Dua minggu kemudian
“ Lelong! Lelong! Sepasang hanya 5 ringgit Malaysia. Rugi siapa yang tak beli!”
Alhamdulillah! Tak sangka berniaga baju buatan sendiri amat laku. Jual dekat pasar malam pula tu. nasib baik mak aku bagi. Papa? Confirm tak setuju. Tapi dipujuk mak. Terus bagi. Kikiki..
“ Berapa ni?”
“ Lima ringgit je.”
“ Minta kurang tak boleh ke?”
Aku yang sedang leka mengira baju tadi terus mendongak ke arah suara garau yang menawar harga tadi. Amboi dia! Dah cukup murah ni.
“ Mana bo…”
Tapi mulutku terus terkunci saat melihat wajah suara garau tadi. Dan aku terus tak hiraukan dia.
“ Ye makcik? Nak berapa pasang?”
Selepas satu pelanggan pergi. Datang pelanggan lain pula. Hampir pukul 8 malam juga kerja aku baru selesai. Laku! Alhamdulillah. Tapi satu je yang aku tak suka. Dia masih setia berdiri sebelah kedai aku ni. Tak reti-reti penat ke?
“ Jomlah balik. Awak tak penat ke?”
Oh! Tahu pun penat. Ingatkan tak.
“ Ada saya suruh awak tunggu? Tak kan? pergilah balik. datang sini buat semak je.”
Terus aku berlalu ke kereta. Semua barang dah dimasukkan ke dalam kereta. Tinggal nak balik je. fuh! Penat!
“ Aisyah Sofea! Sampai bila awak nak bersikap dingin dekat saya ni? awak tak sayang saya ke? Encik Bertopeng awak ni terlalu rindukan awak lah. Sampai nak tidur pun tak boleh.”
Lembut suaranya pada pendengaranku. Yes! Mula dulu memang aku kesal dan marah dekat dia. Tapi tak sampai ke hari ni. sememangnya aku dah maafkan dia. Cuma.. aku nak dia datang sendiri minta maaf. Dia yang salah.
“ Ada saya kesah?”
Aku buat muka poyo. Aku bersandar pada belakang kereta. Cantik juga pemandangan pada waktu malam ni.
“ Saya tahu awak kisah. Jom kahwin dengan saya?”
“ Crazy!”
“ Yes! Saya memang tengah gilakan awak ni. Awak jelah pengubatnya.”
“ Tak nak!”
“ Tak boleh sebab hati awak tu ada nama saya.”
“ mana awak tahu? Memandai je!”
“ Tahulah. Sebab dekat skrin telefon awak ada gambar saya.”
Huh! Macam mana dia tahu? Aku terus meraba poket aku untuk ambil henset. Tapi? Argh! Tak ada. Ke mana menghilangnya?
“ Di sini!” Dia menggoncangkan hensetku dengan senyuman lebar. Cis! Masa bila dia ambil.
“ Saya tetap tak nak kahwin dengan awak! Awak kejam!” Aku toleh ke arah lain.
“ Yeke? Maaflah. Tapi awak tetap kena kahwin dengan saya sebab saya ni Encik Bertopeng awak. taraa!”
Dia memakai topeng itu semula. Ya Allah. Rindunya aku terhadap Encik Bertopeng ni. Haish! Saja je dia ni kan? tanpa aku sedar, aku tersenyum ke arahnya.
“ ha! Kan cantik bila senyum macam tu. Kita kahwin erk?”
Aku terus ketuk topeng yang dia pakai tu. sampai dia menyerigai kesakitan. Aku tertawa kecil. suka tengok dia sakit macam tu.
“ Itu balasan terhadap orang yang menipu.”
Aku ketuk pula kepala dia dan menarik buang topeng tersebut. Dengan senyuman nakal aku memakai topeng tersebut.
“ Itu balasan apabila buat saya menangis sehari semalam.”
Tok!
“ Ouch!”
“ Itu balasan sebab buat saya rindukan awak setiap hari!” Ceh! Tak guna. Kena balik.
“ Dahlah nak balik!”
“ Kahwin dengan saya?”
“ Tak nak!”
“ Kena juga!”
“ Blahlah!”
“ Yes! Kita kahwin esok!”
“ What?!” Terus aku rentap topeng tersebut. Tapi dia?
“ Hahaha. Terkejut? Saya gurau je lah. Comel je!”
“ Arman!!!”
“ Hahaha!”
Orang lain kalau dapat mambang macam ni boleh isim jadinya! Walaupun adakalanya fiil pelik dia ni boleh mendatangkan marah tapi tipulah kalau aku cakap aku tak bahagia. Aku suka sebenarnya, kadang-kadang kalau sehari dia tak buat perangai gilanya, aku pula naik gila tercari-cari, senang cerita kami berdua boleh geng jadi orang dah tak betul.
Tapi bagiku, itulah cinta, sesuatu kesederhanaa, kegilaan, kesukaran, keselesaan, kekuranga hatta kesempurnaan yang boleh dikongsi dan diterima bersama. Kau perlu mencari orang yang tepat untuk berkongsi segala keanehanmu, dan aku temukannya pada si dia, lelaki disebalik topeng ini. Syukur!
Tapi dalam kenakalan dia dan usikan dia. Aku sendiri mengaku yang aku bahagia. Thanks for everything Tengku Arman a.k.a Encik Bertopeng.
Share this novel