Aku menatap wajahku pada cermin kereta. Alahai! Nampak bengkaklah mata aku. Macam mana nak balik ni. kalau aku balik, confirm kena soal dengan mak. Mak bukan boleh. Pantang nampak apa-apa perubahan dekat diri aku. mesti soal macam-macam. Aduhai!
“ Tak baik mengeluh.”
Huh! Aku menoleh ke belakang. Encik Bertopeng ni lagi. Ingatkan dah lesap selepas hantar aku ke sini tadi. Rupanya ada je. Ala.. nama pun pegawai peribadi papa. Tapi papa tak hairan ke atau takut. Sebab dia ni pakai topeng. Mahu pula papa ambil lelaki bertopeng bekerja. Aneh!
“ Kenapa? Teringin nak tengok wajah sebenar aku?”
Aku tersedar lantas menoleh ke cermin kereta semula. Kantoi!
“ Tak puas-puas lagi ke kau tenung cermin kereta tu. aku rasa cermin kereta tu pun naik muak asyik tengok rupa kau.”
Aku mengetap bibir menahan geram. Kenapa dia ni suka buat aku geram? Kalau tak kacau aku tak boleh ke?
“ Tak kacau urusan awak pun!”
Aku masih telek mata aku dekat cermin kereta. Masih merah mata aku ni. macam mana nak buat? Ermm.. Ha! Apa kata aku pinjam cermin mata gelap daripada papa. Papa mesti ada punya. Dapatlah lindungi diri daripada terkantoi oleh mak nanti. Yes! Great idea!
Tanpa berlengah, aku pun menoleh ke belakang untuk masuk ke dalam rumah. Tapi lain yang aku dapat.
“ nah. Pakai ni. Aku tau kau risaukan bengkak dekat mata kau tu.”
Aku terkaku jadinya. Dia macam dapat teka apa yang berada dalam kepala fikiranku saat ini. mana taknya, tiba-tiba dia memakaikan aku cermin mata gelap tanpa sempat aku menghalang. Tindakannya yang cukup pantas itu membuatkan aku terkaku.
Aku melihat dia sekilas sebelum menoleh ke arah kereta.
“ Thanks.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku jadi kekok pula jadinya. Baik juga lelaki ni. Heh!
“ Maaf kerana kasih anda tidak diterima.”
What? Apa yang dia cakap tadi? Tak berapa nak dengarlah.
“ Kasih anda akan diterima apabila anda sudah jadi isteri saya.” Bisiknya pula dan menyebabkan pipi aku bertukar merah.
Erk!
Share this novel