik kemana lah tuan rumah ni pergi sampai rumah ni dibiarkan macam tu je. "  Balasnya panjang lebar sambil menceritakan satu persatu yang terjadi.

Buatkan Dea hanya terangguk-angguk dengan apa yang dikatakannya, ni kalau diteruskan perbualan ni sampai ke esok lah dia tak pergi dari tempat itu. Silap haribulan orang suruhan lelaki tadi pun akan datang nak menangkap nya bersama pakcik itu.

    "Ni kamu dengar kan apa yang pakcik cakap ni?. Maaf lah ye kalau pakcik masuk rumah ni tanpa keizinan dari tuan rumah, tapi niat pakcik baik hanya ingin membantu sesama jiran. Takutlah nanti kalau sampai ada pencuri masuk dan ambik semua barang dalam rumah ni kan. Lagipun pakcik tak ambik apa apa barang dalam rumah ni pun. Kalau kamu tak percaya kamu boleh tengok apa yang hilang " sergah nya dan kembali menerangkan.

   "Eh takpe pakcik.. Terima kasih sebab dah tolong tutup kan rumah ni, apa apa pun saya nak kena gerak dulu ye pakcik.. Pakcik pun kena beredar dari tempat ni. Risau nanti akan ada orang datang dan buat benda tak baik pada kita nanti.. " Pinta Dea sebelum meminta diri untuk beredar dari situ secepatnya.

    "Lah kamu nak pergi dah ke? Taknak singgah rumah pakcik? Rumah pakcik kat depan tu je.. Boleh lah pakcik cerita lebih banyak lagi.. Sekalian berkenalan dengan isteri dan anak-anak pakcik.."

    "Hurm tak apa pakcik lain kali ye.. Assalamualaikum" Balas Dea sebelum mengangkat beg miliknya dan melangkah keluar dari tempat itu. Sempat Dea tersenyum dengan menundukkan kepalanya pada pakcik itu sebelum Dea mempercepatkan lagi langkah nya untuk pergi dari situ.

Sedangkan pakcik itu hanya terpinga-pinga dan mengaru kepalanya yang tidak gatal memandang kepergian perempuan itu. Entah apa yang nak di cepat kan nya sampaikan nak berjalan pun sudah macam nak berlari.

* * *

Sedangkan Kasyaf yang mengarahkan muaz memandu kereta untuk membawanya ke satu tempat yang dimaksudkan ibunya untuk mencari keberadaan gadis itu . Itupun ibunya hanya mengatakan yang ibunya hanya menghantar gadis itu ditengah jalan saja.

    "Tengku nak cari dekat mana lagi? Dari tadi kita pusing pusing tempat ni je, tak ada apa-apa pun" Tanya Muaz yang sudah tidak tahu mahu memandu kereta itu kemana. Dahlah dari tadi mereka tidak lari dari tempat itu.

   "Cari dia sampai jumpa!.." Arahnya sedikit tegas. Dia tidak peduli. Dia tetap akan menjumpai gadis itu dimana saja dia berada.

   "Di mana pun kau pergi aku akan cari kau! " Desis hatinya sedikit tidak puas hati. Dah lah dia sampai tidak makan dari tadi semata-mata mahu mencari gadis itu.

    "Tapi Tengku.. Rasanya kita takkan jumpa dia dekat area tempat ni. Mungkin saja perempuan tu dah pergi agak jauh dari tempat ni. Jadi kalau kita nak cari dia lebih mudah kita cari dia di tempat lain yang berdekatan dekat sini" Ujar Muaz sengaja memberikan cadangan. Kalau tak sampai kesudah mereka asyik terpusing pusing di tempat itu saja.

    "Dari tadi asal kau tak cakap?!. Kau gerak jela.. Aku tak suruh kau pun cari dekat tempat ni je. Banyak lagi tempat yang kau boleh pergi! " Arahnya. Kenapa lah dari tadi dia tidak terpikirkan benda tu.

