Rate

1

Family Completed 2382

Mengisahkan tentang dua orang suami isteri yang telah berkahwin selama 3 tahun telah dikurniakan anak kembar lelaki.

Puan Aminah dan Encik Syah amat gembira atas kelahiran anaknya yang selama ini mereka nantikan selama 3 tahun.

Nama si Abang diberi Rafiq dan si Adik diberi Mikhail. Indahkan nama mereka. Pasangan kembar itu hanya mempunyai dua adik beradik sahaja dan tidak mempunyai adik beradik yang lain. Si Abang lahir beberapa minit awal darisi Adik.

~~~

Apabil si kembar itu semakin dewasa, nama yang indah tidak lagi diguna oleh keluarga dan rakan-rakan mereka. Semuanya lebih selesa memanggil Rafiq dengan gelaran si Bijak kerana kecerdasan akalnya melangkaui kanak-kanak sebayanya. Berbeza pula dengan Mikhail dipanggil dengan gelaran si Lembam kerana dia tidak sepandai seperti abangnya.

Semasa mereka masih bayi, dalam seawal 10 bulan, Rafiq sudah pandai berjalan berbeza pula dengan Mikhail, masih lagi meniarap. Merangkak pun tidak pandai lagi. Semasa si kembar sudah menginjak usia ke 5 tahun Rafiq sudah pandai membaca apatah lagi mengira. Mikhail pula, jangankan membaca buku pun pegang terbalik lagi.

~~~

Bermula lah dari kehidupa seharian mereka, pembelajaran dan pergaulan dengan rakan-rakan, Mikhail selalu sahaja ketinggalan jauh dari abangnya Rafiq. Kerana itulah ibu bapanya menggelarkan Mikhail dengan nama si Lembam dan abangnya dengan gelaran si Bijak kerana kecerdasan akalnya melangkaui umur kanak-kanak yang sebanya dengannya.

Kini, walaupun Mikhail sudah menginjak umur 9 tahun masih tidak pandai membaca dan tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan kelasnya. Pihak sekolah pula meminta izin kepada ibu bapa Mikhail untuk menempatkan Mikhail di dalam kelas khas bagi kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian lebih dan cara pembelajaran yang berbeza sedikit berbanding kanak-kanak yang lainnya.

Semasa kedua ibu bapa Mikhail datang ke sekolah guru kepada Mikhail meyuruh kedua ibu bapa Mikhail untuk ke pejabat guru bagi membincangkan tentang prestasi Mikhail di sekolah.

"Assalamualaikum cikgu, ada apa ya menyuruh kami datang ke mari?" Soal Puan Aminah setelah masuk ke pejabat guru bersama suaminya.

"Wa'alaikumussalam, puan duduklah dahulu. Saya ingin membincangkan tentang anak puan dan encik. Pihak sekolah akan menempatkan anak encik ke kelas khas." Kata cikgu Amy dengan senyum setelah memberitahu niat pihak sekolah berbuat sedemikian.

"Oh baiklah cikgu, kami faham apa yang cikgu dan pihak sekolah mahukan, saya setuju dengan apa yang cikgu dan pihak sekolah lakukan . Mungkin ini adalah kebaikan untuk anak saya agar boleh bergaul seperti kanak-kanak yang lain" Teranng Encik Syah lalu menyetujui apa yang dikatakan cikgu itu.

"Kalau begitu kami pulang dahulu untuk menjemput anak kami. Mungkin mereka sudah lama menunggu kami untuk menjemput mereka." Kata Puan Aminah lalu beredar ingin menjemput anak kembarnya itu.

"Baiklah puan Aminah" kata cikgu Amy kepada puan Aminah dengan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience