BAB 9

Romance Completed 28671

Tengku Arman? Encik Bertopeng? Aik? Kenapa dua nama ni sering muncul dalam fikiran aku kebelakangan ni? Hurmm..

Dah seminggu berlalu. Dalam seminggu ni jugalah dua manusia ni tak habis-habis kacau aku. menurut pandangan aku kan? antara mereka berdua ada persamaan dan ada juga perbezaan.

Tengku Arman. Dia seorang yang suka senyum, hensem dan berkarisma. Encik Bertopeng pula seorang yang tak suka senyum. Kalau senyum pun kadang-kadang. Hensem?

Entahlah! Sebab penghalangnya adalah topeng tu. dan dia jenis suka berwajah serius.

Tapi mereka berdua ada persamaan. Suka mengusik aku dan suka buat aku geram! Okay! Tu dah sebati dalam hidup aku saat ini.

“ Sofea… Mak nak hantar papa pergi airport. Kamu nak ikut?”

Mak muncul bersama senyuman. Aku teringin nak hidup bahagia macam mak dan papa sekarang. Tapi lelaki idaman aku tu masih adakah dalam dunia ni? seperti yang aku harapkan? Entah!

“ Boleh juga. Erk..mak. lelaki bertopeng tu pun pergi juga ke? Maksud Sofea, dia pun ke luar negara dengan papa?” Soalku gugup.

Mak hanya tersenyum lantas membuat anggukan kecil. Oh! Ikut juga. Amanlah aku selepas ni. Kikiki…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience