Rate

6

Family Completed 2382

Seminggu selepas kematian Mikhail, ibunya memasak di dapur seperti kebiasaan. Ketika memasak, ibunya selalu menjenguk ke ruang tamu tempat di mana Mikhail anaknya selalu duduk bersila mengaji dan berzikir. Tiba-tiba dia merasa sebak

Dahulunya dia tidak sedar, anak istimewa itu yang selalu menemaninya di rumah di kala suaminya sibuk bekerja manakala Rafiq anak sulungnya itu pula sibuk bermain bersama dengan rakan-rakannya di taman.

Dahulunya juga dia tidak sedar, anak istimewa itu yang rajin berdiri di pintu dapur berceloteh tanpa yenti dengannya walaupun dia tidak pernah melayan setiap cerita yang disampaikan Mikhail anaknya.

Tanpa diduga, air mata si ibu mengalir. Tangannya meyeka laju air mata yang megalir di pipi. Dia menyandarkan diri di kabinet dapur sambil memandang ke bawah.

"Tiba-tiba dia rindukan celoteh Mikhail."
"Tiba-tiba dia rindukan alunan suara Mikhail mengaji di ruang tamu."
"Tiba-tiba dia rindukan Mikhail yang sentiasa ringan tulang membantunya di dapur walaupun sudah di halau beberapa kali olehnya."

Setiap kali Mikhail membawa pinggan nasi ke meja makan, pasti akan ada pinggan yang pecah. Oleh kerana itu, dia selalu memarahi Mikhail dan meyuruhnya duduk di luar dari menyusahkan diri.

Tetapi baru kini dia sedar anak istimewa itulah rupanya penyeri hidupnya selama ini. Anak istimewa itulah yang banyak menolong dan membantunya di rumah.

Terduduk dia di dapur sambil menyeru nama Mikhail.

"Mikha...il maafkan ibu nak .. Mikhail" tangisnya si ibu sambil menyeru meminta maaf pada anaknya yang telah tiada di sisinya.

Dia teringat kembali bait-bait perkataan yang disampaikan oleh Mikhail tiga minggu lepas.

"Ibu, Adik tak pernah rasa Ibu peluk Adik. Bagilah Adik peluang peluk Ibu. Nanti bila Adik dah tak ada, Ibu mesti sunyi duduk rumah sorang-sorang,"

Benarlah kata anaknya itu. Kesunyian itu sudah dirasai. Air mata si ibu keluar lagi.. membasahi pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience