Rate

4

Family Completed 2382

Di suatu petang, sedang ibunya memasak di dapur, Mikhail memeluk pinggang ibunya dari belakang. Ibunya terkejut, terus menepis tangan Mikhail.

"Ibu, Adik tak pernah rasa Ibu peluk Adik. Bagilah Adik peluang peluk ibu. Nanti bila Adik dah tak ada, Ibu mesti sunyi duduk rumah sorang-sorang," Mikhail tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Jangan nak mengada-ngadalah Lembam. Pergi duduk depan sana. Jangan kacau Ibu nak masak" ditolaknya Mikhail jauh ke luar dapur.

"Ibu mulai hari ni, Ibu jangan panggil Adik Lembam lagi. Panggillag Adik atau Mikhail. Kan cantik nama yang ibu dan ayah bagi dekat Adik," Mikhail masih lagi tersengih-sengih melihat Ibunya memasak dari luar pintu dapur.

Melihat Ibunya yang tidak mengendahkan sedikitpun permintaannya, dia berlalu ke ruang tamu, sambung mengaji dan berzikir. Setiap kali Mikhail mengaji, pasti akan ada 'suara' yang mengikutinya mengaji bersama. Disebabkan sudah kerap terdengar 'suara' , Mikhail buat tidak endah sahaja.

Selesai mengaji, Mikhail naik ke tingkat atas menuju le biliknya. Mikhail membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor. Di atas tikar sejadah yang sudah lusuh kerana sudah bertahun tidak berganti baru. Mikhail menadah tangan mendoakan kesejahteraan keluarganya. Kesihatan yang baik kepada ibu, ayah dan abangnya serti dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience