Rate

7

Family Completed 2382

Ibu Mikhail berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik Mikhail anaknya lalu memeluk bantal tidur anaknya. Dilihatnya cadar dan sarung bantal Mikhail yang sepatutnya berwarna biru dan bercorak kartun Mickey Mouse tetapi sudah pudar warnanya dan rupa kartun juga sudah hilang. Baru dia sedar, sejak dia membelikan katil kepada Mikhail semasa umurnya 6 tahun, cadarnya tidak pernah bertukar ganti.

"Maafkan Ibu Adik. Banyak dosa Ibu pada Adik. Ya Allah, Kau tempatkanlah anakku di kalangan hamba-hambaMu yang dikasihi dan terpuji. 12 tahun Kau pinjamkan anak istimewa ini kepada kami, tidak sedikitpun kami hargai anugerah yang Engkau berikan. Besar sungguh dosa aku pada Mikhail anakku. Anak Ibu rehatlah dengan tenang. Jumpa di syurga nanti sayang".

Semahu-mahunya Ibu Mikhail menangis dan meratap kehilangan Mikhail. Jika penyesalan ini menjengah awal dahulu lagi, pasti ibunya dapat memeluk Mikhail sepuas-puasnya di hari pengebumian Mikhail.

Sesungguhnya, semasa hayat Mikhail, Allah hantar 'seseorang' untuk melindunginya. Selipar yang hilang, beg yang koyak, baju sekolah yang basah, semuanya diperbetulkan dan diperbaiki semula oleh 'seseorang' . Tidak dapat dilihat menggunalan mata kasar tidak bermakna ia tidak wujud.

Milikilah hati yang bersih dan sifa-sifat terpuji supaya kita sentiasa dilindungi oleh-Nya.

"Ketahuilah, Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh manusia, dan jika buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh manusia.
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

Jadilah kamu seperti Mikhail yang mempunyai hati yang bersih, tiada celanya.

Janganlah kamu menjadi seperti Rafiq yang memiliki hati yang gelap, pekat hitam warnanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience