Mendengar ucapan Tok Pi, lelaki berkelubung tadi menjadi berang dan langsung membentaknya.
"APA!! jadi kami berniat membawa malapetaka menjejakkan kaki kesini??,"jerkah lelaki itu dengan sorot mata yang tajam, dan sinar biru jelas terpancar.
Tok Pi menjadi gugup akibat dibentak dengan lantang, dia terus memperkuatkan auranya.
"Tidak!! hamba tidak berniat,"ucap Tok Pi membidas balik"Tapi hamba harus melindungi warisan ketua hamba, iaitu titisan dari keturunan Megat Angkasa!!," Tok Pi menjelaskan keadaannya.
Mendengar nama Megat Angkasa, lelaki itu mengendurkan kewaspadaan nya, dia bertanya lagi untuk kepastian.
"Megat Angkasa?," dia memerhatikan Tok Pi dengan saksama. "Maksudnya dua budak dibelakangmu itu adalah warisnya Megat Angkasa??," ucapnya untuk memastikan kebenaran.
"Ya! hamba diberi tanggungjawab untuk melindungi mereka."ucap Tok Pi ringkas namun dia sudah memastikan yang mereka tidak mengancam lagi dan menurunkan kewaspadaan nya.
"Jika benar apa yang kau ucapkan, maka ceritakan segalanya kepadaku," ucap lelaki itu melepaskan kerudungnya diikuti rakannya dan menampakkan wajah mereka dengan mata biru yang unik.
Terbit Setiap Sabtu dan Ahad
Share this novel