    "Tadi tuan cakap, tuan suruh saya cari dekat area tempat ni je.." Ujar Muaz p sambil terkekeh-kekeh kecil.

Sedangkan Kasyaf hanya mengendahkan saja. Memang betul dia yang mengarahkan pemandunya itu hanya mencari disekitar itu. Tapi dah hampir sejam mereka tidak melihat kelibat gadis itu.

* * *

Sedangkan Dea yang sudah tiba di restoran tempat nya berkerja itu.  Mula mengambil langkah untuk memasuki restoran itu. Dia sudah tiada pilihan lain. Sekarang ni pun agak kesulitan untuk nya mencari tempat kerja. Tapi disebabkan dia tidak berkerja beberapa hari di restoran itu membuatkan dirinya sedikit tidak berani untuk meminta kerja lagi. Dahlah dia hilang macam tu saja tanpa khabar berita.

    "Wait! Kamu perempuan kampung tu lagi ke?.. Asal kau datang kerja balik ha? Kau tu bukan lagi pekerja dekat sini jadi kau pergi berambus dari restoran ni sebelum aku malukan kau depan orang ramai dekat sini.. "  Ugut Ika sedari melihat keberadaan Dea di restoran itu.

    " Encik Raykarl ada tak?.. Saya nak jumpa dia" Tanya Dea. Mengabaikan saja apa yang dikatakan gadis itu. Sekarang ini dia sudah tiada masa nak berdebat dengan gadis itu. Ada saja yang tidak disukainya.

    "Eh kau ni pekak ke?! Aku cakap berambus tu berambus lah! " Jerkah Ika pada perempuan itu lagi. Membuatkan beberapa pelanggan disitu memandang ke arah mereka.

    "Saya takkan pergi dari sini .. Kenapa? Awak nak malukan saya depan orang ramai?, dipersilakan.. Tapi jangan salahkan saya kalau lepasni awak pula yang akan kehilangan pekerjaan awak macam kawan awak.." Ujar Dea pada gadis itu.

    "Wah! .. Nak tunjuk hebat pulak kau dekat sini eh!.. Kau ingat kau siapa ha perempuan! " Amarah Ika. Dan baru saja Ika cuba menarik tudung gadis itu. Satu tangan dari belakang menahan tangannya dari menarik tudung gadis itu.

    "Stop it ika! Kau nak buat masalah juga ke dekat restoran ni?!. Kau tak nampak ke ada ramai yang tengah makan dekat sini? Kau nak rosakkan reputasi aku dekat sini ke? Ada pekerja yang bermasalah macam kau ni? " Halang Raykarl sedikit keras tanpa melihat lagi dengan siapa pekerja nya itu ajak bergaduh.

    "En..encik.. Bila masa encik ada dekat sini? " Tanya Ika sedikit tergagap-gagap melihat kemunculan tiba-tiba bosnya itu.

    "Maafkan saya encik Raykarl.. Saya tahu semua ni sebab saya lagi.. Tapi saya tak berniat nak buat kekecohan dekat sini.. Saya cuma nak berjumpa dengan encik.." sampuk Dea, buatkan Raykarl yang sedikit pelik mula memandang ke empunya suara itu.

   "Dea?.. Macam mana kau boleh ada dekat sini?." Soal Raykarl sedikit Terkejut melihat kemunculan gadis itu. Dia sudah cuba untuk mencari keberadaan gadis itu. Tapi entah kenapa gadis itu tiba-tiba datang dengan sendirinya menemuinya.

Dea hanya diamkan diri tanpa menjawab soalan yang diajukan pada dirinya. Panjang cerita nya, mana mungkin dia menceritakan masalah yang terjadi padanya pada lelaki itu. Dia tidak mahu sengaja membuat cerita hanya untuk membuat lelaki itu percaya padanya.

    "Ika! Kau boleh sambung kerja kau!, Lepas ni aku nak jumpa kamu balik untuk selesai masalah tadi. " Arahnya pada pekerja nya itu. Sebelum Raykarl kembali memandang ke arah Dea.

