BAB 1

Family Completed 801

Sudah tiada apa yang mampu dilakukannya melainkan terpaksa berserah kepada suratan takdir-Nya. Sejak kepulangannya di banglo mewah itu, cuma kesabaran menjadi sahabat baiknya. Sering saja menemani hatta ketika dia duduk bersendirian, sudah pasti air mata menjadi teman setia. Fiil Datin Hazlyn, ibu mertuanya benar-benar menguji kesabarannya. Namun demi menjaga hati suaminya Andaq Ariff, segala duka dan cercaan terpaksa ditahan dan simpan kemas menjadi rahsia biar tidak memecahbelahkan kasih sayang dua beranak itu. Dia sedar dia adalah orang luar.

“Baiklah sayang… abang pergi dulu. Jaga diri baik-baik.”

“Baiklah bang. Abang pun jaga diri baik-baik.”

“Tolong tengok-tengokkan Mama nanti…”

“Tak payah abang nak ingatkan Edora pasal tu. Tahulah Edora nanti…”

“Alhamdulillah… bye!”

Sempat Mira Edora melambaikan tangan sebelum Andaq Ariff melangkah menuju ke kereta diporch rumah agam itu. Segaris senyuman di bibirnya belum tentu menyembuhkan secarik luka yang lama terguris di hati. Semuanya dipendamkan. Segalanya tersimpan kemas di lekuk sanubari. Setiap kali melihat suaminya itu hilang dari pandangan mata, dadanya pasti berdebar-debar.

“Kemaskan cepat semua makanan di meja tu. Aku tak mahu lihat meja tu nampak bersepah. Kejap lagi Datin Ziela nak sampai. Cepat siapkan makanan yang dimasak tu!”

Arahan keras itu mencucuk gegendang telinga Mira Edora. Dia segera meninggalkan muka pintu menuju ke meja utama. Segala makanan yang ada mesti dikemaskan atas arahan ibu mertuanya. Membantah bererti menyakitkan hati wanita yang berusia lebih separuh abad itu.

“Aku tak mahu tengok muka seposen kau tu masa Datin Ziela datang nanti. Faham!”

“Baik Ma…”

“Jangan panggil aku Mama. Geli telinga aku mendengarnya!”

“Baiklah…”

“Dah apa yang kau tercegat lagi di situ? Apa tunggu lagi? Pergi buat kerja yang aku suruh!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience