BAB 1

Horror & Thriller Completed 800

Hafrez menoleh kekiri dan kanan, jantungnya berdegup kencang nafasnya turun naik tangannya mengurut dada, bibirnya hanya mengucapkan kalimah Allah tidak henti, semoga tuhan melindungi perjalanannya untuk ke rumah neneknya yang sekian lama ditinggalkan semenjak ibubapanya berpindah ke bandar atas urusan kerja

Hafrez teringatkan lorong gelap itu,keadaannya masih sama seperti dahulu, di kiri dan kanannya terdapat pokok besar dan tiada lampu jalan yang menerangi sepanjang perjalanan Hafrez ke rumah neneknya itu, yang pasti Hafrez terasa dahulunya jalan itu agak kecil tetapi sekarang agak besar, mungkin masa yang berlalu bergitu pantas mengikut peredaran zaman menyebabkan perubahan ketara tidak kira di kota atau pun di desa

Tetapi Hafrez masih merasakan aura yang sama, setelah sekian kalinya dia terpaksa melalui jalan itu semula setelah lama ditinggalkan, Hafrez teringat kata-kata neneknya dulu, jalan itu berpenunggu ramai orang yang melalui jalan itu akan terserempak dengan makhluk halus atau hantu yang berkeliaran di jalan itu

Pernah suatu ketika dulu Pak Talib seorang pengawal keselamatan yang terpaksa melalui jalan itu jika dia terpaksa berkerja sebelah malam terserempak dengan makhluk halus yang bertenggek diatas pokok sambil mengilai menyebabkan Pak Talib demam selama seminggu dan menurut cerita orang kampung dia telah di sampuk oleh makhluk halus itu.

Semenjak itu tidak ramai yang berani melalui jalan itu pada waktu malam, tetapi Hafrez dan kawan-kawannya terpaksa melalui jalan itu hampir setiap hari untuk pergi mengaji ke rumah Lebai Seman. Rumah Lebai Seman agak jauh jaraknya daripada rumah-rumah yang berada di kampung itu, untuk sampai ke rumah Lebai Seman mereka terpaksa melalui jalan yang gelap itu

Lebai Seman ada berpesan jangan takut kepada makhluk lain selain daripada Allah kerana semua itu adalah makhluk ciptaan-Nya, hanya takut pada Allah SWT

Hafrez dan kawan-kawannya hanya mengagguk lesu, berbekalkan ayat kursi yang diajar oleh Lebai Seman mereka memberanikan diri untuk melalui jalan itu setiap hari dengan langkah yang laju dan mulut yang tidak henti-henti membaca ayat kursi untuk pergi mengaji di rumah Lebai Seman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience