BAB 4

Romance Completed 28671

Kini, sekali lagi aku berdepan dengan Datuk ni. Nampak sangat dia gembira apabila dapat berjumpa dengan aku. Tapi aku? Masih curiga dengan orang yang ada depan aku ni. Aku perlu ketahui kebenarannya hari ni juga. Lagi lama aku biar, lagi runsing dibuatnya. Dahlah mak pun tak nak mengaku.

“ Sofea apa khabar? Papa dengar tak lama lagi kamu nak ambil exam.”

Aku masih mendiamkan diri. Dia sangat teruja saat ini. mestilah teruja dah aku datang jumpa dia.

“ Saya tak nak berputar-belitkan cerita. Saya Cuma nak Datuk ceritakan pada saya dari A sampai Z. saya nak tahu siapa Datuk dan saya. Apa kaitan Datuk dengan mak saya. Saya nak tahu semuanya. Tolong jangan tipu saya sebab saya tak suka apabila ditipu. Boleh kan datuk?” Ujarku panjang lebar. Gara-gara dah tak tahan nak tahu. Inilah jadinya.

Datuk tu masih tersenyum. Tapi kali ni senyumannya kelihatan hambar. Aku tahu pasti ada rahsia disebalik semua ini.

“ Betul Sofea nak tahu? Papa pasti selepas Sofea tahu. Sofea mesti takkan maafkan papa. Papa minta maaf sebab semua ni bukan keinginan papa tapi kehendak family papa.”

Tiba-tiba dia bangun dan melangkah ke meja kerjanya. Dia mengambil satu photo album dan serahkannya padaku. Aku hanya menyambut tanpa banyak soal. Aku juga membuka photo album tersebut.

“ Dalam tu ada gambar papa dan mak kamu. Sebelum kamu dilahirkan, kami hidup bahagia. Tanpa orang ketiga mahupun halangan daripada sesiapa pun. Tapi semuanya berubah seminggu sebelum kamu dilahirkan.”

Aku tersentak saat melihat ada gambar mak dan papa sedang tersenyum ke arah kamera. Mereka kelihatan bahagia sekali. Ya Allah. Adakah ni mak aku?

“ Betul. Tu mak kamu. Papa tak tipu.”

Aku tahan daripada menitiskan air mata. Jadi betullah orang yang duduk di depan aku ni adalah ayah kandung aku. Ya Allah.

“ Apa yang terjadi?” Soalku akhirnya.

“ Seminggu sebelum kamu dilahirkan, family papa datang jenguk kami. Papa ingat ayah dan ibu papa nak doakan keselamatan kamu dalam perut mak kamu tu. ternyata tekaan kami silap. Ibu papa datang dan salahkan mak kamu. Tiba-tiba family papa nak papa ceraikan mak kamu.”

Aku tersentak.

“ Tapi papa tak berputus asa sebab papa tak nak lepaskan orang yang papa cintai. Tambah-tambah keadaan mak kamu tengah sarat saat itu. Jadi, demi menyelamatkan keadaan. Papa ikut family papa pulang ke rumah. Papa pesan pada mak kamu yang papa akan pulang. Demi menyambut kamu ke dunia ini. tapi..”

Aku semakin berdebar menanti kata-kata seterusnya daripada mulut Datuk itu. Tapi apa? janganlah buat aku saspen.

“ Sehari sebelum kamu dilahirkan, ibu papa paksa mak kamu lari daripada sini. Papa tak tahu sebenarnya. Papa dapat tahu pun masa papa sedar yang mak kamu dah pindah. Masa tu lah papa usaha cari kamu berdua. Walau apa pun yang terjadi, papa takkan sesekali lepaskan mak kamu. Papa cintakan dia. Sampai sekarang papa belum ceraikan dia. Dan sampai sekarang juga, papa setia. Datanglah perempuan mana pun, mahupun dipaksa ibu papa. Papa tetap cintakan mak kamu.”

Gugur setitis air mata Datuk itu didepan aku. Aku turut jadi sebak. Ya Allah. Jadi selama ni sangkaan mak meleset. Mak mesti ingat yang papa dah tak sayangkan papa.

“ Mak kamu salah faham. Papa tahu mak kamu bencikan papa sekarang ni sampai kata papa dah mati. Hakikatnya papa sentiasa cari kamu berdua. Papa tak pernah berhenti berdoa agar papa dapat bertemu dengan kamu berdua. Akhirnya, doa papa dikabulkan.”

Datuk itu menghampiri aku dengan senyuman dalam tangisan. Aku terdiam. Papa? Patutkah aku memanggilnya papa? Dah terbukti yang dia papa aku. ayah kandung yang selalu aku rindui selama ini. rupanya masih hidup. Ya Allah.

“ Sofea… Maafkan papa sebab tinggalkan mak kamu tanpa kembali. Papa kesal. Kesal dengan sikap orang tua papa.”

Tiba-tiba dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang memang blur itu hanya membiarkan. Tanpa sedar, aku dapat rasakan ‘rasa’ itu dalam hati aku. Rasa di mana seorang ayah yang rindukan anaknya.

“ Sofea.. Maafkan papa? Terima papa sayang?”

Pelukan dileraikan. Mata aku merah menahan sebak. Aku tak dapat nafikan yang dia ikhlas saat ni. Dia tak tipu. dia nampak derita saat menceritakan apa yang terjadi sebelum ni.

“ Datuk… Saya..saya..”

“ Shh! Jangan panggil Datuk lagi. Panggil papa ya sayang. Ni papa.”

Aku menatap wajah dia dengan penuh rasa kasih. Ya Allah. Terima kasih kerana kembalikan ayah kandung aku.

“ Papa!”

Aku pula memeluknya dengan tangisan. Aku rindu! Sangat rindu!

“ Maafkan papa. Papa takkan buat kamu menderita lagi. Itu janji papa.”

Aku hanya mengangguk dalam tangisan. Ya Allah. Moga mak dapat terima papa semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience