BAB 7

Family Completed 801

“Maafkan Edora abang sebab dah buatkan hati abang terluka. Bukan niat Edora nak sorokkan berita gembira ini. Tak sangka pulak nak jadi macam ni…”

“Bukan salah Edora pun. Mungkin belum rezeki kita lagi. Abang percaya semua ini atas kehendak ALLAH SWT jugak. Abang tak salahkan Edora. Abang ikhlas dan redha dengan kehendak-Nya.”

Datin Hazlyn yang sedari tadi diam membisu mula bersuara. Selagi tidak diluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya, selagi itulah jiwanya tidak tenang. Dia memang berdosa terhadap menantunya itu. Walaupun silapnya banyak namun Mira Edora tetap tidak menyalahkan dirinya. Benarlah menantunya itu seorang yang berpegang pada janji. Tidak satu pun perkara yang buruk diadukan kepada Andaq Ariff. Antara kaca dan intan, dia masih belum mampu menilai sebaik-baiknya.

“Ma…maafkan Mama juga Edora. Mungkin salah Mama juga Edora jadi macam ini. Mama tak sepatutnya biarkan Edora buat kerja sorang-sorang. Mama hanya pentingkan diri sendiri. Memang salah Mama!”

“Apa yang Mama cakapkan ni? Bukan salah Mama. Edora yang tak hati-hati masa buat kerja. Ini semua dugaan dari-Nya.”

“Mulianya hati Edora. Mama bertuah dapat menantu sebaik Edora!”

Serentak dengan itu Datin Hazlyn memeluk Mira Edora sekuat-kuatnya. Dia benar-benar sudah insaf dan menyesal atas perbuatannya masa lalu. Mira Edora memejam mata mata sambil mengalirkan air mata syukur dan gembira. Sesungguhnya kejadian malang yang menimpa dirinya itu telah mengubah sikap bongkak dan ego ibu mertuanya itu. Mungkin itulah hikmahnya kerana bersabar setiap perbuatan yang dilakukan kepadanya.
Andaq Ariff turut sayu memandang akrabnya hubungan dua insan yang sangat rapat dengan dirinya itu. Sedikit pun tidak ada prasangka yang buruk buat insan-insan yang tersayangnya itu.

Bagi Mira Edora, hidupnya kini umpama sang kelip -kelip yang terbang malam. Hidupnya hanya untuk menggembirakan insan-insan yang tersayang di sekelilingnya. Dia sanggup mengulum derita demi bahagia yang diinginkan. Setiap cahaya yang dipancarkan hanyalah buat menerangi kegelapan hidup insan-insan tersayang.

Cahaya cintanya kepada Andaq Ariff tidak pernah padam. Sayangnya kepada ibu mertuanya juga tidak pernah ada surutnya. Selagi bernafas, selagi itu dia akan terus menyayangi mereka berdua. Kasih dan rindu tetap berlagu dalam setiap titipan indah yang menerangi sanubarinya ketika itu. Puisi indah kembali bergema di dalam jiwanya kerana dialah si kelip-kelip pembawa cahaya kecil namun bermakna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience