Rate

3

Family Completed 2382

Seperti yang diduga, sampai sahaja di rumah, Ibunya merotan kaki Mikhail dan memaki hamun anaknya yang tidak bersalah itu. Yang tidak habis-habis menyusahkan hidupnya.

"Ibu, Adik minta maaf Ibu. Maafkan Adik. Adik janji tak buat lagi. Ibu jangan pukul Adik lagi ye. Sakit" teresak-esak Mikhail menangis di kaki ibunya. Ayahnya yang sedang menonton televisyen, tidak sedikitpun hiraukan rayuan dan tangisan Mikhail anaknya.

Mikhail dengan kaki terhincut-hincut akibat dipukul tadi naik ke tingkat atas dan berbaring di atas katil lalu tertidur dengan air matanya yang sudah kering di tepi mata dan pipinya. Tapak kakinya yang beedarah akibat terpijak kaca sewaktu pulang tadi, dibiarkan kering sehingga keesokan harinya.

Sejak dari hari itu, Mikhail tidak lagi ke masjid solat berjemaah. Dia hanya solat di rumah sahaja dan setiap masa terluang dia akan gunakan untuk mengaji. Dia tidak mahu lagi lukakan hati ibu dan ayahnya. Padahal, kehilangan selipar Mikhail bukanlah berpunca dari dirinya.

~~~

Sikap kedua ibu bapan Mikhail, abangnya dan juga orang -orang sekeliling tidak pernah berubah sehinggalah umurnya menginjak 12 tahun, dia masih lagi menerima layanan yang sama dari ahli keluarganya.

Layanan Rafiq terhadapnya saban hari semakin teruk. Beg sekolahnya habis dikoyak, digunting oleh abangnya. Tidak cukup dengan itu, buku- bukunya direndam di dalam baldi air dan baju sekolahnya dicelup dengan pewarna.

Setiap hari ibu dan ayahnya akan memarahi Mikhail kerana suka merosakkan barang-barang sendiri. Bukan setakat ditengking, habis berbirat belakang badan Mikhail dipukul oleh ibu dan ayahnya. Walhal, semua itu adalah perbuatan Rafiq. Kendatipun Rafiq ini bijak dari segi pembelajaran tapi sikapnya tidak ubah seperti orang yang cetek akal.

Walaupun habis barang-barang Mikhail dirosakkan oleh Rafiq, Mikhail perasan begnya dijahit semula, buku-bukunya telah dikeringkan kembali dan barang-barangnya yang bersepah telah dikemaskan semula keesokan harinya. Mikhail pada mulanya berasa agak hairan. Gerangan siapakah yang baik hati mengemas kembali barang-barangnya.

Namun beberapa tahun mengalami pengalaman yang hampir sama sebelum ini, Mikhail tidak mahu ambil pusing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience