BAB 2

Family Completed 801

Mira Edora hanya menurut arahan. Tidak ada daya upayanya untuk menidakkan arahan itu. Semua pedihnya disimpan dalam hati. Dia faham, dia bukanlah menantu pilihan mertuanya itu. Hadir dirinya di rumah agam itu umpama menambah beban. Di pandangan mata Datin Hazlyn dia tidak mempunyai apa-apa. Semuanya kosong, sekosong-kosongnya. Pernah dia berdebat memohon simpati dari mertuanya itu namun sia-sia belaka.

“Apa salah saya Ma? Kami telah ditakdirkan untuk menjadi pasangan suami isteri. Saya redha jadi isteri kepada abang Ariff …”

“Eh kau ni bengap ke atau memang dah lahir-lahir bodoh ke dunia ni? Kau tanya lagi? Sah-sahlah jawapan dia sebab kau bukan pilihan aku!”

“Tapi, Ini pilihan hidup kami Ma. Kami bahagia Ma…”

“Korang takkan dapat bahagia tanpa restu aku!”

“Apa maksud Mama?”

“Kau dengar sini ya, jangan harap dia akan dapat waima satu sen pun harta dari aku. Dia tak boleh hidup tanpa pertolongan aku. Nak harapkan harta sendiri… entahlah. Nasib baik arwah Datuk ada tinggalkan perniagaan untuk dia. Kalau kau nak tahu gara-gara kau dia gagal, habis porak peranda hidup dia!”

“Sampai hati Mama cakap macam tu…”

“Memang tak syak lagi. Kau yang menyebabkan Ariff gagal!”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapinya lagi. Aku memang tak boleh maafkan kesalahan dan kesilapan yang Ariff buat ini. Hati aku memang dah remuk bila Ariff ambil keputusan menikahi kamu. Luluh perasaan ini memang aku tak boleh gambarkan. Arwah Datuk terkejut menerima berita ini sampai tekanan darah tingginya naik melampau!”

“Itu semua takdir dari ALLAH SWT. Mama tak boleh nak salahkan Edora mahu pun abang Ariff. Apa yang kami buat adalah sah di sisi agama…”

“Sudah! Tak payah nak bersoal jawab dengan aku pasal agama ni. Aku lebih dulu makan garam daripada kau!”

Mira Edora terpaksa berdiam diri. Semakin dilayan semakin panas pula keadaan. Mertuanya itu tidak pernah mahu menerima kekurangan diri sendiri. Apa sahaja kata-kata Datin Hazlyn itu semuanya menyakitkan hati. Tidak ada satu pun kata-kata pujian Edora kan kejian semata-mata. Demi sayangkan Andaq Ariff, segalanya terpaksa ditelan.

“Kalau kau nak lama tinggal dalam rumah ini, jangan nak mengadu pada Ariff. Ingat… ini adalah amaran!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience