Rate

2

Family Completed 2382

Walaupun Mikhail lambat dari segala segi, tapi dia sangat pandai mengaji. Allah berikan kelebihan kepada Mikhail untuk mudah mengenal ayat-ayat Allah. Disebabkan dia selalu dipinggirkan oleh kedua ibu bapa dan abangnya, Mikhail selalu mengisi masanya dengan mengaji Al-Quran dan berzikir. Mikhail selalu juga rajin solat berjemaah di masjid yang tidak jauh dari rumahnya.

Balik sahaja dari masjid selepas isyak, selalunya Mikhail akan berkaki ayam kerana seliparnya sudah disorokkan oleh abangnya dan konco-konco abangnya sskali. Rafiq pula lebih suka melepak di depan masjid bersama dua tiga orang kawannya dan sebaik sahaja jemaah selesai menunaikan solat, mereka akan menyorokkan selipar Mikhail adiknya sendiri di dalam longkang. Pada awalnya, Mikhail akan mencari seliparnya di merata-rata tempat; di sekeliling masjid, di depan rumah orang, di atas pokok, tetapi lama - kelamaan Mikhail biarkan sahaja. Sudah malas mahu mencari.

Hari-hari seliparnya akan hilang dan bila dia sampai di rumah dengan berkaki ayam, Ibunya akan menengking Mikhail. Selalu selipar Mikhail akan ada di depan pintu rumah semula pada keesokkan harinya.

"Woi Mika! Ko nak balik kaki ayam lagi ke? Nanti ibu rotan lagi kaki ko sampai berbirat" tengking puan Aminah pada anaknnya. Mikhail hanya menundukkan kepalanya dan hanya memdengar tengkingan ibunya itu.

"Padan Muka, Hahahhaha" Seronok Rafiq gelakkan adiknya. Ditambah dengan galak tawa dari rakan-rakannya Rafiq.

"Kenapa Abang suka sangat sorokkan selipar Adik. Abang bagilah balik selipar Adik. Adik taknak tengok Ibu rotan Adik lagi hari ini. Kesian Ibh selalu nangis sebab Adik" Mikhail sememangnya baik hati, tidak sedikit pun marah pada abangnya. Dia hanya merengek-rengek gaya seperti budak berumur enam tahun walaupun umurnya sudah mencecah sembilan tahun.

"Ko pergilah cari sendiri selipar ko. Lain kali jaga lah betul-betul!! Elok je aku tengok tiap-tiap pagi selopar ko ada kat depan rumah. Boleh je tu ko cari balik" Tak ada sekelumit pun rasa simpati di dalam hati Rafiq. Dia tinggalkan adiknya di deoan masjid dan mengayuh basikalnya pergi.

"Aik! Bukan Abang ke yang letak balik depan rumah hari-hari" Mikhail bermonolog seorang diri sambil berjalan kaki pulang ke rumahnya.

Dia tidak mempunyai basikal seperti abangnya. Ayahnya hanya membelikan sebuah basikal kepada Rafiq abangnya kerana selalu mendapat tempat pertama dalam kelas. Bukan sahaja dakam kelas malah untuk keseluruhan darjah tiga, Rafiq sentiasa berada di ranking yang teratas.

Tapi Mikhail tidak pernah mengeluh apabila tidak dihadiahkan basikal seperti abangnya Rafiq, sebab dia sayangkan keluarganya lebih dari harta benda dunia walaupun layanan yang diterima tidak seperti Rafiq abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience