Aku menahan getaran di dada. Tengok muka mak yang ketat tu pun aku dah tahu. Mak tengah tahan marah. Mana taknya, tadi aku balik dengan papa. Papa pun apa lagi, jelaskan perkara sebenar pada mak. Apa yang terjadi dan tentang aku.
Aku yang masih bercermin mata gelap ni hanya mampu menahan debaran. Aku masih tak mampu nak buka cermin mata ni sebab aku tahu. Lagi banyak aku kena soal lepas ni. ya Allah. Lembutkanlah hati mak aku untuk terima maaf papa. Papa tak salah.
“ Pergilah naik mandi. Terus solat. Mak nak masak jap.”
Aku ingat mak nak marah. Ternyata tidak. Mak terus masuk ke dapur tanpa mempedulikan aku. Aku hairan. Kenapa mak tak marah? Adakah mak dah maafkan papa?
“ Mak.. Sofea minta maaf. Semua ni berlaku dengan pantas. Sofea pun tak…”
“ Sofea..”
Aku memandang mak yang tengah tersenyum itu.
“ Mak tak salahkan Sofea. Sofea tak salah dalam hal ni. Sofea jangan risau ye sayang.”
Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Tapi?
“ Mak boleh maafkan papa? Papa tak salah mak. Papa mangsa keadaan.” Ujarku.
Kedengaran mak mengeluh. Adakah mak penat dengan apa yang terjadi sebelum ni?
“ Sofea.. kalau kamu nak tahu. Mak dah lama maafkan papa kamu. Cuma.. mak perlukan masa. Masa untuk lupakan perbuatan nenek kamu tu. Mak tak boleh terima macam mana nenek kamu halau mak dari rumah masa tu. Nenek kamu tak suka mak sejak dulu lagi. Tapi demi papa, nenek kamu kena terima. Kami ingat nenek kamu dah restu dengan hubungan kami selepas setahun berkahwin. Tapi ternyata tekaan kami salah. Mak tahu papa kamu tak salah.”
Aku tersenyum kecil. Aku dah agak. Selama ini mak rindukan papa. Dan doa mak juga termakbul. Betullah apa kata orang. Kalau dah jodoh, tak ke mana. Dan jodoh mak dan papa sangat kuat. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan mereka kembali. Aku bersyukur.
“ Dahlah. Lupakan soal ni. Yang kamu pakai cermin mata ni kenapa? Berlagak jadi orang kaya?”
Aku tersengih kerang busuk. Bukan berlagak Cuma nak melindungi diri. Hehehe..
“ Ada orang bagi. Jadi Sofea pakai je la.”
Tiba-tiba aku teringat pemberi cermin mata ni. Siapakah dia yang sebenarnya? Bagaimana rupa dia? Adakah dia seorang yang baik? Adakah dia betul-betul maksudkan kata-katanya tu? Argh! Sakit kepala apabila terfikir semua tu.
“ Mak.. Esok Sofea nak keluar makan dengan papa. Mak ikut ye? Please!” Aku siap kerdipkan mata. Saja buat comel depan mak. Hehe.. Mesti mak setuju.
“ Ingat comel dah lah tu. Yelah. Dah pergi naik bilik. Mandi dan solat.”
“ Okay madam!”
Share this novel