    "Dea cuba cerita kan apa yang dah jadi?.. Kenapa Dea tak datang kerja beberapa hari ni?" Soal Raykarl kembali sebaik Saja ika pergi dari situ.

    "Encik Raykarl.. Saya datang nak minta maaf, saya tahu salah saya sebab tak maklumkan apa apa pada encik. Tapi saya datang ni saya nak berkerja balik dekat sini. Sebab saya perlu berkerja untuk kelangsungan hidup saya" Pintanya. Dia sudah tiada cara lain. Hanya perkerjaan ini saja yang sesuai untuknya.

    "Saya tak pernah pun berhentikan kamu dea. Awak masih pekerja saya, dan awak masih berkerja dekat sini. " balasnya sambil tersengih kecil. Rasa gembira mendengar perempuan itu mahu berkerja semula. Itulah yang dimahukan nya selama ini.

    "Encik biar betul? "

    "Kalau kamu nak berkerja sekarang pun boleh, lagipun mungkin saya akan berhentikan satu orang lagi pekerja saya selepas ni. Jadi saya perlukan Dea sekarang, boleh? "

    "Maksud encik?, Ika? .. Encik Raykarl. Pasal apa yang jadi tadi saya harap encik Raykarl tak salahkan ika. Tolong encik jangan berhenti kan dia. Saya taknak saya yang akan dipersalahkan lagi. Cukuplah ika bencikan saya sebab buat linda diberhentikan. Saya taknak sebab saya lagi dia hilang kerja"  Ujar Dea cuba memujuk lelaki itu.

    "Saya ada banyak sebab kenapa saya berhenti kan dia. Lagipun saya tak perlukan pekerja macam tu ada dekat sini. Cuma kebetulan saja semua tu jadi. So Dea tak perlu rasa bersalah okey. "  jelasnya sebelum berlalu pergi dari situ. Sempat dia mengedipkan matanya pada gadis itu sebelum menjauh.

Sedangkan Dea hanya tersenyum kelat pada lelaki itu. Sebelum Dea mengambil langkah menuju ke ruang rehat untuk menukarkan pakaiannya ke pakaian pekerja.

* * *

    " Muaz berhenti! Aku nak kau singgah dekat restoran tu " Arah Tengku Kasyaf sebaik saja mereka melalui jalan ke restoran dimana Kasyaf pernah menemui gadis itu.

    "Baik Tengku"  Balas Muaz sebelum memarkir kan kereta ke tepi. Sebelum Muaz membukakan pintu untuk lelaki itu.

    "Kita nak buat apa singgah sini Tengku? "

    "Kau tunggu sini, biar aku sendiri yang pergi sana.. "  Arahnya dan terus berlalu pergi dari situ.

Sedangkan Muaz hanya mengangguk faham. Sebelum memandang kepergian lelaki itu.

  
   BARU  saja Kasyaf memasuki restoran itu. Kasyaf terus saja melihat kelibat gadis itu melayani pelanggan disitu. Sebelum dengan pantas Kasyaf meluru ke arah gadis itu. Dan terus menariknya pergi dari situ.

    "Auch! Eh! Encikk lepaskan tangan saya! " Jerit Dea sedikit tersentak bila dimana tangan nya tiba-tiba ditarik. Sebelum Dea cuba berusaha melepaskan tangannya dalam cengkaman lelaki itu.

    " encik! Pekak ke?!. " Teriak Dea lagi sambil menepuk-nepuk tangan lelaki itu. Tapi kudratnya tidak mampu melepaskan pegangan kuat lelaki itu.

    "Siapa bagi kau kebenaran keluar dari rumah tu? " Soalnya dingin. Buatkan Dea sedikit Terbeliak melihat lelaki itu rupanya lelaki yang selamatkan diri nya.

    "Kenapa? Kau terkejut macam mana aku boleh tahu kau ada dekat sini? "

    "Buat apa saya nak terkejut! Muka encik bukannya buruk sangat sampai aku nak kena takut" Balasnya bersahaja.

