BAB 4

Horror & Thriller Completed 800

“apa yang berlaku Dhiha ?,” Munah terus memeluk Dhiha yang meraung.

“anak aku..anak aku..,” Munah hanya mampu bersabar sebelum Dhiha melanjutkan ceritanya.

“Dhiha, kau sabar, bawak bertenang,” Munah cuba mententeramkan Dhiha yang seperti di rasuk hantu.

“dia dah hilang, dia tak balik-balik lagi dari pergi mengaji tadi!” akhirnya fahamlah Munah apa yang berlaku.

Pak Hanif menawarkan diri untuk mencari Hafrez dan di bantu penduduk kampung, mereka mencari Hafrez di merata kampung tetapi tidak berjumpa, Kaz ada memberitahu bahawa kali terakhir dia berjumpa Hafrez sewaktu hendak pergi mengaji di rumah Lebai Seman, Dhiha mencadangkan untuk mencarinya di sana tetapi tiada siapapun yang berani mendekati lorong itu pada waktu-waktu begini

Dhiha merayu supaya orang kampung semua tolong mencarikan anaknya tetapi hampa mereka hanya menundukkan wajah, tidak berani

Dhiha berasa hampa dan pergi sendiri diri ke lorong itu untuk ke rumah Lebai Seman, dia berharap anaknya Hafrez berada di sana

Sangkaan Dhiha meleset apabila Lebai Seman menyatakan ketiga-tiga budak itu tidak datang mengaji pada hari ini

Dhiha meminta pertolongan Lebai Awang untuk mencari anaknya yang hilang itu

Lebai Seman bersetuju untuk menolong Dhiha setelah mendengar cerita daripadanya tentang penduduk kampung yang tidak kisah akan kesusahan orang lain dan mementingkan diri sendiri

Lebai Seman menuju ke arah lorong itu, di perhatikannya sekeliling kawasan itu, senyap dan gelap, Lebai Seman mula menadahkan tangan untuk meminta pertolongan kepada yang Maha Esa supaya di tujukkan jalan dan diberikan petunjuk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience