Selepas keputusan untuk bekerjasama dengan Hamdan diumumkan kepada media, pelbagai reaksi diperolehi daripada penyokong. Ada yang memuji langkah tersebut sebagai keputusan yang bijak untuk masa depan kelab, namun ada juga yang mempertikaikan sama ada Johan dan Zariq telah menggadaikan visi asal Elma FC demi keuntungan.
Johan dan Zariq mula menerima lebih banyak perhatian daripada wartawan, setiap pergerakan mereka diawasi. Setiap keputusan yang dibuat kini menjadi bahan kritikan dan spekulasi di kalangan media dan penyokong.
Suatu pagi, Johan tiba di pejabat kelab dan mendapati beberapa wartawan sedang menunggu di pintu masuk. Mereka telah bersedia dengan soalan-soalan yang yang ingin dibangkitkan mengenai perihal kelab. Melihat keadaan itu, Johan menarik nafas sebelum melangkah ke hadapan mereka.
“Encik Johan, adakah anda rasa keputusan untuk bekerjasama dengan Hamdan akan mengubah arah tuju kelab ini secara drastik?” tanya salah seorang wartawan.
Johan cuba untuk tidak menunjukkan sebarang emosi, tetapi didalam hatinya ada tekanan dengan soalan tersebut. “Keputusan ini dibuat untuk membawa Elma FC ke tahap yang lebih tinggi. Kami yakin dengan sokongan dan pelaburan yang baik, kelab ini akan terus maju tanpa mengorbankan nilai-nilai yang telah kami bina selama ini.”
Namun, soalan-soalan yang lebih sensitif terus ditanya oleh wartawan. “Ada khabar angin mengatakan bahawa Encik Hamdan mungkin akan mengambil alih sepenuhnya kelab ini pada masa hadapan. Adakah anda bersedia untuk kehilangan kawalan sepenuhnya?”
Johan terdiam seketika. Soalan itu adalah satu soalan yang dia takuti, tetapi dia tahu dia perlu tegas dengan pendiriannya. “Kami telah membuat perjanjian bersama. Setiap keputusan akan diambil dengan mempertimbangkan kepentingan kelab dan penyokong. Itu janji kami.”
Selepas menjawab beberapa soalan lagi, Johan melangkah masuk ke dalam pejabat, kepalanya terasa berat dengan segala tekanan yang sedang dihadapinya. Dia tahu bahawa mereka kini berada dalam perhatian media. Setiap langkah yang mereka ambil akan memberi kesan besar terhadap reputasi mereka dan kelab.
“Kami telah membuat perjanjian bersama. Setiap keputusan akan diambil dengan mempertimbangkan kepentingan kelab dan penyokong. Itu janji kami.”
Share this novel