BAB 5

Horror & Thriller Completed 800

Tiba-tiba sahaja angin meniup kencang dan suara hilaian sangat kuat kedengaran, Dhiha mendongak keatas, kearah sebuah pokok yang besar, matanya bulat apabila terpandang suatu mahkluk tidak pernah dilihatnya sebelum ini mencangkung didahan pokok matannya yang merah memandang tepat kearahnya

Dhiha yang lemah semangat terus rebah ke bumi.

Dhiha yang baru sedar membuka matanya perlahan-lahan, kelihatan Munah dan isteri ketua kampung sedang duduk berhampiran dengannya.

“apa yang dah jadi?,” Dhiha bangkit sambil memegang kepala yang agak pening.

“kamu jatuh pengsan dekat lorong puaka itu, jadi Lebai Seman meminta tolong kami untuk membawa kamu balik.” jelas Munah panjang lebar, Dhiha akhirnya terigatkan anaknya Hafrez, dia menjenguk-jenguk di muka pintu.

“Hafrez ada di luar, kami jumpa dia pengsan dekat atas pokok dekat lorong puaka itu,” kata Munah lagi.

“syukur semuanya telah selamat,” kata isteri ketua kampung

Dhiha lega anaknya telah dijumpai hatinya sekarang kini tenteram.

Menurut kata orang kampung, Lebai Seman telah menghalau makhluk halus itu daripada pokok besar itu

kata Lebai Seman kepada penduduk kampung makhluk itu tidak akan mengganggu jika tiada orang yang mengusiknya.

“sewaktu aku pergi melihat pokok itu, aku nampak tali kuning dililit pada pokok besar itu, aku dah buang semuanya.” jelas Lebai Seman ringkas.

“habis kenapa dia menggusik anak saya, kami bukan buat apa-apa salah?” kata Dhiha tidak puas hati.

Lebai Seman hanya diam, dia hanya tersenyum memandang Hafrez yang hanya menundukkan kepalanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience