BAB 7

Horror & Thriller Completed 800

Sebelum meninggalkan Hafrez yang ingin menyambung kerjanya mencari lampu suluh itu Lebai Seman ada berpesan sebelum mereka berpisah.

“Hafrez, jangan lupa kepada tuhan yang menciptakan kita, jika ada masaalah hanya kepada Allah kita mengadu dan meminta pertolongan,” Hafrez hanya mengangguk faham.

Setelah di periksa keretanya, Hafrez mendapati minyak keretanya habis dan dia terpaksa meninggalkan keretanya disitu buat sementara waktu dan berjalan kaki ke rumah Kaz.

“apa khabar kawan kita Arif, dah lama aku tak dengar cerita.” Kaz yang geli hati mendengarnya hanya ketawa.

“dia dah kahwin dengan Mona anak ketua kampung, isteri dia sekarang ni sudah mengandung lapan bulan,” Adrian hanya melopong, dia sudah lama tahu akan perhubungan Mona dan Arif sejak dulu lagi.

“kau bagaimana, buat apa sekarang,” tanya Kaz kepada Hafrez.

“aku bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur sebagai pegawai akaun.” Hafrez menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Kaz hanya tersenyum bangga, ada juga anak kampung itu yang berpangkat besar di Kuala Lumpur

Tiba-tiba Hafrez teringatkan Lebai Seman yang baru dijumpainya tadi, lalu menceritakan kepada Kaz.

“mustahil, tak kan kau jumpa dia, orang lain kot.” Kaz tergelak besar.

“betul, takkan aku tipu pulak.” Hafrez membulatkan matanya membuatkan Kaz berhenti ketawa.

“Hafrez, Lebai Seman mana ada lagi, dia dah meninggal tiga minggu lepas.”

Hafrez terkejut, siapa yang menegurnya tadi, adakah rohnya yang berkeliaran atau penunggu pokok itu masih ada disitu?, Hafrez tidak senang duduk hatinya meronta ingin pulang ke Kuala Lumpur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience