BAB 3

Family Completed 801

Sampai macam itu sekali bencinya Datin Hazlyn kepada Mira Edora. Tinggal lama di situ memang membuatkan Mira Edora sakit kepala. Sehingga saat itu, dia masih boleh bertahan dan boleh menerima lagi segala cacian mertuanya itu. Lagi pun dia sudah berjanji kepada Andaq Ariff, sanggup menempuh apa sahaja cabaran hidup demi cinta mereka. Biarpun terpaksa berlakon, demi Andaq Ariff dia sanggup.

“Edora ada masalah tak duduk rumah Mama ni?”

“Err… Edora okey aje. Setakat hari ini… Alhamdulillah…”

“Ermm… lega hati abang dengar. Terima kasih Edora kerana memahami hati dan perasaan abang. Abang kasihan tengok Mama tinggal sorang-sorang…”

“Tak apalah abang. Edora faham semua tu. Dah tanggungjawab anak-anak untuk jaga orang tuakan?”

“Beruntung dan syukur abang dapat isteri yang memahami macam ini. Abang harap Edora selesa tinggal di rumah ini. Mama mesti beruntung dapat menantu yang rajin macam Edora.”

Segaris senyuman manis diukir antara dua bibir Mira Edora. Di bibirnya nampak manis tersenyum, di hatinya siapa yang tahu? Lima bulan berada di rumah agam itu, setiap masa nafasnya ditunda rasa sebak. Selagi boleh bernafas selesa, dia akan tetap tinggal di situ. Selagi dapat menahan segala tohmahan yang memedihkan, dia sanggup menerimanya. Semuanya demi Andaq Ariff. Setinggi darjat seorang isteri tetap di sisi suami tercinta.

“Abang janganlah bimbang. Tahulah Edora jaga diri. Pasal Mama tahulah Edora uruskan nanti. Percayalah pada Edora …”

“Abang tak pernah ragu pada Edora. Abang memang percaya pada Edora.”

“Terima kasih abang. Edora sayangkan abang…”

“Kenapa ni? Macam sedih aje. Edora tak sihatkah?”

“Err… tak ada apa-apalah abang. Kalau dah habis kerja kat pejabat tu, baliklah awal sikit. Kadang-kadang rasa sunyi kalau abang tak ada…”

“Di pejabat tu kerja tak pernah habis. Kerja berlambak-lambak. Setiap hari ada saja kerja baru yang datang. Abang kerja kuat pun kita jugak. Nanti bila kita ada anak sendiri, tak adalah Edora sunyi…”

“Iyelah… Edora faham tugas abang. Abang kerja elok-elok. Abang tak pernah hilang dari ingatan Edora. Edora sayangkan abang!”

“Tak mahulah sedih-sedih macam ini. Abang pun sayangkan Edora. Dulu, kini dan selamanya!”

Satu ciuman singgah di dahi Mira Edora. Sambil memejam mata, Edora dapat rasakan hangatnya cinta dan kasih sayang daripada suaminya itu. Namun di lubuk hatinya semua perasaan bercampur baur. Selagi mampu bertahan, sengsara jiwanya akan dipertahankan. Bak kata pepatah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Sakit mana pun rasa di perut, segalanya akan dipertahankan juga. Semuanya demi Andaq Ariff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience