BAB 2

Romance Completed 28671

Aku melihat mak dengan tertanya-tanya. Hatiku jadi gelisah. Aku tak tahu nak tanya atau tak soal Datuk tu. Haish! Pening!

“ Sofea… Makanlah nasi tu. Dari tadi termenung je kerjanya. Ingatkan siapa?”

Aku tersenyum kecil mendengar soalan mak. Andai mak tahu apa yang berlaku semalam. Pasti mak tak benarkan aku pergi kelas seorang diri selepas ni.

“ Mak.. Sofea nak tanya sikit boleh? Tapi mak jangan marah!” Aku siap bagi tanda peringatan lagi pada mak. Takut mak marah tentang soalan yang aku akan tanya ni. Aku tahu mak tak suka kalau topik ni dibualkan.

“ Apa? Tanya je. Mak nak marah macam mana kalau Sofea tak tanya lagi.”

“ Janji dulu yang mak tak marah!”

“ yelah. Apa yang kamu nak tanya?”

Aku sempat terteguk air liur sebelum bertanya kepada mak. Aku tahu mesti selepas ni mak akan berang dengan aku. Redha ja la.

“ Betul ke ayah kandung Sofea dah meninggal?” Soalku dengan berdebar-debar.

Dan seperti jangkaan aku. Riak muka mak berubah terus. Daripada ceria terus kelat. Aku jadi serba salah pula.

“ Sofea bukan apa. sofea nak tahu. Sofea rindu ayah. Sofea teringin nak tahu macam mana muka ayah. Kalau betul ayah Sofea dah tak ada. Kenapa mak tak pernah bawa Sofea lawat kubur ayah?”

Mak masih mendiamkan diri. Aku juga bersabar menanti jawapan daripada mak. Dengan keadaan mak sekarang membuatkan aku curiga. dulu sering juga aku fikirkan soal ni. tapi aku biarkan sebab mak tak pernah nak beritahu aku dan tak nak ambil tahu pun. Sekarang aku nak tahu. Aku dah cukup matang untuk tahu semua ni. aku bukan budak kecil lagi.

“ Kenapa Sofea tiba-tiba nak tahu?” Setelah lama berdiam diri, akhirnya mak membuka suaranya lalu memandangku dengan penuh kasih.

“ Sebab Sofea nak tahu lah. Mak tahu tak? Sofea rindukan ayah. Tolong beritahu Sofea. Andai benar ayah Sofea dah tak ada. Kita pergi ziarah kubur arwah ayah ya?”

Aku menggenggam tangan mak dengan senyuman. Harap sangat mak faham apa yang sedang aku rasakan sekarang ni. Aku tak nak perkara ni terus jadi persoalan.

“ Maafkan mak. Tapi mak belum bersedia.”

Belum sempat aku nak menghalang, mak terlebih dahulu masuk ke dalam biliknya. Nampak sangat mak sedang menyembunyikan sesuatu daripada aku. Ya Allah. Berilah aku petunjukMu. Aku inginkan kebenaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience