BAB 3

Horror & Thriller Completed 800

“kenapa Hafrez, cepatlah nanti lambat pula kita sampai.” Kaz perasan akan perubahan Hafrez sebaik sahaja mahu melalui jalan itu.

“aku takut, kalau-kalau ada..”

“jangan takut aku ada, Lebai Seman ada pesan jangan takut dengan makhluk halus.”

Kaz berjalan mendahului Hafrez yang terpaku disitu, langkah Kaz menjadi perlahan apabila dia merasakan Hafrez tidak mengikut langkahnya

Kaz menoleh kebelakang tiada sesiapa disitu, Hafrez telah meninggalkannya kesorangan disitu, tiba-tiba Kaz yang berani menjadi takut, ayat kursi juga sudah hilang diingatan, degupan jantung tiba-tiba pantas dan bulu romanya tegak berdiri.

“Hafrez, kau di mana?” bisik Kaz seorang diri

Matanya tidak lepas daripada melihat sekeliling yang gelap gelita terlihat pohon tegak berdiri dan angin sepui-sepui meniup lembut menyebabkan daun –daun seperti melambai-lambai dan bunyi serangga seakan membisikkan sesuatu yang tidak jelas

Kaz menelan air liurnya beberapa kali, peluh yang mengalir di dahi dibiarkan menitis, Kaz mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya tetapi setelah melihat sesuatu yang bergolek kearahnya menyebabkan Kaz terus berlari tidak cukup tanah pulang ke rumah dan menceritakan apa yang terjadi kepada ibu bapanya

Ibu Kaz amat marah kepada Hafrez kerana meninggalkan anaknya keseorangan di lorong gelap itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, Kaz dan keluarganya sedang lena tidur telah diganggu dengan bunyi ketukan yang amat kuat di pintu.

“Munah! Munah!” suara itu amat jelas sekali.

Pak Hanif segera membuka pintu, kelihatan ibu Hafrez seperti hilang arah, air matanya berjuraian tanpa henti, Pak Hanif terus memanggil isterinya Munah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience