BAB 4

Family Completed 801

BERTALU-TALU daun pintu diketuk. Mira Edora terkejut dari lenanya apabila ketukan itu terlalu kuat bunyi. Rupa-rupanya dia terlena sebentar tadi. Ingatnya mahu berehat sebentar namun rasa pening di kepala membuatkan dia mahu berehat sebentar. Segera dia bangun menuju ke pintu bilik yang terkunci dari dalam. Tangannya sempat meraup wajah yang masih kelat. Dia harus menerima apa sahaja hamburan kata-kata daripada ibu mertuanya itu sebentar lagi.

“Dah tak ada kerja Edora buat tahi mata? Kat sinki tu berlambak pinggan mangkuk kotor siapa nak basuh? Di bilik air tu bersepah Edora baju tak kan nak biar macam tu aje?”

“Err… maafkan saya. Kepala rasa pening tadi sebab tu saya tertidur…”

“Jangan nak bagi sebarang alasan! Bukan berat sangat pun kerja-kerja kat dapur tu!”

“Badan saya memang rasa tak sihat tadi. Tak apalah kejap lagi saya buat…”

“Jangan sambung tidur pulak!”

Memang sejak beberapa hari ini kesihatan Mira Edora sentiasa terganggu. Kepalanya sering rasa pening dan tekaknya rasa mual-mual. Rasa badannya sungguh tidak selesa. Dia mula cepat penat apabila melakukan sesuatu kerja. Cepat rasa letih dan mengantuk. Atas alasan itu dia tertidur tadi. Hatinya sangat terluka apabila diperlakukan sebegitu oleh mertuanya itu. Mengapalah tidak ada sedikit pun rasa sayang yang bersisa untuknya?

“Kau jangan nak mengada-ngada duduk kat rumah ni! Kau kena dengar apa cakap aku!”

“Baiklah… tadi memang saya tertidur. Sa… saya tak sengaja…”

“Banyaklah tak sengaja!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience