BAB 7

Romance Completed 16602

“Bik!!! kenapa pedas sangat gulai ni. Bik tak tahu ke yang aku tak suka makan pedas-pedas,” marah Farisha. Gulai ayam tersebut dimain-mainkan dengan sudu.

Bibik Midah yang sedang mengemaskan dapur tergesa-gesa mendapatkan Farisha. Wajahnya jelas menggambarkan kebimbangan yang ketara.

Saat ini Farisha bersama-sama dengan Hazry sedang makan tengahari di rumah. Hazry yang duduk di hadapannya cuma memandang tajam.

“Berapa kali aku dah cakap, jangan masak pedas-pedas. Sakit tekak aku makan yang pedas-pedas ni tahu tak!!! Dah… pergi tolong gorengkan ayam untuk aku. Tak lalulah aku nak makan semua ni!!!” jerit Farisha. Matanya dibulatkan tak kala memandang ke arah Bibik Midah.

“Tak baik tengking-tengking bibik tu. Kalau nak tegur pun cubalah cakap elok-elok sikit,” nasihat Hazry sambil menyudu gulai ayam ke dalam pinggannya.

“Awak jangan masuk campur urusan saya boleh tak?”

“Urusan sayang pun urusan abang juga kan. Kita kan dah jadi suami isteri. Abang berhak menegur sayang kalau sayang ada buat silap,” jawab Hazry selamba. Nasi dipinggan disuap sambil matanya terarah ke wajah Farisha yang mencuka.

“Sudahlah… Berapa kali saya cakap jangan nak bersayang-sayang dengan saya. Gelilah telinga saya mendengarnya. Kita ni nama sahaja suami isteri tapi pada hakikatnya kita cuma berlakon sahaja. Takkan itu pun awak tak faham,” getus Farisha. Marah betul dia bila Hazry cuba menasihatinya.

Hazry buat tidak tahu dengan renungan tajam Farisha. Nasi disenduk dan ditambah lagi ke pinggan. Berselera sungguh dia makan masakan bibik Midah.

“Sedaplah bik masak ni!!! Saya suka sangat!!! Cuma orang yang sakit tekak saja yang akan cakap masakan bibik ni tak sedap!!!” jerit Hazry ke arah bibik Midah di dapur.

Farisha yang mendengarnya cuma mencebik geram. Sengajalah tu hendak menyakitkan hatinya. Nak perlilah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience