Rate

5

Family Completed 2382

Mulia sungguh hati anak itu. Kemuliaan hatinya tidak dipandang oleh ahli keluarganya yang hanya memandang luaran anak-anaknya. Rafiq luarannya bijak dan berkebolehan serba serbi tapi ditutupi dengan hati yang gelap. Berbeza jauh dengan Mikhail adiknya itu.

Ahli keluarga seolah-olah tidak mensyukuri anugerah yang dikurniakan oleh Allah itu. Mereka seakan tidak boleh menerima kelemahan yang ada pada diri Mikhail dan tidak boleh pula nampak kelebihan yang ada pada diri Mikhail yang tidak ada pada anak-anak kecil di masa kini yang lebih leka dengan duniawi.

Mikhail sentiasa dipinggirkan dan tidak diendahkan oleh ibu, ayah dan abangnya, akhirnya di 'pulang' kan kembali pada Pencipta Yang Esa. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam keadaan yang sedang lena tidur.

Sungguh mudah Mikhail pergi menghadap illahi. Wajah nya tenang seolah tidak mempunyai masalah dan seperti orang yang bahagia sahaja semasa hayatnya.
Bibirnya yang sentiasa basah dengan ayat-ayat suci Allah kelihatan kemerahan dan tersenyum seperti masih lagi bernyawa.

Matanya yang sentiasa melihat perkara perkara baik semasa hayatnya tertutup rapat tanpa sebarang beban. Tangannya yang sentiasa memanjatkan doa yang indah-indah kepada keluarganya, tersangatlah lembut apabila dimandikan.

~~~

Pengurusan jenazah Mikhail dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan berjalan lancar tanpa satu pun cacat cela. Sepanjang jenazah Mikhail dibawa ke liang lihad, awan mendung berarak besar memayungi orang-orang yang menguruskan jenazahnya.

Ibu dan ayahnya yang berada di tanah perkuburan tidak sedikitpun menitiskan air mata dan kelihatan berduka di atas pemergian Mikhail anak mereka. Wajah yang mereka anggap beban, kini sudah 'pergi' dan tidak akan kembali lagi.

Rafiq yang sememangnya tidak sayangkan kembarnya itu gelak bergelak tawa bersama rakan-rakannya di luar pagar tanah perkuburan. Hari ini yang sepatutnya diluangkan dengan membaca surah Yasin untuk roh adiknya digunakan untuk bergembira bersama rakan-rakannya.

Setelah selesai semua urusan pengebumian, mereka bertiga menjalani kehidupan seperti biasa. Disangkakan dengan ketiadaan Mikhail anak mereka hidup mereka lebih aman dan bahagia. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Rumah mereka yang selama ini ''terang' dan ber 'cahaya' kerana bacaan Al-Quran yabg dialunkan oleh Mikhail setiap hari kini kelihatan suram dan kelam. Penghuninya sentiasa berada di dalam keadaan yang tidam tenang dan berasa rimas apabila tinggal di dalam rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience