BAB 5

Family Completed 801

Apa lagi yang boleh Mira Edora mahu katakan lagi? Semua kata-katanya bagaikan alasan yang tidak munasabah. Datin Hazlyn tetap dengan kata-katanya yang menyakitkan hati. Semua kesilapan diletakkan di bahu Mira Edora. Penat lelahnya sedikit pun tidak dihargai. Mungkin itu yang harus diterima apabila perkahwinannya dengan Andaq Ariff tidak mendapat restu daripada mertuanya itu. Sebaik mana budi yang ditabur, nista juga dibalas akhirnya. Sampai bilakah penderitaannya akan berakhir? Dia terkenangkan Andaq Ariff yang sudah hampir seminggu bekerja di luar kawasan.

“Edora jaga diri baik-baik. Abang terpaksa outstation ke Terengganu hujung minggu ni.”

“Lama tak?”

“Paling lama pun seminggu. Kalau cepat selesai masalah tu, cepatlah abang balik.”

“Ermm…”

“Doakan abang selamat pergi dan balik. Mamakan ada temankan Edora?”

“Yelah memang Mama ada tapi Edora bimbangkan keselamatan abang. Tak tahulah kenapa tiba-tiba Edora rasa macam tu…”

“Bukan lama pun abang pergi. Dah tak orang yang boleh gantikan tempat abang. Nak ajak Edora pergi, Mama tinggal sorang pulak. Abang pun serba salah dibuatnya…”

“Tak apalah abang. Pergilah kalau itu memang tanggungjawab abang. Edora akan jaga Mama macam yang abang mahukan… In Shaa ALLAH…”

“Terima kasih sayang!”

“Sama-sama abang. Abang cepat balik tau!”

Memang manis momen saat itu. Setiap kali dahinya dihadiahkan ciuman oleh Andaq Ariff, terasa semua masalah yang merantai diri terlerai sudah. Tidak sanggup dia berjauhan daripada Andaq Ariff namun tanggungjawab suaminya terhadap perniagaan juga penting. Walaupun berat mahu melepaskan suaminya pergi, dia tidak ada pilihan Edora. Berhadapan dengan karenah ibu mertuanya nanti, semangatnya mestilah kuat.

“Abang tengok Edora macam tak sihat?”

“Err… Edora okeylah bang. Mana ada kerja tak penatkan?”

“Kesihatan pun nak kena jaga jugak. Patut-patutlah kalau buat kerja tu!”

“Abang jangan risau, tahulah Edora jaga diri. Kalau Edora tak buat kerja tu, siapa lagi yang nak buatkan?”

“Mama kan ada? Buatlah kerja sama-sama.”

“Bukan banyak pun kerjanya. Kasihan pulak kalau Mama nak tolong. Perlahan-lahan Edora buatlah.”

“Rajinnya isteri abang. Macam inilah mak mertua sayang!”

Macam inilah ibu mertua sayang? Masih terngiang-ngiang lagi ayat itu di cuping telinganya. Mira Edora mula terasa sebak tatkala teringatkan kata-kata Andaq Ariff itu. Jauh mata memandang, berat lagi bahunya yang memikul. Sehingga detik itu, dia masih lagi menyimpan kemas segala masalah yang dihadapinya. Selagi mampu bertahan, selagi itulah rahsia itu kemas digenggamannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience