#9:Pertembungan Tidak Diduga

Adventure Completed 543

Mereka saling bertatapan, Tok Pi berwaspada terhadap dua lelaki berkelubung hitam dihadapannya.

"Nampaknya, kamu bukan orang sebarangan," ucap lelaki berkelubung hitam sambil mata birunya menyala terang.
"Maafkanlah aku, jika aku ada tersilap," ucap Tok Pi memberi hormat, musuh jangan dicari itulah difikirkan Tok Pi saat ini.

"Hahaha...kesilapanmu adalah melangkah ke kawasan kami.,"ucap lelaki itu dan kemudian rakannya turut menampilkan diri dengan mata biru menyala terang.

Tok Pi memandang sekeliling, kawasan itu dipagari oleh mantra purba, Tok Pi yang pada awalnya tidak menyedari akan pagar penanda batas itu langsung memohon maaf kerana sudah menceroboh.

"Maafkanlah hamba kerana memasuki kawasan jagaanmu tanpa meminta kebenaran." Tok Pi mengatur langkah untuk siap menghadapi bencana."Hamba ini hanya terburu-buru untuk mencari perlindungan kerana dikejar oleh malapetaka,"tambah Tok Pi lagi.

Kedua-dua lelaki tadi tersentak dan mereka juga mengatur langkah tempur.

Terbit setiap Sabtu dan Ahad

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience