BAB 6

Horror & Thriller Completed 800

Lebai Seman hanya pergi tanpa berkata sepatah pun

Hafrez memandang langkah Lebai Seman dengan lesu, dia tahu itu semua salahnya yang ingin bergurau dengan Kaz, sebaik sahaja Kaz memberanikan diri untuk melangkah ke lorong puaka itu Hafrez mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan kawannya itu dengan mengilai diatas pokok, tetapi sebaik sahaja dia diatas pokok, dia terdengar Kaz menjerit dan berlari sekuat hati bagai di rasuk hantu

Hafrez ingin mengejar tetapi malangnya dia tidak dapat turun daripada pokok lalu tertidur disitu

Perkara itu disimpan sehingga sekarang, Hafrez takut dimarahi oleh ibunya, Dhiha.

Hafrez memandu agak perlahan ketika itu dan tiba-tiba enjinnya mati di lorong gelap itu, Adrian menjadi tidak keruan, dia tidak berani untuk turun, takut akan berjumpa makhluk yang tidak diingini tetapi kerana keretanya rosak, Hafrez terpaksa memberanikan dirinya untuk melihat

Suasananya sama seperti dulu, tiada perubahan bunyi serangga dan angin bertiup perlahan cukup untuk membuatkan bulu romanya tegak berdiri

Hafrez memberanikan diri untuk membuka bonet kereta untuk mencari lampu suluh kerana kawasan di situ agak gelap, sedang asyik Hafrez menyelongkar barang-barang tiba-tiba seseorang telah menegurnya daripada belakang

“Assalamualaikum,” Hafrez menoleh sepantas kilat.

“Waalaikum salam, Lebai Seman.” Adrian masih ingat akan wajah tua itu walaupun dia nampak agak lebih tua dan janggutnya semakin putih.

“kenapa kamu di sini, bukannya kamu sudah berpindah ke bandar?” tanya Lebai Seman.

“saya ingin balik rumah nenek dan berjumpa kawan-kawan lama Lebai, agak lama tidak berjumpa mereka,” luah Hafrez ikhlas.

“baguslah begitu, Lebai nak ke surau ni, Lebai jalan dulu,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience