BAB 2

Horror & Thriller Completed 800

Pada suatu hari, Hafrez seperti biasa bersiap sedia untuk pergi mengaji, sebelum ke rumah Lebai Seman, Hafrez akan singgah ke rumah Bahar dan Kaz untuk pergi mengaji bersama-sama jika pergi sendirian rasanya tidak berani.

“assalamualaikum, Bahar !,” Hafrez melaung

“Waalaikum salam, Hafrez hari ini Bahar tidak sihat dia sakit perut,” tiba-tiba muncul Mak Lang di muka pintu sambil membetulkan tudungnya dan ditagannya terlihat sebuah beg yang diperbuat daripada tikar mengkuang, gayanya seperti hendak ke surau

Hafrez terperanjat, petang tadi elok sahaja Bahar bermain dengannya sehinggalah Kudin mengajak mereka makan cendol mamak maidin yang seminggu sekali lalu di kawasan rumah mereka menaiki basikal, cendol mamak maidin memang sedap,setiap hujung minggu tidak kira tua atau muda akan menyerbu mamak maidin untuk membeli cendolnya, tetapi Hafrez menolak pelawaan itu kerana dia tidak cukup duit pada hari itu

Hafrez tiada pilihan lain melainkan pergi bersama Kaz.

“ assalamualaikum Kaz !,” pekik Hafrez di hadapan rumah sahabatnya itu.

“waalaikum salam,” Kaz muncul segak dengan baju melayu dengan kain pelikat dan songkok terletak kemas diatas kepala, sementara Hafrez hanya memakai kemeja bersama seluar trek bottom dan lebai sahaja

Hafrez tersenyum lebar kerana Kaz ada bersama untuk pergi mengaji dengannya pada hari ini.

“mana Bahar ?,”tanya Kaz tiba-tiba.

“mak dia cakap dia sakit perut, “ Kaz hanya mengagguk faham.

Mereka berjalan beriringan menuju ke rumah Lebai Seman, sampai sahaja di lorong itu, langkah Hafrez menjadi berat,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience