“Ayuh! Jangan banyak bunyi, Ikut aku sekarang!”
“ Woi! Awak ni siapa? Lepaslah!”
Cis lahanat!
Aku mengumpul seluruh tenagaku untuk cuba meloloskan diri dari cengkaman lelaki yang maha kuat ini. Tapi pegangannya terlalu kuat. Sukar kudrat wanita selemah aku ini untuk menandingi kekuatan lelaki ini. Sumpah aku tak berdaya.
“ Jangan menjerit! Tolong diam boleh tak?”
Aku merengus geram. Nak marah-marah aku tak tentu fasal tu kenapa. Dia yang salah nak marah aku. Dahlah aku baru balik dari kelas. Penat tahu tak? Urgh!
“Cepat Masuk!”
Dia menyuruh aku masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes. Aku terteguk air liur saat melihat dia yang merenung tajam ke arahku itu. walaupun dia memakai topeng. Tapi matanya tu tetap kelihatan. Pakai topeng sampai hidung je. ala.. macam Encik Mimpi tu.
“ Kalau saya tak nak?” Soalku berani.
“ Kalau kau tak nak. Aku kiss kau kat sini juga. Nak?”
Aku terus menutup mulutku dengan tangan. Haish! Bahaya betul lelaki ni. Main-main ugut nampak. Aku geram betullah.
“ Masuk sekarang!”
Tanpa rela, aku masuk juga dalam kereta yang mewah itu. Buat pertama kali dalam hidup, aku naik kereta Mercedes ni. Fuh! Biasalah, aku ni bukannya dari kalangan orang berada. Ayah pun dah tak ada. Mak pun hanya kerja mengasuh anak orang. Kini, tinggal aku je lah harapan keluarga. Mujur aku sorang je anak mak. Kalau aku ada adik-adik lagi aku kena berusaha kuat.
“ Aku bawa kau ni bukan nak culik. Tapi atas arahan tuan aku. aku harap kau tak marah.”
Aku mencebik. Tak marah dia kata? Of courselah aku marah. Boleh dia tanya. Tak culik? Ini dah kira macam kes culik.
“ Mestilah saya marah! Tu pun tak pandai nak fikir ke? Huh! Dahlah orang penat baru balik dari kelas. Sedap-sedap awak je datang dan tarik saya. Apa? Ingat saya ni patung ke?” Bebelku geram ke arahnya yang sedang memandu itu.
“ Tak sangka aku. bising juga mulut kau tu kan?”
Aku tersentap. Ish! Kenapa dengan lelaki ni?
“ Okay fine! Saya akan diam! Huh!”
Aku menoleh ke arah tingkap dengan sebalnya. Jelingan sinisnya langsung aku tak pedulikan. Mujurlah aku ni bukan seorang yang pengecut. Tak apa. tengoklah selepas kereta ni berhenti. Aku tahulah apa yang akan aku buat. Jangan harap aku akan ikut kau lelaki bertopeng! Huh!
Hampir 10 minit berlalu, akhirnya dia memberhentikan keretanya dalam halaman rumah banglo yang amat besar. Aku yang melihat hanya mampu terteguk air liur. Besar gedabaknya rumah ni. first time aku dapat tengok rumah sebesar ni depan mata aku. selalu dalam televisyen je. fuh!
“ Turun! Ikut aku.” Arahnya pula.
Dengan langkah yang terketar-ketar aku mengikutnya. Terus terpadam niat aku nak melarikan diri. Yalah. Besar sungguh rumah ni. pengawal berbaju hitam pun banyak dekat sini. Macam mana aku nak lari kalau macam ni?
“ Awak nak bawa saya ke mana ni?” Soalku gugup. Aku tengok sekeliling. Seram arh!
“ Jumpa tuan aku.”
Sampai saja di sebuah bilik, aku diarah untuk masuk ke dalam. Lelaki bertopeng tadi terus menghilang sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Sekali lagi aku terkedu, bilik ni dah macam ruang tamu aku kot. Besar gila.
“ Sofea.”
Aku tersentak saat namaku dipanggil seseorang. Saat aku menoleh, aku jadi tertanya-tanya. Siapa pakcik ni? Eh! Datuk kot.
“ Aisyah Sofea.”
Dia mendekatiku dengan senyuman kecil. aku pula jadi gelabah. Takut dia akan apa-apakan aku.
“ Ja..jangan dekat!” Halangku dengan bercakap kuat.
“ Maaf. Tapi Sofea kena tahu sesuatu.”
“ Tahu apa Datuk?” Soalku takut-takut.
“ Tak payahlah panggil Datuk. Panggil papa.”
“ ha?”
Papa? Dia bukan ayah aku nak suruh aku panggil papa. Ayah aku dah meninggallah. Mak aku kata, ayah aku meninggal dalam kemalangan. Masa tu aku baru lahir ke atas dunia ni. dalam dua hari macam tu lah.
“ Sofea. Sebenarnya tujuan papa bawa Sofea ke sini nak beritahu sesuatu.”
Dia melihatku dengan pandangan yang berkaca-kaca. Eh? Kenapa tu? Nampak macam nak nangis je. tolonglah. Aku bukan suka sangat nak feeling-feeling bagai ni.
“ Sofea.. ini papa. Ayah kandung kamu.”
Aku terkedu. What? Apa yang datuk ni tengah mengarut?
“ Jangan main-main Datuk. Saya tak suka. Ayah saya dah lama meninggal.” Kataku tegas.
“ Sebenarnya ayah kandung Sofea masih hidup. Papa ni lah ayah kandung Sofea.”
Aku terdiam seketika. Semuanya berlaku dengan pantas. Balik dari kelas, aku diculik dan dibawa ke sini. Kemudian orang depan aku ni pula mengaku aku ni anak dia. What is this? Huh!
“ Ayah saya dah lama pergi!”
Aku pantas keluar daripada bilik tersebut. Tapi malangnya, langkahku terhenti pada pintu besar rumah tersebut. Dihalang oleh lelaki bertopeng tadi. Kacau daun je lah lelaki ni.
“ Tepilah!” Jeritku dengan geram.
“ Kau tak boleh lari selagi tuan aku tak beritahu kau yang..”
“ Yang dia ayah kandung saya? Huh! Mengarut! Ayah saya dah lama pergi dari dunia ni. sekalipun nak bohong, gunalah akal bagi logik sikit.” Ujarku lantang.
“ Awak nak tepi atau nak saya tendang?” Soalku lagi tanpa sempat dia nak membuka mulut.
“ Sofea!”
Malas aku nak berurusan lagi dengan datuk tu, aku pun tendang kaki lelaki bertopeng itu dengan sekuat hati. Apabila tengok dia terduduk menahan sakit, aku pun pantas melarikan diri daripada situ. Apa nak jadi, jadilah.
Share this novel