    "Whatever! Sekarang ni kau kena ikut aku!.. Kau jangan lupa yang kau tu berhutang nyawa dengan aku! " Arahnya sebelum menarik kembali tangan gadis itu dibawa keluar dari situ.

    "Taknak! Eh encik lepaskan tangan saya lah! " Jerit Dea sambil meronta-ronta meminta untuk dilepaskan. Sebelum tiba-tiba tangannya lagi sebelah ditahan dari belakang. Membuatkan mereka terhenti. Dan Dea terus menoleh ke belakang untuk melihat orang yang memegang nya.

    "Lepaskan dia! " Arah Raykal sedikit Tegas. Sebelum Raykarl memandang lelaki yang menarik gadis itu. Dan sedikit terkejut.

     "Aku nak kau jangan masuk campur! Ni urusan aku dengan perempuan ni! " Ujar Kasyaf Sinis.

    "Bro! Aku taknak ada masalah dengan kau. Tapi dia pekerja aku tolong lepaskan tangan dia. Kalau dia ada buat apa apa masalah biar aku yang akan selesai kan untuk dia" Balas Raykarl cuba untuk membantu Dea dari dibawa lari oleh Lelaki itu.

    "Yeah, dia memang pekerja kau. Tapi itu dulu! Sekarang dia pekerja aku.. So aku nak kau tak payah nak masuk campur! Ni urusan aku dengan dia!.. Dan aku pasti kau pun taknak apa apa jadi antara kita kan? So aku nak kau biarkan dia ikut aku" 

Sedangkan Raykarl hanya terdiam seketika sebelum memandang ke arah gadis itu. Mana mungkin dia biarkan Dea ikut bersama dengan Tengku Kasyaf. Tapi dia pun taknak disebabkan oleh masalah ini hubungan antara syarikat mereka akan terpalit sekali.

   " Okey.. Sekarang ni dia bukan lagi berkerja dekat sini! So kau tak payah cari dia. " Ujar Kasyaf sebelum berlalu pergi membawa gadis itu.

    "Encik Raykarl! Tolong jangan pecat saya!.. Jangan dengar apa yang lelaki ni cakap! " Jerit Dea masih berusaha untuk memujuk bos nya itu untuk mempertahankan dia. Tapi lelaki itu malah mengendahkan nya dan membiarkannya pergi mengikuti lelaki itu.

    " maafkan aku Dea.. " Desis hati Raykarl yang sudah memandang kepergian gadis itu.

Hatinya sedikit risau Dea dibawa oleh Tengku Kasyaf. Dia takut lelaki itu akan berbuat sesuatu pada gadis itu. Siapa saja yang tidak kenal perangai lelaki itu. Apa saja yang dimahukan nya pasti dia akan pastikan dia memiliki nya. Termasuk lah untuk membawa gadis itu pergi.

    "Encik lepas lah! Saya boleh jalan sendiri! " Teriak Dea bila dimana lelaki itu masih saja menariknya pergi dari tempat itu.

    "kau boleh diam tak! Tak payah nak buat macam kena culik dengan aku.. Kau nak bagi orang tengok kau lepastu kesian dengan kau macam tu? Dan kau rasa mereka akan bantu kau? "

    "Tak payah nak palatau lah encik! Tak ada makna nya saya terjerit macam ni sebab nak minta orang ramai tolong saya. Apa encik ingat tangan saya ni tak sakit ke encik tarik kuat macam tu! "  jerkahnya.

    "Diam lah!  Masuk sekarang! " Arahnya. Sebelum Muaz bukakan pintu kereta untuk bagi gadis itu masuk ke dalam kereta.

Sedangkan Dea yang mahu tak mahu itu hanya menurut saja. Dan masuk kedalam kereta tanpa kerelaanya. Kenapa lah lelaki itu suka sangat memaksa nya untuk mengikuti nya. Kalau lah malam tu dia tidak meminta lelaki itu untuk menolongnya. Pasti hidupnya tidak akan terikat untuk ikut bersama dengan lelaki itu.

have fun.. don't Forget to follow for the next update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience